window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha NMax 155 Connected 2021 kini di Thailand, teknologi terkini Y-Connect siap Kawalan Cengkaman!

Khairil ยท Mar 24, 2021 05:00 PM

Yamaha NMax 155 Connected 2021 kini di Thailand, teknologi terkini Y-Connect siap Kawalan Cengkaman! 01

Seperti jangkaan, Yamaha Motor Thailand akhirnya melancarkan varian tertinggi skuter Yamaha NMAX 155 Connected 2021 pada Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2021 yang datang dengan pelbagai naik taraf berbanding versi terdahulu.

Selepas diperkenalkan di pasaran Indonesia tahun lalu, NMAX 155 Connected 2021 kemudian menjengah satu lagi pasaran besar motosikal dunia iaitu Filipina sebelum tiba di Thailand pada minggu ini.

Yamaha NMax 155 Connected 2021 kini di Thailand, teknologi terkini Y-Connect siap Kawalan Cengkaman! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebagai informasi, Yamaha NMAX 155 Connected 2021 adalah varian tertinggi dalam siri NMax 155 dengan model yang tiba di pasaran Malaysia, hujung tahun lalu amat serupa dengan varian standard.

Tiada perubahan dari sudut spesifikasi enjin dengan Yamaha NMAX 155 Connected 2021 datang dengan enjin Blue Core bersesaran 155 cc, 4 Injap, 1 Piston, Penyejuk Cecair, VVA dan dipacu gear automatik CVT menggunakan V-Belt.

Yamaha NMax 155 Connected 2021 kini di Thailand, teknologi terkini Y-Connect siap Kawalan Cengkaman! 01

Ia menggunakan kerangka 'backbone', set roda bersaiz 13 inci di bahagian depan dan belakang dengan saiz tayar 110/70 (depan) 130/70 (belakang).

Sistem suspensi pula dikendalikan oleh fork teleskopic di bahagian depan dan gantungan (swing unit) di bahagian belakang.

Yamaha NMax 155 Connected 2021 kini di Thailand, teknologi terkini Y-Connect siap Kawalan Cengkaman! 02

Kuasa membrek pula menggunakan brek cakera depan dan belakang. Dari sudut elektronik dan alat bantu penunggang, NMAX 155 Connected 2021 mempunyai mendapat 'Stop Start System' (SSS), panel instrumen LCD penuh, lampu LED penuh dan soket pengecas 12V.

Yamaha NMax 155 Connected 2021 kini di Thailand, teknologi terkini Y-Connect siap Kawalan Cengkaman! 03

Begitupun, antara penambahan yang ada pada varian tertinggi NMAX 155 Connected 2021 adalah ia datang dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran, sistem Y-Connect yang bagi sambungan ke telefon bimbit menerusi Bluetooth.

Yamaha NMax 155 Connected 2021 kini di Thailand, teknologi terkini Y-Connect siap Kawalan Cengkaman! 04

Menggunakan aplikasi Y-Connect, ia membolehkan pemilik mengetahui maklumat seperti kadar penggunaan dan kapasiti petrol, maklumat lokasi parkir terakhir dan notifikasi selenggara menerusi telefon bimbit.

Yamaha NMax 155 Connected 2021 kini di Thailand, teknologi terkini Y-Connect siap Kawalan Cengkaman! 05

Selain itu, antara peningkatan lain adalah penggunaan Kunci Pintar selain teknologi Kawalan Traksi yang jelas meningkatkan ciri-ciri keselamatan motosikal ini.

Dengan semua penambah baikkan berkenaan, NMax 155 Connected 2021 juga datang dengan tanda harga 91,900 baht (RM 12,237). Sebagai perbandingan, Yamaha NMax 155 2021 yang dijual di pasaran Malaysia ketika ini adalah RM 8,998.

Yamaha NMax 155 Connected 2021 kini di Thailand, teknologi terkini Y-Connect siap Kawalan Cengkaman! 06

Yamaha Nmax 155 yang dijual di pasaran Malaysia

Justeru, adakah berbaloi untuk Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) membawa masuk NMax 155 Connected 2021 ke pasaran tempatan bagi memberi saingan kepada Honda ADV 150 yang sedang hangat di pasaran ketika ini. Ayuh kita nantikan!

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda