window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ducati Malaysia umum pilihan warna baharu 'R22' untuk Ducati Desert X (2023), harga asas RM 115.k!

Khairil · Jun 14, 2023 08:00 PM

Ducati Malaysia umum pilihan warna baharu 'R22' untuk Ducati Desert X (2023), harga asas RM 115.k! 01

Ducati Desert X memperoleh pilihan warna baharu yang boleh dianggap mengujakan di pasaran Malaysia, RR22 Matt Saturn Grey dan datang bersama penawaran harga baharu, RM 115,900 (asas).

Ducati Malaysia umum pilihan warna baharu 'R22' untuk Ducati Desert X (2023), harga asas RM 115.k! 02

Perkembangan menarik membabitkan kemas kini 'kosmetik' itu mengikuti laporan media automotif Wapcar.com, beberapa hari lepas.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ducati Malaysia umum pilihan warna baharu 'R22' untuk Ducati Desert X (2023), harga asas RM 115.k! 01

Ketika 'mendarat' di pasaran tempatan tahun lalu, Ducati Desert X tampil dengan pilihan warna tunggal, Star White Silk dan dijual pada harga asas RM 112,900.

Ducati Malaysia umum pilihan warna baharu 'R22' untuk Ducati Desert X (2023), harga asas RM 115.k! 02

Dan apa yang lebih menarik, harga bagi penawaran warna Star White Silk kekal pada angka sama.

Ducati Malaysia umum pilihan warna baharu 'R22' untuk Ducati Desert X (2023), harga asas RM 115.k! 03

Diberi julukan 'Dirtiest Ducati', Ducati Desert X memang dibangunkan untuk menjadi jentera yang fokus terhadap prestasi di laluan lasak dan mencabar.

Dari sudut rekaan, ia mengambil inspirasi daripada model Cagiva Elefant yang pernah bersaing di perlumbaan Rali Paris-Dakar di era 80-an dan 90-an.

Ducati Malaysia umum pilihan warna baharu 'R22' untuk Ducati Desert X (2023), harga asas RM 115.k! 04

Mengulas trenkuasa, Ducati DesertX dikuasakan enjin bersesaran 937 cc (Testastretta 11°, L-Twin), 2 Silinder, 4 Injap Per Silinder, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

Ducati Malaysia umum pilihan warna baharu 'R22' untuk Ducati Desert X (2023), harga asas RM 115.k! 05

Kuasa yang dihamburkan adalah di angka 110 Hp pada 9,250 rpm dengan tork 92 Nm pada 6,500 rpm dan dipadankan dengan sistem canggih 'Ride-by-wire', Ducati DesertX menawarkan enam mod tunggangan iaitu Sport, Touring, Urban, Wet, Enduro dan Rally selain Mod Kuasa.  

Ducati Malaysia umum pilihan warna baharu 'R22' untuk Ducati Desert X (2023), harga asas RM 115.k! 06

Seperti model-model aras perdana Ducati lain, ia turut mempunyai bantuan tunggangan elektronik merangkumi 'Wheelie Control', 'Engine Brake Control', 'Cruise Control' dan 'Ducati Quick Shift' up/down dengan ciri 'low rpm'.

Di bahagian suspensi, sistem yang digunakan adalah fork jenis terbalik (USD) 46 mm KYB boleh laras penuh dengan penyerap hentak tunggal KYM juga dengan ciri boleh laras sepenuhnya.

Ducati Malaysia umum pilihan warna baharu 'R22' untuk Ducati Desert X (2023), harga asas RM 115.k! 07

Sistem brek depan menggunakan cakera berkembar 320 mm dengan brek Brembo M50 4 Piston dengan brek cakera tunggal bersaiz 265 mm bersama kaliper Brembo 2 Piston dan lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) termasuk Cornering ABS.

Set tayar, seperti jentera lasak lain adalah menggunakan rim jejari bersaiz 21 inci (depan) dengan set tayar 90/90 manakala rim belakang bersaiz 18 inci dengan set tayar 150/70.

Turut menarik adalah di bahagian kluster instrumen dengan Ducati DesertX dilengkapi panel instrumen TFT 5 inci berwarna yang diposisi secara menegak dan menurut Ducati, sistem yang digunakan untuk mengawal tetapan dengan amat mudah.

Ducati Malaysia umum pilihan warna baharu 'R22' untuk Ducati Desert X (2023), harga asas RM 115.k! 08

Informasi lain adalah seperti jarak lega bumi 250 mm, ketinggian pelana 875 mm namun menurut Ducati boleh direndahkan kepada 245 mm menerusi kit aksesori merendahkan susupensi, berat (kurb) 223 kg dan kapasiti tangki bahan api berkapasiti 21 liter.

Ducati Malaysia umum pilihan warna baharu 'R22' untuk Ducati Desert X (2023), harga asas RM 115.k! 09

Ciri-ciri lain termasuklah penggunaan lampu LED sepenuhnya termasuk DRL, soket pengecas USB, soket 12V, Steering Damper dan lampu signal dengan ciri batal sendiri.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda