window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lawan Yamaha NMax 155, Honda PCX 160 (2021) dilancarkan di Jepun, enjin lagi berkuasa

Khairil ยท Dec 9, 2020 08:00 PM

Lawan Yamaha NMax 155, Honda PCX 160 (2021) dilancarkan di Jepun, enjin lagi berkuasa 01

Honda Jepun baru saja melancarkan model skuter terbaharu, PCX 160 (2021) dengan perubahan ketara dari sudut kuasa enjin yang kini bersesaran 156cc, empat injap.

Varian lama PCX sebelum ini menggunakan enjin 149cc, dua injap.

Lawan Yamaha NMax 155, Honda PCX 160 (2021) dilancarkan di Jepun, enjin lagi berkuasa 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dengan peningkatan berkenaan, PCX 160 menghamburkan kuasa 16Hp pada 8,500rpm dan tork 15Nm pada 6,500rpm manakala model terdahulu menghasilkan 14.4Hp dan tork 13.2Nm.

Menurut Honda, peningkatan kuasa itu turut hadir menerusi penggunaan teknologi eSP+.

Lawan Yamaha NMax 155, Honda PCX 160 (2021) dilancarkan di Jepun, enjin lagi berkuasa 01

Ia kini mengatasi pencabar utamanya iaitu Yamaha NMax 155 yang menghasilkan 14.9Hp pada 8,000 rpm dan tork 14.4Nm pada 6,000 rpm.

Honda juga mendakwa getaran yang dihasilkan enjin PCX 160 lebih rendah dengan bunyi enjin yang lebih senyap.

Lawan Yamaha NMax 155, Honda PCX 160 (2021) dilancarkan di Jepun, enjin lagi berkuasa 02

Dari sudut reka bentuk dan gaya, PCX 160 juga mengalami sedikit perubahan ditambah dengan ciri lampu LED penuh.

Bagi sistem brek, ia menggunakan brek dwi-cakera dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) pada roda depan manakala brek cakera biasa untuk bahagian belakang.

Lawan Yamaha NMax 155, Honda PCX 160 (2021) dilancarkan di Jepun, enjin lagi berkuasa 03

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan sistem Honda Selectable Torque Control (HSTC) untuk tunggangan lebih meyakinkan di permukaan jalan licin dan basah.

Memetik laporan media di negara seberang, PCX 160 (2021) akan dipasang di Vietnam sekali gus meningkatkan peluang ia akan dijual di pasaran Asean termasuk Malaysia.

Lawan Yamaha NMax 155, Honda PCX 160 (2021) dilancarkan di Jepun, enjin lagi berkuasa 04

Berdasarkan harga yang dilancarkan di Jepun iaitu 407,000 yen (RM15,877), ia jauh lebih mahal berbanding NMax 155 iaitu RM8,998.

Di pasaran Jepun, PCX 160 akan mula dijual bermula 28 Januari 2021.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda