Tag

yamaha outboard engine price malaysia

Yamaha RX-Z versi baharu di Malaysia. Realiti atau sekadar spekulasi liar?

Sekalipun pengeluaran Yamaha RX-Z sudah dihentikan hampir 10 tahun lalu, ada saja berita mengenai motosikal berkuasa 135cc itu akan diproduksi semula di negara ini berikutan popularitinya. Paling terbaharu adalah minggu lalu apabila tular sebuah foto yang menyatakan Yamaha Jepun bercadang untuk menghasilkan semula jentera yang masih menjadi kegilaan rakyat Malaysia itu. Tidak dapat dipastikan ketulenan foto berkenaan tetapi jika ia benar, pengedar rasmi jenama berkenaan di sini iaitu Hong Leong

KhairilKhairil

Jan 31, 2021

Yamaha MT-07 2021 dilancarkan. Tanpa lampu hadapan tunggal, mirip Yamaha MT-09 baru!

Yamaha telah melancarkan Yamaha MT-07 2021 selepas pelancaran Yamaha MT-09 2021. Motosikal naked 700 cc ini tampil berbeza dengan generasi terdahulu, memberi nafas baru kepada keseluruhan rupa motosikal ini. Untuk sebuah motosikal naked, rekaan yang paling menonjol tentulah pada lampu hadapan. Yamaha MT-07 kini mengenakan lampu hadapan yang lebih menarik berbanding lampu lama. Rekaan lampu tunggal kini diubah menjadi lampu 3 bahagian dengan 2 bahagian jalur sisi berbentuk Y. Kebanyakan aspek rek

HarisHaris

Nov 5, 2020

Yamaha YZF-R25 2021 di Malaysia dapat warna baharu, Cyan Metallic

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), hari ini mengemaskini motosikal Sportbike popularnya, YZF-R25 bagi versi 2021 dengan menambah corak warna baharu iaitu Cyan Metallic. Perkembangan menarik itu diumumkan menerusi laman Facebook rasmi Yamaha Motor Malaysia dan selain Cyan Metallic, warna rasmi Yamaha Blue turut dikekalkan. "Pendominasi kuasa dan gaya, inilah Yamaha R25, kini hadir dengan pilihan warna baharu, Cyan Metallic untuk penunggangan yang lebih teruja. Anda sendiri boleh rasai keterujaanya h

KhairilKhairil

Jan 22, 2021

Teka-teki harga Yamaha Y15 V3 di Malaysia, adakah bakal melebihi RM 10k?

Hari ini adalah tarikh yang dinanti-nantikan ramai peminat jenama Yamaha di negara ini hampir tiba. Seperti sedia maklum, Hong Leong Yamaha Motor (HYLM) akan melancarkan sebuah model baharu ke pasaran tempatan, malam ini. Berdasarkan 'teaser' rasmi syarikat berkenaan, ramai yang menjangkakan ia adalah model 'Super moped' yang paling ditunggu-tunggu iaitu generasi ketiga Y15ZR. Motosikal berkenaan dikenali sebagai Yamaha Exciter 155 VVA di pasaran Vietnam berikutan penggunaan enjin baharu yang ki

KhairilKhairil

Mar 18, 2021

Yamaha Y16ZR 2021 tiba di Malaysia - model baharu, 155 cc, harga RM 10,888!

Seperti jangkaan, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) akhirnya melancarkan 'Supermoped' generasi terbaharu dikenali Y16ZR di pasaran Malaysia, hari ini yang hadir dengan tanda harga 'menarik' RM 10,888. Pelancaran itu dibuat secara maya oleh Yamaha Motor Malaysia di laman YouTube rasmi syarikat berkenaan yang dihoskan oleh pelawak dan pelakon terkenal, Zizan Razak, sebentar tadi. Bersama moto 'prestasi terunggul', Yamaha Y16ZR datang dengan pelbagai pembaharuan terutama penggunaan enjin bersesaran le

KhairilKhairil

Mar 18, 2021

Gambar: Yamaha NMax dengan seragam bertemakan Star Wars

Yamaha NMax 160 yang dijual di pasaran Brazil menerima seragam bertemakan Star Wars. Model khas tersebut dijual terhad sebanyak 680 unit dalam 2 pilihan. Lukisan yang menggambarkan Rebel Alliance dan Galactic Empire tampak sangat menarik apabila digayakan pada Yamaha NMax 160 tersebut. Unit terhad 680 unit tersebut terbahagi kepada 2 sebanyak 340 unit bagi setiap sisi. Jika anda mahu mengikut gerakan penentang, warna putih Rebel Alliance pastinya pilihan anda. Dengan garisan yang futuristik, Yam

HarisHaris

Oct 1, 2020

Spyshot: Tak tunggu lama! Yamaha Exciter 155 VAA (Y-Suku) 2021 diuji di Malaysia!

Selepas dilancarkan di Vietnam baru-baru ini, ramai yang tertanya-tanya negara manakah yang akan menerima versi terbaharu 'Super Moped' popular Yamaha dikenali Exciter 155 VVA di negara berkenaan. Bagi peminatnya di Malaysia, jentera yang dikenali sebagai Y15ZR atau 'YSuku' itu sememangnya amat dinantikan. Ini kerana kali terakhir pelancaran versi terbaharu yang ada di negara ini iaitu Y15ZR V2 adalah pada 2019. Justeru, model Exciter 155 VVA - yang memperoleh pelbagai pembaharuan - dan berpoten

KhairilKhairil

Jan 14, 2021

Apa ada dengan Yamaha FZ150i

Diperkenalkan di pasaran Malaysia pada 2008, kejayaan yang diraih motosikal Yamaha FZ150i mungkin tidak segah 'abangnya' RX-Z namun populariti yang dikecapi tidaklah menghampakan. Tiba dengan harapan menjadi 'pengganti' kepada RX-Z yang ketika itu bakal ditamatkan pengeluarannya, FZ150i sememangnya datang dengan pelbagai pakej yang boleh disifatkan menarik. Antaranya adalah ia menggunakan teknologi suntikan bahan api yang menjadikannya sebuah motosikal yang jimat minyak, penggunaan rangka 'Delta

KhairilKhairil

Jan 28, 2021

Zizan Razak sudah terima Yamaha Y16ZR, anda bila lagi?

Zizan Razak, pelakon dan pelawak terkenal tanah air tampak cukup gembira dalam majlis penyerahan motorsikal Yamaha Y16ZR 2021 yang berlangsung di Ibu Pejabat Hong Leong Yamaha di Sungai Buloh. Majlis itu turut disaksikan oleh Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha, Dato' Jim Khor. Zizan yang juga hos bagi pelancaran model terbaru itu menerima Y16ZR baharunya dengan nombor chasis 08 dan visor hadapan dengan hiasan istimewa nama "Zizan Razak" ketika majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Hoo Wan Tim

MersitaMersita

Apr 7, 2021

Malaysia tangga ke-13 pasaran motosikal dunia 2020, Yamaha kekal penguasaan!

Disebalik penyusutan 8 peratus jualan berbanding pada tahun 2019, pasaran motosikal Malaysia naik ke tangga ke-13 dunia berbanding di kedudukan ke-14 pada tahun lalu dengan 499.719 jualan direkodkan pada 2020. Sekalipun kekal di tangga kelima di kalangan negara ASEAN, penyusutan sebanyak 8.6 peratus itu adalah yang terendah berbanding Indonesia (43.7 peratus), Filipina (30 peratus), Vietnam (14.7 peratus) dan Thailand (9.7 peratus). Dari sudut jenama, Yamaha kekal di tangga teratas diikuti oleh

KhairilKhairil

Mar 8, 2021

Yamaha NMax 155 2020 dikemaskini, harga bermula RM 8,998

Hong Leong Yamaha Malaysia telah mengemaskini model Yamaha NMax 155 2021 mulai Disember 2020. Pelancaran tersebut berlangsung melalui laman Facebook Yamaha Motor Malaysia rasmi. Skuter kelas 150cc terbaru ini menerima kemaskini dari segi enjin 155cc VVA dikuasakan dengan teknologi penyejuk cecair Blue Core. Enjin tersebut mampu mengeluarkan sehingga 15.4 PS kuasa kuda dan 13.9 Nm tork. Selain daripada itu, kemaskini juga dilakukan pada keseluruhan rekaan Yamaha NMax 155 dengan warna seragam yang

HarisHaris

Dec 2, 2020

Yamaha 135LC dapat warna, rekaan grafik baru bagi versi 2021

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus menghangatkan pasaran kapcai tempatan bagi tahun 2021 dengan memperkenalkan varian Yamaha 135LC yang hadir dengan warna dan rekaan grafik terbaharu. Ia didatangkan dengan empat warna dan rekaan grafik yang tampak lebih menyerlah iaitu Stealth Gold bagi Special Edition, Cyan Metallic, Fiery Red dan Yamaha Blue. Perkembangan itu dipaparkan di laman Facebook rasmi Yamaha Motor Malaysia. "Mempersembahkan Yamaha 135LC dalam warna dan rekacorak baru! Dilancar khas

KhairilKhairil

Jan 6, 2021

Intipan: Yamaha Y15ZR bakal terima facelift generasi ke 3 tahun 2021?

Berdasarkan sebuah gambar intipan yang tular di laman sosial, ura-ura mengatakan bahawa terdapat 2 pandu uji oleh Yamaha. Sebuah motosikal jenis ‘sportbike’ dan sebuah motosikal jenis ‘moped’ telah dipandu uji sekitar Bukit Tagar ke Bestari Jaya. Walaubagaimanapun, motosikal jenis ‘moped’ telah berjaya dirakam dan dimuatnaik di laman Facebook. Motosikal misteri tersebut kelihatan seperti sebuah Yamaha Exciter 150 pasaran Vietnam atau Yamaha MX King pasaran Indonesia. Perubahan yang boleh dilihat

HarisHaris

Sep 23, 2020

Layak ke Yamaha NVX155 dilabel 'raja' skuter Malaya?

Jika anda penggemar sejati motosikal jenis skuter, tak salah untuk melabel model Yamaha NVX155 pasti berada dalam senarai idaman atau 'mesti beli'. Selain reka bentuknya yang 'segak' dan sedap mata memandang, ia turut dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri moden bagi menambah daya tarikannya. Bagi menambah lagi tarikan itu, skuter generasi baru seperti NVX155 yang diperkenalkan Hong Leong Yamaha di Malaysia pada 2017 juga hampir berjaya menepis masalah stereotaip membabitkan motosikal jenis automa

KhairilKhairil

Dec 2, 2020

Pusingan 1 Cub Prix 2021 di Sepang milik Muzakkir, Yamaha tampil penguasaan

Selepas sedekad bergelar pelumba profesional, Mohd Muzakkir Mohamed akhirnya berjaya mengucup nikmat kemenangan apabila mengungguli perlumbaan pusingan pembuka tirai Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2021. Sekalipun dicabar pelumba-pelumba hebat lain dalam kategori elit CP150, Muzakkir yang mewakili pasukan ONEXOX TKKR Racing berjaya mengekalkan rentak tunganggannya sepanjang 11 pusingan di Litar Antarabangsa Sepang (Selatan) itu. Keyakinan itu membolehkan Muzakkir yang menunggang jentera Yam

KhairilKhairil

Mar 23, 2021

Yamaha Malaysia sah lancar model baharu 18 Mac ini. 155 cc, VVA! Adakah 'YSuku' terbaharu?

155 cc dan VVA. Itu antara intipati menarik daripada 'teaser' terbaharu Hong Leong Yamaha Motor (HYLM), hari ini mengenai model baharu yang bakal dilancarkan pada 18 Mac ini, jam 7.00 malam. Berdasarkan dua maklumat penting itu, ia seakan memberi bayangan jelas model baharu yang bakal dikeluarkan itu adalah sama seperti motosikal 'Super Moped' yang diperkenalkan di pasaran Vietnam iaitu Exciter 155 VVA. Perkembangan menarik itu dikongsikan HLYM di laman Facebook rasmi syarikat berkenaan menerusi

KhairilKhairil

Mar 12, 2021

Pemilik Yamaha berpeluang sertai kursus Marshall Riding Training. Tingkat cara tunggangan konvoi!

Konvoi beramai-ramai sememangnya sebuah aktiviti yang terkenal di Malaysia. Aktiviti ini mengeratkan ikatan silaturahim di samping menguji ketahanan jentera masing-masing dalam keadaan berkumpulan. Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) melihat positif aktiviti ini dan mengambil inisiatif untuk menawarkan kursus Marshall Riding Training kepada pemilik Yamaha di Malaysia. Kursus ini yang diiklankan di Facebook rasmi Yamaha Malaysia memberi peluang kepada pemilik motosikal Yamaha untuk menyertainya. Le

HarisHaris

Sep 22, 2020

Lagenda Yamaha SS 110, fenomena awal 90an sebelum Y-Suku!

Jika ketika ini Yamaha gah dalam segmen moped di Malaysia menerusi Y15ZR atau 'YSuku', satu masa lalu, model yang pernah mengangkat jenama Jepun itu selama beberapa tahun dalam segmen berkenaan adalah Yamaha SS 110. Tiba di pasaran pada awal era-90 an, lebih tepat pada 1991, Yamaha SS 110 sememangnya berjaya mencetus fenomena. Ia hadir bagi menggantikan Yamaha Sport 100 dengan peningkatan enjin dan reka bentuk. Bagi memikat golongan muda, Yamaha SS 110 tampil dengan reka bentuk yang dikemaskini

KhairilKhairil

Feb 21, 2021

Tunggang uji ringkas Yamaha Y16ZR 2021 - model baharu, 'Y16' supermoped dalam kelas tersendiri?

Yamaha Y16ZR 2021 baru sahaja dilancarkan secara rasmi melalui pelancaran maya. Bersama-sama dengan pelancaran tersebut adalah sebuah tunggang uji ringkas yang berlangsung di Sepang. Wapcar.my bertuah apabila Hong Leong Yamaha Malaysia telah menjemput untuk menghadiri sesi tunggang uji ringkas Yamaha Y16ZR 2021 ini. Seperti yang ramai sedia maklum, model ini adalah model baharu yang akan dijual bersama-sama dengan model "Ysuku". Rekaan luaran Model Yamaha Y16ZR 2021 yang diposisikan sebagai moto

HarisHaris

Mar 19, 2021

Mana lagi ‘sedap’, Yamaha Y155ZR VVA atau Y15ZR V3?

Sejurus Yamaha Exciter 155 VVA dilancarkan di pasaran Vietnam, penghujung tahun lalu, peminat motosikal popular berkenaan di negara ini mula berteka-teki bilakah tarikh pelancarannya di sini dan berapakah harganya. Selain dua persoalan itu, turut hangat menjadi perdebatan adalah mengenai namanya. Ketika ini, ada yang memanggilnya sebagai Yamaha Y155ZR VVA, mengikut spesifikasi yang ada pada jentera berkenaan. Ia juga selari dengan perubahan nama untuk jentera berkenaan di Vietnam, yang sebelum i

KhairilKhairil

Jan 23, 2021

'Rossi mampu kompetitif sekalipun sertai pasukan satelit Petronas Yamaha SRT'

Keputusan Valentino Rossi menyertai pasukan satelit, Petronas Yamaha SRT bagi musim 2021 diakui Jorge Lorenzo sebagai mengejutkan namun tindakan legenda MotoGP Itali itu tidak boleh disifatkan satu 'kelemahan'. Sejurus pelumba muda Perancis, Fabio Quartararo sah menandatangani kontrak pasukan utama, Monster Energy Yamaha MotoGP awal tahun lalu, persoalan mengenai masa depan Rossi terus menjadi perbualan hangat. Begitupun, ia dinoktahkan apabila juara dunia sembilan kali itu menyertai pasukan sat

KhairilKhairil

Jan 31, 2021

Yamaha MT-15 2020 umum harga rasmi RM 11,988

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd pada hari ini telah mengumumkan bahawa Yamaha MT-15 telah rasmi dan dibuka untuk jualan. Sebelum ini, Yamaha MT-15 2020 first edition telah dilancarkan bersama-sama dengan Yamaha MT-25 dalam sebuah majlis namun harganya tidak diumumkan. Yamaha MT-15 adalah model naked terbaru Yamaha yang kini menggantikan Yamaha FZ150 yang sudah diberhentikan pengeluaran. Ia menggunakan enjin dengan sesaran yang sama dengan model Yamaha R15. Enjin bersesaran 155cc VVA silinder tun

HarisHaris

Nov 18, 2020

Yamaha Y16ZR 2021 sudah diedar, Bob Yp jadi pemilik unit pertama!

Kehadiran 'Super moped' terbaharu keluaran Yamaha, Y16ZR memang amat dinanti-nantikan peminat jenama berkenaan di negara ini. Apa tidaknya, sekalipun berita mengenai kehadiran jentera yang dikenali Exciter 155 VVA di Vietnam itu masih 'khabar angin', sudah ada peminat yang cuba melakukan tempahan di pengedar sahnya. Selepas pelancaran pada tarikh 18 Mac 2021 lalu di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dengan harga RM 10,888, seperti jangkaan ia laku bak 'pisang go

KhairilKhairil

Mar 31, 2021

Rossi, Vinales perlu yakin dengan kemampuan Yamaha 'baiki' jentera MotoGP - Quartararo

Jangan cepat melatah. Itu yang mungkin ingin disampaikan pelumba Yamaha, Fabio Quartararo apabila menegaskan barisan pelumba pasukan itu perlu terus yakin dengan kemampuan pengeluar dari Jepun itu untuk memperbaiki masalah yang dihadapi dalam saingan MotoGP pada musim ini. Yamaha menamatkan saingan musim 2020 selaku pengeluar paling banyak memenangi perlumbaan iaitu tujuh tetapi ironinya, mereka gagal untuk bergelar juara dunia dalam kedua-dua kategori sama ada pengeluar mahupun pelumba. Daripad

KhairilKhairil

Dec 24, 2020

2020 Yamaha MT-25 pandangan awal. RM 21,500, masih ada ruang untuk 'naked' 250cc?

2020 Yamaha MT-25 adalah sebuah model terbaharu dari Yamaha jenis naked yang baru sahaja dilancarkan pada 12 September 2020 yang lalu. Yamaha MT-25 adalah keseinambungan daripada produk ‘naked’ Yamaha yang sebelum ini hadir dengan Yamaha MT-07 dan Yamaha MT-09. Sebagai sebuah motosikal yang bersaing dalam kategori sesaran 250 cc, Yamaha MT-25 seringkali dibandingkan dengan Yamaha YZF R25 iaitu sebuah lagi motosikal Yamaha dalam kategori yang sama. Perbandingan jenis badan motosikal (naked vs spo

HarisHaris

Sep 21, 2020

Berapa 'top speed' Yamaha Exciter 155 VVA standard? Ini jawapannya!

Ketika Yamaha Exciter 155 VVA dilancarkan di Vietnam dengan pelbagai pembaharuan dan naik taraf, antara persoalan bermain di fikiran pastinya mengenai kelajuan jentera popular berkenaan. Menurut Yamaha Vietnam, enjin baharu Exciter 155 VVA (155cc) yang menggunakan transmisi enam kelajuan beserta klac slip & assist itu mampu menghasilkan kuasa 17.7Hp pada 9,500 rpm dan 14.4 Nm tork pada 8,000 rpm. Ia adalah peningkatan yang agak besar berbanding versi sebelum ini iaitu Yamaha Y15ZR V2 (150cc) yan

KhairilKhairil

Jan 26, 2021

Panas, panas. Rossi kritik jurutera Yamaha dari Jepun

Legenda MotoGP, Valentino Rossi mendakwa jurutera Yamaha dari Jepun mendengar maklum balas dari pelumba pasukan itu tetapi cenderung untuk "melakukan apa yang mereka mahukan" terhadap jentera berkenaan. Yamaha mengharungi kempen yang cemerlang pada musim 2020 apabila merekodkan tujuh kemenangan, terbanyak dalam kelas pengeluar. Tetapi, enam daripadanya disumbangkan pasukan satelit, PETRONAS Yamaha SRT dengan pelumbanya Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli yang masing-masing merekodkan tiga kem

KhairilKhairil

Dec 15, 2020

Tiba giliran Thailand lancar Yamaha Aerox 2021 (NVX), harga bermula RM9,125

Selepas Indonesia dan Vietnam, tiba giliran Thailand menerima versi terbaharu skuter Yamaha Aerox 2021 yang turut dikenali Yamaha NVX 155 di Malaysia yang dipasarkan dalam dua varian, Standard dan ABS. Harga yang ditawarkan bagi varian Standard ialah 67,500 THB (RM 9,125) manakala varian yang dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) datang dengan harga 78,500 THB (RM 10,612). Sebagai informasi, model skuter popular berkenaan dikenali sebagai Yamaha Aerox 155 Connected 2021 di Indonesia dan Yamaha

KhairilKhairil

Jan 29, 2021

Yamaha RXZ RM 100k hanya gimik? Harga sebenar cuma RM 45k sahaja?

Tular baru-baru ini apabila sebuah Yamaha RXZ keluaran terakhir telah dijual pada harga RM 100,000. Proses dan transaksi pembelian tersebut turut dimuatnaik di sebuah saluran Youtube permotoran terkenal di Malaysia iaitu Geng Tayar Besar. Walau bagaimanapun, sebuah hantaran di Facebook oleh Wark Dovizioso telah menafikan harga RM 100,000 yang dibayar adalah tidak tepat. Ujar pengguna Facebook tersebut lagi, harga Yamaha RXZ catalyzer keluaran akhir itu hanyalah sekadar RM 45,000 sahaja, jauh dar

HarisHaris

Sep 21, 2020

Menarik ke tak? Ini 5 pembaharuan Yamaha NVX 155 VVA 2021!

Seperti diketahui, pasaran Malaysia dijangka bakal menerima versi naiktaraf (facelift) bagi model Yamaha NVX 155 pada tahun ini. Versi terbaharu bagi skuter popular itu sudah pun dilancarkan di Indonesia dan Vietnam. Di sini, versi terbaharu yang masih dijual adalah versi 2020 yang diperkenalkan Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) awal tahun lalu. Ketika ini, versi terbaharu seperti dilancarkan di Indonesia dan Vietnam didapati sudah menjalani tunggang uji di negara ini. Sebagai info, di Indonesia, s

KhairilKhairil

Jan 25, 2021