Tag

yamaha nvx 155 top speed

Menarik ke tak? Ini 5 pembaharuan Yamaha NVX 155 VVA 2021!

Seperti diketahui, pasaran Malaysia dijangka bakal menerima versi naiktaraf (facelift) bagi model Yamaha NVX 155 pada tahun ini. Versi terbaharu bagi skuter popular itu sudah pun dilancarkan di Indonesia dan Vietnam. Di sini, versi terbaharu yang masih dijual adalah versi 2020 yang diperkenalkan Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) awal tahun lalu. Ketika ini, versi terbaharu seperti dilancarkan di Indonesia dan Vietnam didapati sudah menjalani tunggang uji di negara ini. Sebagai info, di Indonesia, s

KhairilKhairil

Jan 25, 2021

Yamaha Aerox 155 (NVX 155) Connected/ABS 2020 disarung 'Livery' edisi MotoGP di Indonesia

Sebagai menghargai peminat setia pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP di Indonesia, Yamaha Indonesia melancarkan edisi khas 'Livery' pasukan berkenaan kepada beberapa modelnya, terbaru Aerox 155 (NVX 155) Connected/ABS 2020. Aerox 155 edisi MotoGP itu dilancarkan semalam di Facebook Yamaha Motor Indonesia dan ia hadir pada tanda harga Rp 29,500,000 (RM 8,478). Sekali pun tiada perubahan dari sudut kuasa atau teknologi, Aerox 155 edisi MotoGP ini pasti mencetuskan senyuman besar terutama buat pem

KhairilKhairil

Dec 16, 2020

HLYM mula 'jentik' perasaan peminat Yamaha, model baru bakal tiba - Y15ZR V3 atau NVX 155 V2?

Selepas 'mendiamkan' diri buat seberapa ketika, satu berita menggembirakan tiba buat peminat janama Yamaha di negara ini apabila Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memaparkan imej 'teaser' mengenai ketibaan sebuah jentera baharu. Perkembangan menarik itu dikongsikan HLYM menerusi laman Facebook rasmi syarikat berkenaan, baru-baru ini menerusi sebuah gambar tanpa imej atau 'siluet' sebarang motosikal. Begitupun, gambar dengan latar belakang sebuah lebuh raya itu hadir dengan kapsyen “Ketibaan sesuatu

KhairilKhairil

Mar 1, 2021

Berapa 'top speed' Yamaha Exciter 155 VVA standard? Ini jawapannya!

Ketika Yamaha Exciter 155 VVA dilancarkan di Vietnam dengan pelbagai pembaharuan dan naik taraf, antara persoalan bermain di fikiran pastinya mengenai kelajuan jentera popular berkenaan. Menurut Yamaha Vietnam, enjin baharu Exciter 155 VVA (155cc) yang menggunakan transmisi enam kelajuan beserta klac slip & assist itu mampu menghasilkan kuasa 17.7Hp pada 9,500 rpm dan 14.4 Nm tork pada 8,000 rpm. Ia adalah peningkatan yang agak besar berbanding versi sebelum ini iaitu Yamaha Y15ZR V2 (150cc) yan

KhairilKhairil

Jan 26, 2021

Tiba giliran Thailand lancar Yamaha Aerox 2021 (NVX), harga bermula RM9,125

Selepas Indonesia dan Vietnam, tiba giliran Thailand menerima versi terbaharu skuter Yamaha Aerox 2021 yang turut dikenali Yamaha NVX 155 di Malaysia yang dipasarkan dalam dua varian, Standard dan ABS. Harga yang ditawarkan bagi varian Standard ialah 67,500 THB (RM 9,125) manakala varian yang dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) datang dengan harga 78,500 THB (RM 10,612). Sebagai informasi, model skuter popular berkenaan dikenali sebagai Yamaha Aerox 155 Connected 2021 di Indonesia dan Yamaha

KhairilKhairil

Jan 29, 2021

Yamaha NMax 155 2020 dikemaskini, harga bermula RM 8,998

Hong Leong Yamaha Malaysia telah mengemaskini model Yamaha NMax 155 2021 mulai Disember 2020. Pelancaran tersebut berlangsung melalui laman Facebook Yamaha Motor Malaysia rasmi. Skuter kelas 150cc terbaru ini menerima kemaskini dari segi enjin 155cc VVA dikuasakan dengan teknologi penyejuk cecair Blue Core. Enjin tersebut mampu mengeluarkan sehingga 15.4 PS kuasa kuda dan 13.9 Nm tork. Selain daripada itu, kemaskini juga dilakukan pada keseluruhan rekaan Yamaha NMax 155 dengan warna seragam yang

HarisHaris

Dec 2, 2020

Yamaha Exciter 155 VVA kemalangan di Vietnam! Tiada ABS punca?

Yamaha Exciter 155 VVA 2021 baru saja dilancarkan di Vietnam, penghujung tahun lalu namun seperti peribahasa 'malang tidak berbau' tular foto mengenai motosikal 'panas' itu tersungkur akibat kemalangan di negara berkenaan. Susulan kemalangan itu, motosikal berwarna merah dalam kondisi 'bau kedai' itu dilihat mengalami kerosakan teruk di beberapa bahagian terutama di bahagian belakang termasuk 'swingarm' dan batang sport rim yang dilihat patah. Gambar berkenaan tular bukan saja di Vietnam, malah

KhairilKhairil

Jan 21, 2021

Layak ke Yamaha NVX155 dilabel 'raja' skuter Malaya?

Jika anda penggemar sejati motosikal jenis skuter, tak salah untuk melabel model Yamaha NVX155 pasti berada dalam senarai idaman atau 'mesti beli'. Selain reka bentuknya yang 'segak' dan sedap mata memandang, ia turut dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri moden bagi menambah daya tarikannya. Bagi menambah lagi tarikan itu, skuter generasi baru seperti NVX155 yang diperkenalkan Hong Leong Yamaha di Malaysia pada 2017 juga hampir berjaya menepis masalah stereotaip membabitkan motosikal jenis automa

KhairilKhairil

Dec 2, 2020

Yamaha Exciter 155 VVA vs Honda Winner X. Susahnya nak buat pilihan!

Yamaha Exciter 155 VVA memang mengujakan namun pesaing utamanya, Honda Winner X turut menggiurkan. Sebagai permulaan, kedua-dua motosikal ini belum dilancarkan di pasaran Malaysia dan hanya dapat dinikmati penunggang di negara jiran, Vietnam. Begitupun menariknya, berdasarkan informasi kedua-dua model hangat ini dijangka akan menjengah pasaran tempatan pada tahun ini namun hanya tarikhnya saja belum dapat dipastikan lagi. Seperti kata orang, berangan itu tidak salah dan memang cukup 'best' jika

KhairilKhairil

Feb 5, 2021

Yamaha NMax 155 Connected 2021 kini di Thailand, teknologi terkini Y-Connect siap Kawalan Cengkaman!

Seperti jangkaan, Yamaha Motor Thailand akhirnya melancarkan varian tertinggi skuter Yamaha NMAX 155 Connected 2021 pada Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2021 yang datang dengan pelbagai naik taraf berbanding versi terdahulu. Selepas diperkenalkan di pasaran Indonesia tahun lalu, NMAX 155 Connected 2021 kemudian menjengah satu lagi pasaran besar motosikal dunia iaitu Filipina sebelum tiba di Thailand pada minggu ini. Sebagai informasi, Yamaha NMAX 155 Connected 2021 adalah varian tertin

KhairilKhairil

Mar 24, 2021

Honda ADV 150 vs Yamaha NMax 155 Connected/ABS - mana paling best?

Sejak dilancarkan minggu lalu, perhatian terhadap skuter ala 'adventure', Honda ADV 150 di Malaysia memang tinggi. Ia membuktikan populariti skuter yang hampir dua tahun lewat tiba ke negara ini selepas pelancarannya itu tetap utuh. Datang pada tanda harga RM11,999, ramai menyatakan ia cukup berpatutan berikutan gaya 'unik' yang dimiliki ADV 150 selain teknologinya yang boleh disifatkan moden. Di media sosial, ramai menyuarakan pandangan betapa mereka tidak kisah mengenai harganya yang boleh dia

KhairilKhairil

Feb 20, 2021

Spyshot: Tak tunggu lama! Yamaha Exciter 155 VAA (Y-Suku) 2021 diuji di Malaysia!

Selepas dilancarkan di Vietnam baru-baru ini, ramai yang tertanya-tanya negara manakah yang akan menerima versi terbaharu 'Super Moped' popular Yamaha dikenali Exciter 155 VVA di negara berkenaan. Bagi peminatnya di Malaysia, jentera yang dikenali sebagai Y15ZR atau 'YSuku' itu sememangnya amat dinantikan. Ini kerana kali terakhir pelancaran versi terbaharu yang ada di negara ini iaitu Y15ZR V2 adalah pada 2019. Justeru, model Exciter 155 VVA - yang memperoleh pelbagai pembaharuan - dan berpoten

KhairilKhairil

Jan 14, 2021

Mana lagi ‘sedap’, Yamaha Y155ZR VVA atau Y15ZR V3?

Sejurus Yamaha Exciter 155 VVA dilancarkan di pasaran Vietnam, penghujung tahun lalu, peminat motosikal popular berkenaan di negara ini mula berteka-teki bilakah tarikh pelancarannya di sini dan berapakah harganya. Selain dua persoalan itu, turut hangat menjadi perdebatan adalah mengenai namanya. Ketika ini, ada yang memanggilnya sebagai Yamaha Y155ZR VVA, mengikut spesifikasi yang ada pada jentera berkenaan. Ia juga selari dengan perubahan nama untuk jentera berkenaan di Vietnam, yang sebelum i

KhairilKhairil

Jan 23, 2021

Yamaha Malaysia sah lancar model baharu 18 Mac ini. 155 cc, VVA! Adakah 'YSuku' terbaharu?

155 cc dan VVA. Itu antara intipati menarik daripada 'teaser' terbaharu Hong Leong Yamaha Motor (HYLM), hari ini mengenai model baharu yang bakal dilancarkan pada 18 Mac ini, jam 7.00 malam. Berdasarkan dua maklumat penting itu, ia seakan memberi bayangan jelas model baharu yang bakal dikeluarkan itu adalah sama seperti motosikal 'Super Moped' yang diperkenalkan di pasaran Vietnam iaitu Exciter 155 VVA. Perkembangan menarik itu dikongsikan HLYM di laman Facebook rasmi syarikat berkenaan menerusi

KhairilKhairil

Mar 12, 2021

Yamaha XMax 250, skuter Maxi eksekutif setaraf harganya

Tidak dapat dinafikan, permintaan terhadap motosikal skuter 'Maxi' di negara ini makin meningkat dan ia dikuatkan dengan kehadiran serta populariti yang dimiliki Yamaha XMax 250. Ketika Hong Leong Yamaha Motor (HYLM) memperkenalkan XMax 250 pada 2018, ia seakan mahu mencabar populariti Modenas Elegan 250 namun harga jualannya jauh lebih tinggi. Begitupun, ia tetap mendapat sambutan yang hangat peminat skuter dalam segmen berkenaan hinggalah ke hari ini. Tak kira dari sudut gaya atau teknologi, X

KhairilKhairil

Jan 6, 2021

Yamaha Y16ZR 2021 tiba di Malaysia - model baharu, 155 cc, harga RM 10,888!

Seperti jangkaan, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) akhirnya melancarkan 'Supermoped' generasi terbaharu dikenali Y16ZR di pasaran Malaysia, hari ini yang hadir dengan tanda harga 'menarik' RM 10,888. Pelancaran itu dibuat secara maya oleh Yamaha Motor Malaysia di laman YouTube rasmi syarikat berkenaan yang dihoskan oleh pelawak dan pelakon terkenal, Zizan Razak, sebentar tadi. Bersama moto 'prestasi terunggul', Yamaha Y16ZR datang dengan pelbagai pembaharuan terutama penggunaan enjin bersesaran le

KhairilKhairil

Mar 18, 2021

Tiada pencabar sebenar! ini resipi Honda Vario 150 gah di pasaran

Honda Vario 150 boleh dikatakan duduk ‘bersenang lenang’ tanpa pencabar sejati dalam segmen skuter (enjin 150cc) sejak ia diperkenalkan Boon Siew Honda di pasaran Malaysia pada 2018 hingga kini. Ketika ramai menjangka ia adalah lawan atau jawapan buat peminat Honda terhadap Yamaha NVX 155, kenyataan itu tidak begitu tepat kerana kedua-dua skuter ini mempunyai perbezaan yang ketara. Apa yang sama adalah kedua-duanya bersaing pasaran skuter tempatan dan menggunakan gear automatik. Berdasarkan perb

KhairilKhairil

Dec 31, 2020

Lawan Yamaha NMax 155, Honda PCX 160 (2021) dilancarkan di Jepun, enjin lagi berkuasa

Honda Jepun baru saja melancarkan model skuter terbaharu, PCX 160 (2021) dengan perubahan ketara dari sudut kuasa enjin yang kini bersesaran 156cc, empat injap. Varian lama PCX sebelum ini menggunakan enjin 149cc, dua injap. Dengan peningkatan berkenaan, PCX 160 menghamburkan kuasa 16Hp pada 8,500rpm dan tork 15Nm pada 6,500rpm manakala model terdahulu menghasilkan 14.4Hp dan tork 13.2Nm. Menurut Honda, peningkatan kuasa itu turut hadir menerusi penggunaan teknologi eSP+. Ia kini mengatasi penca

KhairilKhairil

Dec 9, 2020

'Goyang' dengan Exciter 155 VVA! Honda Winner X bakal lebih berkuasa, canggih?

Sejurus Yamaha melancarkan Exiter 155 VVA 2021 serba baharu di Vietnam, ia berjaya mencetuskan 'gundah gulana' buat pesaing utamanya di pasaran negara berkenaan iaitu Honda. Justeru, timbul khabar angin yang menyatakan Honda Motor Vietnam akan menaiktaraf model 'Super Moped' terhangatnya iaitu Winner X versi terbaharu termasuk dengan meningkatkan kapasiti enjinnya kepada 160cc. Seperti diketahui umum terutama kepada peminat Honda, Honda Winner yang dikenali sebagai RS150R di Malaysia dan versi t

KhairilKhairil

Jan 15, 2021

Zizan Razak sudah terima Yamaha Y16ZR, anda bila lagi?

Zizan Razak, pelakon dan pelawak terkenal tanah air tampak cukup gembira dalam majlis penyerahan motorsikal Yamaha Y16ZR 2021 yang berlangsung di Ibu Pejabat Hong Leong Yamaha di Sungai Buloh. Majlis itu turut disaksikan oleh Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha, Dato' Jim Khor. Zizan yang juga hos bagi pelancaran model terbaru itu menerima Y16ZR baharunya dengan nombor chasis 08 dan visor hadapan dengan hiasan istimewa nama "Zizan Razak" ketika majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Hoo Wan Tim

MersitaMersita

Apr 7, 2021

Enjin 155cc VVA, 6 gear, 17.7Hp, harga dari RM8,235, inilah Yamaha Exciter terbaru di Vietnam

Yamaha Vietnam melancarkan jentera Super Moped yang paling dinanti-nantikan, bukan saja di Malaysia namun di seluruh rantau Asean iaitu Yamaha Exciter 155 VVA (Y15ZR) serba baharu di pasaran negara itu, semalam. Tidak seperti Y15ZR V2 yang dilancarkan di pasaran negara, tahun lalu, Yamaha Exciter di Vietnam datang dengan pelbagai pembaharuan terutama enjin yang kini hadir dengan 155cc, Satu Silinder SOHC, Suntikan Bahan Api bersama sistem Variable Valve Actuation (VVA). Transmisi jentera ini jug

KhairilKhairil

Dec 30, 2020

Bukan 155cc, VVA, tapi Yamaha MX King 150 (Y15ZR V2) dapat kemaskini grafik, warna di Indonesia

Sebelum kehadiran Yamaha Exciter 155 VVA (mungkin dikenali Yamaha MX King 155 VVA) di Indonesia, pengedar rasminya PT. Yamaha Indonesia Motor bertindak memperkenalkan varian terbaharu Yamaha MX King 150 yang mendapat kemaskini grafik dan warna baharu. Tiga pilihan warna bersama corak grafik baharu itu adalah Sporty Black Yellow, Aggressive Red dan Active Blue. Harga jualan yang ditawarkan adalah Rp24,075,000 iaitu bersamaan RM6,921 berstatus 'On The Road' di Jakarta. Seperti namanya, spesifikasi

KhairilKhairil

Jan 15, 2021

Yamaha Y16ZR 2021 sudah diedar, Bob Yp jadi pemilik unit pertama!

Kehadiran 'Super moped' terbaharu keluaran Yamaha, Y16ZR memang amat dinanti-nantikan peminat jenama berkenaan di negara ini. Apa tidaknya, sekalipun berita mengenai kehadiran jentera yang dikenali Exciter 155 VVA di Vietnam itu masih 'khabar angin', sudah ada peminat yang cuba melakukan tempahan di pengedar sahnya. Selepas pelancaran pada tarikh 18 Mac 2021 lalu di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dengan harga RM 10,888, seperti jangkaan ia laku bak 'pisang go

KhairilKhairil

Mar 31, 2021

Teka-teki harga Yamaha Y15 V3 di Malaysia, adakah bakal melebihi RM 10k?

Hari ini adalah tarikh yang dinanti-nantikan ramai peminat jenama Yamaha di negara ini hampir tiba. Seperti sedia maklum, Hong Leong Yamaha Motor (HYLM) akan melancarkan sebuah model baharu ke pasaran tempatan, malam ini. Berdasarkan 'teaser' rasmi syarikat berkenaan, ramai yang menjangkakan ia adalah model 'Super moped' yang paling ditunggu-tunggu iaitu generasi ketiga Y15ZR. Motosikal berkenaan dikenali sebagai Yamaha Exciter 155 VVA di pasaran Vietnam berikutan penggunaan enjin baharu yang ki

KhairilKhairil

Mar 18, 2021

Tunggang uji ringkas Yamaha Y16ZR 2021 - model baharu, 'Y16' supermoped dalam kelas tersendiri?

Yamaha Y16ZR 2021 baru sahaja dilancarkan secara rasmi melalui pelancaran maya. Bersama-sama dengan pelancaran tersebut adalah sebuah tunggang uji ringkas yang berlangsung di Sepang. Wapcar.my bertuah apabila Hong Leong Yamaha Malaysia telah menjemput untuk menghadiri sesi tunggang uji ringkas Yamaha Y16ZR 2021 ini. Seperti yang ramai sedia maklum, model ini adalah model baharu yang akan dijual bersama-sama dengan model "Ysuku". Rekaan luaran Model Yamaha Y16ZR 2021 yang diposisikan sebagai moto

HarisHaris

Mar 19, 2021

5 perkara tentang GPX Drone 150 2021 sebelum dilancarkan di Malaysia!

Jenama GPX mungkin tidak asing bagi penggemar cafe racer tetapi ia mungkin akan berubah tidak lama lagi. Jenama motosikal dari Thailand itu dikatakan bakal membawa model skuter terbaru mereka ke Malaysia sekitar Jun 2021. Rakyat Thailand yang terawal pula bakal menerima GPX Drone 150 2021 sekitar bulan Disember 2020. Skuter berkenaan merupakan hasil kerjasama GPX (GP Motor Thailand Company Limited) dengan SYM (Sanyang Motor) dari Taiwan. SYM sememangnya terkenal dengan model skuter mereka tetapi

HarisHaris

Nov 23, 2020

Tak sabar tunggu SYM Jet X 150 di Malaysia? Jom lihat 'kembarnya' di seberang

Persaingan motosikal skuter dalam kelas 150cc pasti tambah menarik dengan kehadiran SYM Jet X 150 yang dijadual memasuki pasaran tempatan pada suku pertama tahun depan. Menurut pengedar motosikal SYM di Malaysia, MForce Bike Holdings (MForce), Jet X 150 adalah model perdana dalam siri Jet yang dikuasakan dengan enjin 149.6cc. Melihat kepada reka bentuknya, ia tampil dengan sisi yang moden dan dijangka mampu memberi cabaran kepada beberapa model skuter yang cukup popular di negara ini seperti Yam

KhairilKhairil

Dec 24, 2020

Terlalu sentimental, Yamaha RX-Z 5-Speed 1985, RM50k pun takkan jual!

Jika sebelum ini kita pernah dikejutkan dengan berita tular mengenai Yamaha RX-Z yang diiklankan dengan harga 'tak masuk akal', timbul satu lagi cerita baru membabitkan jentera legenda itu, baru-baru ini di Terengganu. Memetik laporan Harian Metro, seorang lelaki Nik Zahari Wan Omar, 58 tahun dari Kampung Pela, Ajil dilaporkan pernah menerima tawaran setinggi RM50,000 daripada seorang ahli perniagaan terhadap motosikal Yamaha RX-Z 5-Speed keluaran tahun 1985 miliknya. Begitupun, beliau yang turu

KhairilKhairil

Jan 19, 2021

Nak bagi ‘Ysuku’ tapi Yamaha RXZ dan Yamaha NVX jadi hantaran pengantin pun jadilah!

Kreatif! Bukan semua peminat motor dapat merasai pengalaman yang sama seperti pasangan pengantin, Nurul Alwani Khalda dan suami, Ahmad Muzzammil Samsudin. Idea salah seorang ahli keluarga untuk meletakkan motosikal di sebalik dulang hantaran menjadi tular, apabila jurugambar, Hazrul (Il Momento) memuatnaik momen tersebut di media sosial. Ujar Nurul Alwani Khalda, 28, idea tersebut merupakan simbolik sahaja untuk menyerikan majlis. “Saya telah menyediakan replika Yamaha Y15ZR atau ‘Ysuku’ pada du

HarisHaris

Nov 3, 2020

Minat Yamaha Y15ZR tapi MT-15 lagi seksi, ini perbandingannya!

Sebelum Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan jentera 'Naked' Yamaha MT-15 pada September lalu, pasti ramai yang tertanya-tanya, adakah ia mampu mencabar populariti 'Super Moped', Yamaha Y15ZR. Sekali pun kedua-dua jentera ini amat berbeza dari sudut kelas, gaya dan keperluan, perbandingannya jelas tidak dapat dielak kerana kedua-duanya menggunakan enjin yang bersesaran hampir sama, 150 cc buat Y15ZR dan 155 cc (MT-15). Malah, sekali pun perbezaan harga kedua-duanya juga boleh dikatakan

KhairilKhairil

Dec 26, 2020