window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki Malaysia rasmi bawa masuk Suzuki V-Strom 800DE, GSX-8S (2023), harga RM 50.8k & RM 60.8k!

Khairil · Jun 19, 2023 02:30 PM

Suzuki Malaysia rasmi bawa masuk Suzuki V-Strom 800DE, GSX-8S (2023), harga RM 50.8k & RM 60.8k! 01

Seperti dijangka, Suzuki Malaysia merasmikan dua model terbaharu jenama berpangkalan di Hamamatsu, Jepun itu - Suzuki V-Strom 800DE dan GSX-8S (2023), semalam untuk pasaran tempatan.

Suzuki Malaysia rasmi bawa masuk Suzuki V-Strom 800DE, GSX-8S (2023), harga RM 50.8k & RM 60.8k! 02

Suzuki V-Strom 800DE (2023)

Antara paling dinanti-nantikan dan bersaing dalam segmen 'Adventure touring', Suzuki V-Strom 800DE (2023) dijual pada harga asas RM 60,800 (tak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan, insuran).

Suzuki Malaysia rasmi bawa masuk Suzuki V-Strom 800DE, GSX-8S (2023), harga RM 50.8k & RM 60.8k! 03

Suzuki GSX-8S (2023)

Untuk Suzuki GSX-8S (2023) yang menghuni segmen 'Naked' pula, harga jualan yang diumumkan adalah RM 50,800 (asas).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Suzuki Malaysia rasmi bawa masuk Suzuki V-Strom 800DE, GSX-8S (2023), harga RM 50.8k & RM 60.8k! 01

Tetapi sebelum anda teruja, harga yang diumumkan oleh Suzuki Malaysia untuk Suzuki V-Strom 800DE (2023) adalah untuk 50 unit pertama yang berdaftar sahaja dan harganya katanya berbeza selepas jumlah berkenaan diperoleh.

Dan kedua-dua pembelian turut ditawarkan pakej tunggangan eksklusif untuk 2 orang daripada Suzuki Malaysia bernilai RM 2,000.

Suzuki Malaysia rasmi bawa masuk Suzuki V-Strom 800DE, GSX-8S (2023), harga RM 50.8k & RM 60.8k! 02

Membuat debut di Pameran Motosikal Milan (EICMA) tahun lalu, Suzuki V-Strom 800DE dan GSX-8S (2023) adalah model serba baharu yang dibangunkan Suzuki bukan saja dari sudut rekaan, malah trenkuasa.

Justeru, kedua-duanya dipadankan dengan enjin 776 cc, Parallel-twin, 270-degree crank yang baru dibangunkan Suzuki. Dan lebih menarik, enjin yang dipadankan dengan sistem Cross Balancer itu didakwa dipadankan dengan teknologi termaju dan paling berkuasa dalam kelasnya ketika ini.

Suzuki Malaysia rasmi bawa masuk Suzuki V-Strom 800DE, GSX-8S (2023), harga RM 50.8k & RM 60.8k! 03

Tetapi penggunaan enjin ini juga bermakna satu lagi keluarga dalam siri V-Strom tidak lagi menggunakan enjin berkonfigurasi V-Twin.

Suzuki Malaysia rasmi bawa masuk Suzuki V-Strom 800DE, GSX-8S (2023), harga RM 50.8k & RM 60.8k! 04

Sistem transmisi adalah 6 kelajuan lengkap dengan Suzuki Clutch Assist System dengan kedua-dua model turut memiliki ciri ‘quickshifter’ 'up/down'.

Suzuki Malaysia rasmi bawa masuk Suzuki V-Strom 800DE, GSX-8S (2023), harga RM 50.8k & RM 60.8k! 05

Suzuki V-Strom 800DE (2023) menghasilkan kuasa 83 Hp pada 8,500 rpm dan tork 78 Nm pada 6,800 rpm.

Suzuki GSX-8S (2023) pula menghasilkan kuasa 82 Hp pada 8,500 rpm dan tork 78 Nm pada 6,800 rpm.

Suzuki Malaysia rasmi bawa masuk Suzuki V-Strom 800DE, GSX-8S (2023), harga RM 50.8k & RM 60.8k! 06

Sebagai model terbaharu, kedua-dua model datang dengan pakej elektronik canggih Suzuki Intelligent Ride System (SIRS) menerusi sistem 'Ride-by-wire' yang merangkumi Suzuki Drive Mode Selector (SDMS) atau mod tunggangan, mod ‘Traction control’ (STCS), 'Low RPM Assist' dan penggunaan panel meter skrin TFT berwarna bersaiz 5 inci.

Untuk jentera 'lasak' Suzuki V-Strom 800DE (2023), ia memiliki jarak lega bumi tinggi (220 mm), set rim jejari 21 inci (depan) dan 17 inci (belakang) dengan dengan tayar 'dual purpose' Dunlop Trailmax Mixtour.

Suzuki Malaysia rasmi bawa masuk Suzuki V-Strom 800DE, GSX-8S (2023), harga RM 50.8k & RM 60.8k! 07

Menerusi SIRS, Suzuki V-Strom 800DE (2023) memiliki 3 mod tunggangan (A,B,C) yang memiliki pemetaan tersendiri, 4 mod STCS (1,2,3 dan G - Gravel) dan ABS (Sistem Brek Anti-Kunci) roda belakang yang boleh dinyahaktifkan.

Suzuki Malaysia rasmi bawa masuk Suzuki V-Strom 800DE, GSX-8S (2023), harga RM 50.8k & RM 60.8k! 08

Sistem brek dijana cakera berkembar 310 mm dengan kaliper Nissin 2 Piston (depan) dan cakera tunggal 260 mm dengan kaliper 1 Piston (belakang) lengkap dengan ABS dua saluran.

Suzuki Malaysia rasmi bawa masuk Suzuki V-Strom 800DE, GSX-8S (2023), harga RM 50.8k & RM 60.8k! 09

Seperti Suzuki V-Strom 800DE (2023), Suzuki GSX-8S (2023) juga memiliki pakej elektronik yang sama namun tidak memiliki mod 'G' bagi STCS namun turut boleh dinyahaktif sepenuhnya.

Sistem brek pula menggunakan rim 17 inci aloi dan cakera berkembar 310 mm dengan kaliper Nissin 4 Piston (depan) dan cakera tunggal 240 mm dengan kaliper 1 Piston (belakang). 

Suzuki Malaysia rasmi bawa masuk Suzuki V-Strom 800DE, GSX-8S (2023), harga RM 50.8k & RM 60.8k! 10

Ciri-ciri menarik lain yang dikongsikan bersama adalah seperti Suzuki Easy Start System, sistem lampu LED penuh, sistem suspensi boleh laras penuh (depan) dan preload (belakang).

Pilihan warna untuk Suzuki V-Strom 800DE (2023) untuk pasaran Malaysia adalah seperti berikut:

  • Champion Yellow No.2
  • Glass Mat Mechanical Gray

Suzuki Malaysia rasmi bawa masuk Suzuki V-Strom 800DE, GSX-8S (2023), harga RM 50.8k & RM 60.8k! 11

Pilihan warna untuk Suzuki GSX-8S (2023) untuk pasaran Malaysia adalah seperti berikut:

  • Pearl Cosmic Blue
  • Pearl Tech White Matt
  • Sparkle Black

Suzuki Malaysia rasmi bawa masuk Suzuki V-Strom 800DE, GSX-8S (2023), harga RM 50.8k & RM 60.8k! 12

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda