Yamaha NMax 160 yang dijual di pasaran Brazil menerima seragam bertemakan Star Wars. Model khas tersebut dijual terhad sebanyak 680 unit dalam 2 pilihan.
Yamaha NMax 160 yang dijual di pasaran Brazil menerima seragam bertemakan Star Wars. Model khas tersebut dijual terhad sebanyak 680 unit dalam 2 pilihan.
Lukisan yang menggambarkan Rebel Alliance dan Galactic Empire tampak sangat menarik apabila digayakan pada Yamaha NMax 160 tersebut. Unit terhad 680 unit tersebut terbahagi kepada 2 sebanyak 340 unit bagi setiap sisi.
Jika anda mahu mengikut gerakan penentang, warna putih Rebel Alliance pastinya pilihan anda. Dengan garisan yang futuristik, Yamaha NMax versi ini menyerupai pesawat pejuang TIE Fighters dengan gaya poligon dan calitan warna merah dan kuning.
Anda boleh memilih untuk berada pada sisi gelap dengan lambang Rebel Alliance terpampang di sisi. Sesuai dengan namanya, keseluruhan model ini dibaluti dengan kegelapan dengan sedikit warna kegemaran Darth, iaitu merah.
Harga bagi model khas Yamaha NMax ini adalah dari Brazilian Real R$ 14,390 (RM 10,643) untuk kedua-dua model.
Generasi Yamaha NMax 160 ini adalah berdasarkan generasi Yamaha Nmax yang ada di Malaysia sekarang. Nampaknya, bukan Malaysia sahaja yang masih belum menerima 2020 Yamaha NMax generasi terbaru.
Sumber: Motor1
Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!
2022 Honda HR-V 1.5 S
Upgrade
Add your car
2021 Proton Persona Standard 1.6
2017 Perodua Myvi Advance 1.5
Komen