window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dijadual 'mendarat' minggu ini, Suzuki GSX-8S, V-Strom 800DE (2023) katanya tiba pada harga pengenalan mengejutkan!

Khairil · Jun 15, 2023 05:30 PM

Dijadual 'mendarat' minggu ini, Suzuki GSX-8S, V-Strom 800DE (2023) katanya tiba pada harga pengenalan mengejutkan! 01

Sejak rasmi Suzuki Malaysia sah akan memperkenalkan dua penawaran terbaharunya Suzuki GSX-8S dan V-Strom 800DE (2023) di pasaran tempatan, ramai yang mula mencongak berapakan harga jualan asas kedua-dua model berkenaan ketika pelancarannya kelak.

Dijadual 'mendarat' minggu ini, Suzuki GSX-8S, V-Strom 800DE (2023) katanya tiba pada harga pengenalan mengejutkan! 02

Suzuki GSX-8S

Sekalipun tidak menyatakan secara rasmi tarikh pelancaran kedua-dua model hangat itu, Suzuki Malaysia sebenarnya sudah pun memberikan sedikit 'hint' yang ia akan diperkenalkan pada minggu ini.

Juga baca: Suzuki V-Strom 800DE, GSX-8S sah masuk pasaran Malaysia tahun ini, paling awal Jun 2023!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dijadual 'mendarat' minggu ini, Suzuki GSX-8S, V-Strom 800DE (2023) katanya tiba pada harga pengenalan mengejutkan! 01

Suzuki V-Strom 800DE (2023)

Ini kerana sempena pengumuman tempahan Suzuki GSX-8S dan V-Strom 800DE (2023) rasmi dibuka, Suzuki Malaysia turut menyatakan tarikh tempahan yang turut tampil dengan pelbagai promosi menarik itu akan ditutup pada 17 Jun 2023 (Sabtu).

Dijadual 'mendarat' minggu ini, Suzuki GSX-8S, V-Strom 800DE (2023) katanya tiba pada harga pengenalan mengejutkan! 02

Dan turut terkandung dalam promosi tempahan menarik dan eksklusif untuk tempoh terhad itu selain pakej tunggangan 'adventure' dan hadiah istimewa ketika pembelian adalah jemputan ke majlis pelancaran rasmi.

Berbalik kepada persoalan harga jualan kedua-dua model berkenaan, menurut sumber yang 'rapat' dengan Suzuki Malaysia kepada kami, harga yang ditawarkan itu nanti boleh disifatkan sebagai mengejutkan.

Dijadual 'mendarat' minggu ini, Suzuki GSX-8S, V-Strom 800DE (2023) katanya tiba pada harga pengenalan mengejutkan! 03

Sebagai info, ketika diperkenalkan di pasaran Itali, harga pengenalan Suzuki V-Strom 800DE (2023) adalah 11,750 euro (RM 58,961).

Dijadual 'mendarat' minggu ini, Suzuki GSX-8S, V-Strom 800DE (2023) katanya tiba pada harga pengenalan mengejutkan! 04

Tetapi menurut kami, motosikal yang tidak lagi menggunakan enjin berkonfigurasi V-Twin itu dijangka diperkenalkan pada julat harga RM 50k ke RM 60k dan harga lebih murah bagi Suzuki GSX-8S (2023) turut dijangkakan.

Sebagai info, Suzuki GSX-8S dan V-Strom 800DE (2023) menghuni dua segmen berbeza itu (Adventure dan Naked).

Juga baca: Suzuki lancar V-Strom 800DE/Adventure (2023) di Milan, enjin 'Parallel-twin', 84 Hp, 78 Nm!

Dijadual 'mendarat' minggu ini, Suzuki GSX-8S, V-Strom 800DE (2023) katanya tiba pada harga pengenalan mengejutkan! 05

Untuk motosikal yang lengkap dengan pelbagai ciri elektronik moden yang canggih dan menarik serta diakui 'sedap' oleh penulis 'otai' yang sudah menunggangnya dan kami temui, harga yang kami jangkakan boleh dikatakan berbaloi.

Dijadual 'mendarat' minggu ini, Suzuki GSX-8S, V-Strom 800DE (2023) katanya tiba pada harga pengenalan mengejutkan! 06

Sedikit maklumat mengenai Suzuki GSX-8S dan V-Strom 800DE, ia adalah model serba baharu yang dibangunkan oleh Suzuki Motor dan dilancarkan di acara berprestij, Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2022 pada November lalu.

Selain rekaan serba baharu yang dianggap unik dan menarik, kedua-dua model ini turut dikuasakan dengan enjin serba baharu, Parallel-Twin yang dibangunkan syarikat berpangkalan di Hamamatsu, Jepun itu. 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda