window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tiada pencabar sebenar! ini resipi Honda Vario 150 gah di pasaran

Khairil · Dec 31, 2020 07:00 PM

Tiada pencabar sebenar! ini resipi Honda Vario 150 gah di pasaran 01

Honda Vario 150 boleh dikatakan duduk ‘bersenang lenang’ tanpa pencabar sejati dalam segmen skuter (enjin 150cc) sejak ia diperkenalkan Boon Siew Honda di pasaran Malaysia pada 2018 hingga kini.

Ketika ramai menjangka ia adalah lawan atau jawapan buat peminat Honda terhadap Yamaha NVX 155, kenyataan itu tidak begitu tepat kerana kedua-dua skuter ini mempunyai perbezaan yang ketara.

Tiada pencabar sebenar! ini resipi Honda Vario 150 gah di pasaran 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apa yang sama adalah kedua-duanya bersaing pasaran skuter tempatan dan menggunakan gear automatik.

Berdasarkan perbandingan yang dibuat oleh banyak laman web automotif yang hebat dari dalam atau luar negara, apa yang boleh disimpulkan adalah Vario 150 jelas tidak berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan NVX 155.

Tiada pencabar sebenar! ini resipi Honda Vario 150 gah di pasaran 01

Sekali pun pada mata kasar perbandingan itu tidak jauh, terutama berdasarkan sesaran enjin (150cc dan 155cc), namun jika diteliti dengan lebih mendalam, Vario 150 jelas 'kalah' tidak kira dari sudut teknologi apatah lagi harga.

Berikutan itu, permintaan terhadap Honda Vario 150 tetap utuh kerana demografi pembeli dan peminatnya adalah berbeza. Jadi, apakah resipinya? Ini pandangan kami.

Reka bentuk sporty

Tiada pencabar sebenar! ini resipi Honda Vario 150 gah di pasaran 02

Bagi peminat skuter ketika ini, mereka mahukan jentera yang segar terutama dari sudut reka bentuknya. Ia dibuktikan oleh NVX 155 dan Honda pantas mengambil pendekatan sama menerusi Vario 150 dan ia sememangnya berjaya.

Lebih menarik, reka bentuk Vario 150 memang sporty tetapi masih tidak kehilangan nilai-nilai sesebuah skuter yang membuatkan  peminat skuter sejati memilihnya.

Harga

Tiada pencabar sebenar! ini resipi Honda Vario 150 gah di pasaran 03

Dijual dengan tanda harga bermula RM7,199, perbezaannya Vario 150 dengan NVX 155 adalah sekitar RM2,800 dan ia memang jauh.

Jika ia benar-benar berada dalam segmen yang sama, Honda pasti tidak akan meletakkan Harga serendah itu berdasarkan reputasi jenama itu sendiri.

Begitupun, bijaknya Honda adalah Vario tidak pula dibantai teruk oleh NVX 155 tidak kira dari sudut prestasi mahu pun rupa parasnya.

Pengendalian

Tiada pencabar sebenar! ini resipi Honda Vario 150 gah di pasaran 04

Sumber imej: Nambo Motor

Berdasarkan respon pemilik, menunggang Vario 150 memberikan mengalaman yang cukup berlainan buat mereka berbanding jentera skuter mereka sebelum ini. Pengendaliannya dikatakan lebih lancar dan kuasa yang dimilikinya dikatakan cukup baik tidak kira tunggangan jarak dekat mahupun jauh.

Sistem suspensi fork teleskopik di bahagian depan dan lengan ayun tunggal juga berupaya menyerap hentakan seperti sepatutnya sekali gus menghasilkan tunggangan yang stabil dan selesa.

Praktikaliti

Tiada pencabar sebenar! ini resipi Honda Vario 150 gah di pasaran 05

Bagi mereka yang sudah biasa menunggang skuter, mereka pasti selesa dengan rekaan Vario 150 yang masih menggunakan frem 'step-through'. Seperti skuter tulen, Vario 150 mempunyai ruang kaki yang lebar, justeru ia boleh membawa lebih banyak muatan terutama yang panjang.

Seperti model skuter lain, Vario 150 juga didatangkan dengan ruang simpanan bawah pelana yang cukup besar (18 liter) dan mampu menyimpan sebuah helmet dan pelbagai barangan lain.

Teknologi

Tiada pencabar sebenar! ini resipi Honda Vario 150 gah di pasaran 06

 

Tiada pencabar sebenar! ini resipi Honda Vario 150 gah di pasaran 07

Perkara ini menjadi penyebab mengapa ramai menggemari Vario 150 terutama wanita. Selain diberikan paparan meter LCD penuh dengan pelbagai maklumat, ia turut menggunakan sistem kawalan jauh tanpa kunci bersama imobiliser, lampu LED (depan dan belakang) dan Idling Stop System.

Sekali pun Vario 150 tidak dibekalkan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) tetapi ia diberikan sistem brek kombi. Jadi, tidak kira tuil brek sebelah mana ditarik, kuasa hentian akan diagihkan ke brek depan dan belakang, sekali gus kawalan brek lebih stabil.

Muatan tangki minyak

Tiada pencabar sebenar! ini resipi Honda Vario 150 gah di pasaran 08

Dibekalkan dengan tangki berkapasiti 5.5 liter, ia memang amat dialu-alukan oleh peminat skuter tempatan.

Prestasi

Tiada pencabar sebenar! ini resipi Honda Vario 150 gah di pasaran 09

Sumber imej: Autoworld.com.my

Dengan enjin bersesaran 150cc SOHC penyejukan cecair, Vario 150 mampu menghamburkan kuasa kuda sebanyak 13Hp pada 8,500rpm dan tork 13.4 Nm pada 5,000 rpm dan kuasa itu sudah cukup baik bagi skuter bersesaran kecil.

Dengan kuasa kuda dan tork seperti itu, ia menjadikan Vario 150 sebagai jentera yang mempunyai tindak balas yang cukup baik, sesuatu yang digemari penunggang di bandar raya besar.

Enjin berkenaan turut dilengkapi teknologi eSP dan Idling Stop System (ISS) termaju untuk menawarkan prestasi tunggangan dan penjimatan bahan api yang luar biasa manakala transmisi menggunakan jenis automatik CVT.

Saiz tayar

Tiada pencabar sebenar! ini resipi Honda Vario 150 gah di pasaran 10

Ini mungkin antara kekurangan Vario 150 kerana rupa bentuknya sedikit pelik dan tampak tidak seimbang kerana dipadankan dengan tayar yang agak kecil.

Kesimpulan

Tiada pencabar sebenar! ini resipi Honda Vario 150 gah di pasaran 11

Tiada pencabar sebenar! ini resipi Honda Vario 150 gah di pasaran 12

Dapat disimpulkan, Vario 150 masih mengekalkan imej tradisi, praktikaliti bagi sesebuah skuter moden. Berdasarkan itu, ia dapat jual oleh Honda secara kompetitif dengan pencabarnya di pasaran dengan kuasa enjin yang sama hanyalah adalah SYM Symphony 150 manakala Honda PCX 150 atau skuter Vespa menyasarkan segmen pembeli yang berbeza.

Tetapi dengan kehadiran jentera skuter ala 'Adventure', Honda ADV 150 yang dijangka dilancarkan pada awal tahun depan, adakah Vario 150 akan terus relevan di pasaran?

Kita tunggu dan lihat apa yang Honda akan lakukan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda