window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Layak ke Yamaha NVX155 dilabel 'raja' skuter Malaya?

Khairil ยท Dec 2, 2020 08:00 PM

Layak ke Yamaha NVX155 dilabel 'raja' skuter Malaya? 01

Jika anda penggemar sejati motosikal jenis skuter, tak salah untuk melabel model Yamaha NVX155 pasti berada dalam senarai idaman atau 'mesti beli'.

Selain reka bentuknya yang 'segak' dan sedap mata memandang, ia turut dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri moden bagi menambah daya tarikannya.

Layak ke Yamaha NVX155 dilabel 'raja' skuter Malaya? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagi menambah lagi tarikan itu, skuter generasi baru seperti NVX155 yang diperkenalkan Hong Leong Yamaha di Malaysia pada 2017 juga hampir berjaya menepis masalah stereotaip membabitkan motosikal jenis automatik sebelum ini.

Antara masalah itu adalah seperti kerap masuk bengkel, sedut minyak macam minum air dan bermacam lagi.

Layak ke Yamaha NVX155 dilabel 'raja' skuter Malaya? 01

Skuter sebenarnya pernah popular sekitar 9 ke 10 tahun yang lalu dengan model 'legend' seperti Suzuki VS125 dan MZ Moskito tetapi atas beberapa faktor yang disebutkan, popularitinya merosot.

Ia kembali dengan model yang boleh tahan popular seperti Yamaha Nouvo LC tetapi berikutan penggunaan saiz rim yang lebih besar (16 inci berbanding 14), ia nampak seperti jentera kacukan skuter dan kapcai.

Layak ke Yamaha NVX155 dilabel 'raja' skuter Malaya? 02

Apa yang pasti, skuter kebiasaannya menjadi pilihan pengguna di kawasan bandar kerana ia lebih mudah dikendalikan di lokasi yang sesak menerusi transmisinya.

Tetapi, ia kurang mendapat perhatian bagi pengguna yang inginkan gaya atau sering 'berjalan jauh' namun pandangan itu sudah berubah.

Layak ke Yamaha NVX155 dilabel 'raja' skuter Malaya? 03

Sejak dilancarkan, apa yang boleh dilihat adalah NVX155 terus mendapat perhatian bukan saja daripada peminat Yamaha, malah pengguna baharu dan varian terbaru juga sama.

Bukan saja penggemar skuter, malah ia turut membuatkan ramai pengguna tegar kapcai turut beralih angin.

Ini bukannya omong kosong, ia terjadi kepada kenalan rapat dan saudara terdekat penulis juga.

Layak ke Yamaha NVX155 dilabel 'raja' skuter Malaya? 04

Berbicara dari sudut prestasi, kuasa yang ada pada NVX155 tidak lagi kalah dengan jentera kapcai yang setara kuasanya (standard).

Sistem enjin baharu yang dibangunkan oleh Yamaha, Bluecore membuatkan NVX155 atau saudaranya NMax lebih jimat minyak sekaligus menjadikannya seronok untuk ditunggang.

Layak ke Yamaha NVX155 dilabel 'raja' skuter Malaya? 05

Sumber Imej: MotoRelease

Selain itu, seperti penulis katakan, dengan tambahan beberapa teknologi terkini seperti sistem tanpa kunci (keyless), skrin digital LCD, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) menjadikannya moden dan mengikut trend semasa.

Layak ke Yamaha NVX155 dilabel 'raja' skuter Malaya? 06

Sumber Imej: FB Yamaha nvx 155

Dan jangan lupa, jika anda menunggang skuter, anda tidak mempunyai masalah untuk membawa barang lebih banyak kerana ruang simpanannya yang agak luas.

Dari sudut realibility atau kebolehpercayaan, ia boleh dikatakan sudah semakin baik tetapi untuk penukaran alat ganti, kosnya tetap lebih mahal berbanding motosikal kapcai.

Layak ke Yamaha NVX155 dilabel 'raja' skuter Malaya? 07

Dengan harga jualan belasan ribu ringgit (Baharu), ia mungkin 'keras' untuk rakyat marhaen tetapi jika sudah suka, ada saja jalan untuk mendapatkannya.

Tetapi perlu diingat, harga terpakai juga boleh tahan keras ya dengan model NVX155 versi terbaharu sudah pun berada di pasaran negara jiran.

Layak ke Yamaha NVX155 dilabel 'raja' skuter Malaya? 08

Brosur Yamaha NVX15 terbaharu di Vietnam

Jadi, layak ke NVX155 digelar 'Raja' skuter Malaysia? Bagi penulis, ia memang layak tetapi anda sebagai pengguna adalah penilainya.

Layak ke Yamaha NVX155 dilabel 'raja' skuter Malaya? 09

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda