window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

KTM Brabus 1300R Edition 23 (2023) buat penampilan di Malaysia, harga 'padu' RM 430k, 1 unit sahaja dan dah dijual!

Khairil · Jun 19, 2023 03:00 PM

KTM Brabus 1300R Edition 23 (2023) buat penampilan di Malaysia, harga 'padu' RM 430k, 1 unit sahaja dan dah dijual! 01

KTM Malaysia, semalam melancarkan model edisi terhad KTM Brabus 1300R Edition 23 (2023) untuk pasaran tempatan dan seperti dijangka, unit yang ditawarkan pantas 'disambar' sejurus ia dipertontonkan.

KTM Brabus 1300R Edition 23 (2023) buat penampilan di Malaysia, harga 'padu' RM 430k, 1 unit sahaja dan dah dijual! 02

Dijual pada harga asas RM 430,000 (tak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan, insuran), sedikit mengecewakan hanya 1 unit KTM Brabus 1300R Edition 23 (2023) diperuntukkan untuk pasaran tempatan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

KTM Brabus 1300R Edition 23 (2023) buat penampilan di Malaysia, harga 'padu' RM 430k, 1 unit sahaja dan dah dijual! 01

Tidak menunggu lama, unit import dengan skema warna Signature Black berkenaan sudah pun mempunyai pemilik selepas ia dilancarkan.

Secara keseluruhan, hanya 290 unit KTM Brabus 1300R Edition 23 (2023)ndihasilkan untuk pasaran seluruh dunia dan ia dibahagikan kepada 145 unit untuk pilihan warna Magma Red dan Signature Black. 

KTM Brabus 1300R Edition 23 (2023) buat penampilan di Malaysia, harga 'padu' RM 430k, 1 unit sahaja dan dah dijual! 02

Dihasilkan menggunakan platform KTM 1290 Super Duke Evo, KTM Brabus 1300R Edition 23 (2023) begitupun tampil dengan rekaan yang unik terutama penggunaan lampu depan jenis bulat dan pelbagai lagi komponen premium termasuk sistem ekzos Brabus.

KTM Brabus 1300R Edition 23 (2023) buat penampilan di Malaysia, harga 'padu' RM 430k, 1 unit sahaja dan dah dijual! 03

Di bahagian trenkuasa, motosikal istimewa ini dipacu enjin bersesaran 1,301 cc, 2 Silinder V-Twin, 8 Injap, 4 Lejang yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual lengkap dengan 'Quickshifter+'.

KTM Brabus 1300R Edition 23 (2023) buat penampilan di Malaysia, harga 'padu' RM 430k, 1 unit sahaja dan dah dijual! 04

Ia menghasilkan kuasa setinggi 180 Hp pada 9,500 rpm dan tork 140 Nm pada 8,000 rpm.

KTM Brabus 1300R Edition 23 (2023) buat penampilan di Malaysia, harga 'padu' RM 430k, 1 unit sahaja dan dah dijual! 05

Menurut KTM, KTM Brabus 1300R Edition 23 (2023) mampu mencatatkan kelajuan tertinggi 3.2 saat bagi jarak 0-100 km/j.

KTM Brabus 1300R Edition 23 (2023) buat penampilan di Malaysia, harga 'padu' RM 430k, 1 unit sahaja dan dah dijual! 06

Sebagai jentera berprestasi tinggi, KTM Brabus 1300R Edition 23 (2023) turut memiliki lima mod tunggangan ‘Street’, ‘Sport’, ‘Rain’, ‘Performance’ dan ‘Track’ serta dipenuhi dengan komponen gentian karbon.

KTM Brabus 1300R Edition 23 (2023) buat penampilan di Malaysia, harga 'padu' RM 430k, 1 unit sahaja dan dah dijual! 07

Sistem suspensi menggunakan fork USD jenama WP Apex semi-aktif yang lengkap dengan ciri pelarasan penuh dengan 6 pelarasan 'damper' Comfort, Street, Sport, Auto, Track, Advance' (depan) dan penyerap hentak tunggal WP Apex Pro 7117 juga dengan ciri pelarasan.

KTM Brabus 1300R Edition 23 (2023) buat penampilan di Malaysia, harga 'padu' RM 430k, 1 unit sahaja dan dah dijual! 08


 Sistem brek pula menggunakan cakera kembar bersaiz 320 mm dengan kaliper Brembo Stylema 4 Piston (depan) dan cakera tunggal bersaiz 240 mm juga dengan kaliper Brembo Stylema 2 Piston (belakang).

KTM Brabus 1300R Edition 23 (2023) buat penampilan di Malaysia, harga 'padu' RM 430k, 1 unit sahaja dan dah dijual! 09

Informasi lain adalah seperti penggunaan panel meter jenis TFT berwarna, Sistem lampu LED penuh, berat 194 kg dan kapasiti tangki bahan api 16.1 liter.
 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda