window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

HLYM kemas kini Yamaha Tracer 9 GT (2023), pilihan warna baharu, harga asas RM 69.9k!

Khairil · Jun 16, 2023 04:30 PM

HLYM kemas kini Yamaha Tracer 9 GT (2023), pilihan warna baharu, harga asas RM 69.9k! 01

Yamaha Motor Malaysia, hari ini mengumumkan pilihan warna baharu untuk jentera 'Sports Touring' handalannya, Yamaha Tracer 9 GT (2023) iaitu Pure White dan Midnight Black.

HLYM kemas kini Yamaha Tracer 9 GT (2023), pilihan warna baharu, harga asas RM 69.9k! 02

Dan seperti dijangka, selaras dengan pilihan warna baharu, harga yang ditawarkan mengalami sedikit perubahan kepada RM 69,998 (asas).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

HLYM kemas kini Yamaha Tracer 9 GT (2023), pilihan warna baharu, harga asas RM 69.9k! 01

Ketika 'mendarat' di pasaran Malaysia pada penghujung 2021, Yamaha Tracer 9 GT dijual pada harga asas RM 69,498 (Tidak termasuk cukai jalan, insuran dan yuran pendaftaran) dan datang dengan dua pilihan warna Icon Performance dan Redline.

HLYM kemas kini Yamaha Tracer 9 GT (2023), pilihan warna baharu, harga asas RM 69.9k! 02

Sedikit mengecewakan, tiada kemas kini membabitkan teknologi seperti di pasaran Eropah iaitu sistem Adaptive Cruise Control (ACC) dan panel meter baharu menggunakan TFT berwarna yang baharu.

HLYM kemas kini Yamaha Tracer 9 GT (2023), pilihan warna baharu, harga asas RM 69.9k! 03

Di bahagian trenkuasa, Yamaha Tracer 9 GT (2023) dipadankan dengan enjin 889 cc, 3 Silinder Sebaris, 4 Lejang, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual lengkap dengan Klac Slipper dan 'Quickshifter'.

HLYM kemas kini Yamaha Tracer 9 GT (2023), pilihan warna baharu, harga asas RM 69.9k! 04

Menerusi penggunaan enjin yang mematuhi piawaian Euro5, Yamaha Tracer 9 GT (2023) menghasilkan 117 Hp pada 10,000 rpm dan tork 93 Nm pada 7,000 rpm. 

HLYM kemas kini Yamaha Tracer 9 GT (2023), pilihan warna baharu, harga asas RM 69.9k! 05

Sebagai motosikal aras tinggi dari Yamaha, motosikal ini turut menggunakan sistem kawalan IMU 6-axis dan memiliki ciri seperti 'Traction control', kawalan gelincir, kawalan wheelie dan kawalan brek. Untuk mod tunggangan, empat mod tersedia.

HLYM kemas kini Yamaha Tracer 9 GT (2023), pilihan warna baharu, harga asas RM 69.9k! 06

Sistem brek pula menggunakan cakera berganda 298 mm (depan) bersama cakera tunggal 245 mm (belakang) lengkap dengan dua mod ABS manakala set roda 20/70-17 (depan) dan 180/55-17 (belakang).

Sistem suspensi pula menggunakan fork jenis terbalik (USD) 41 mm jenama Kayaba dengan fungsi boleh laras sepenuhnya dan ketinggian pelana boleh dilaras tanpa menggunakan 'tools'.

Ciri-ciri menarik lainadalah seperti 'heated grip’,‘cornering light’ dan lampu LED sepenuhnya.

HLYM kemas kini Yamaha Tracer 9 GT (2023), pilihan warna baharu, harga asas RM 69.9k! 07

Seperti biasa, setiap pembelian datang dengan jaminan selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km dan pembeli turut menerima kunci cakera keselamatan berharga RM 100 dari Yamaha.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda