Yamaha NMax 125, skuter yang popular di pasaran Eropah terus diberi kepercayaan untuk menjadi skuter rasmi bagi staf Kejuaraan Motosikal Dunia MotoGP berikutan perjanjian baharu yang ditandatangani Yamaha dan promoternya, Dorna Sports.
Menurut perjanjian berkenaan, sejumlah 25 buah skuter NMax 125 akan dibekalkan oleh pengeluar dari Jepun itu dan ia sudah pun digunakan sejak perlumbaan GP Portugal pada minggu lalu.
Juga baca: Yamaha NMax 155 Connected 2021 kini di Thailand, teknologi terkini Y-Connect siap Kawalan Cengkaman!
Yamaha sudah menjadi pembekal skuter ekslusif kepada MotoGP sejak 2005 dan sepanjang temph berkenaan, ia terbukti menjadi rakan kongsi yang penting dan boleh dipercayai oleh staf dan krew MotoGP di paddock perlumbaan.
Pengarah Urusan dan Sukan Permotoran Yamaha Motor Europe N.V, Paolo Pavesio berkata pihaknya amat berbangga dengan lanjutan perjanjian yang diperoleh bersama Dorna Sports.
"Yamaha akan menyediakan barisan NMax 125 yang paling terkini, skuter lincah, kestabilan yang baik, kapasiti simpanan barang yang besar dan mempunyai DNA sukan Yamaha, yang menjadi produk paling laris di Eropah dan Asia dan sempurna untuk kegunaan paddock MotoGP."
Juga baca: Honda ADV 150 vs Yamaha NMax 155 Connected/ABS - mana paling best?
Pengarah Urusan Dorna Sports, Pau Serracanta mengakui gembira dengan perjanjian baharu itu malah tampak tidak sabar untuk menunggangnya.
"Saya tidak sabar untuk menunggang salah satu skuter NMax, seperti rakan-rakan kami yang lain di lapangan."
Sekalipun NMax tidak dijual di Malaysia, 'abangnya' iaitu NMax 155 adalah salah satu model skuter paling popular di pasaran tempatan.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}