Menarik ke tak? Ini 5 pembaharuan Yamaha NVX 155 VVA 2021!

Khairil · Jan 25, 2021 06:30 PM

Menarik ke tak? Ini 5 pembaharuan Yamaha NVX 155 VVA 2021! 01

Seperti diketahui, pasaran Malaysia dijangka bakal menerima versi naiktaraf (facelift) bagi model Yamaha NVX 155 pada tahun ini. Versi terbaharu bagi skuter popular itu sudah pun dilancarkan di Indonesia dan Vietnam.

Di sini, versi terbaharu yang masih dijual adalah versi 2020 yang diperkenalkan Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) awal tahun lalu. Ketika ini, versi terbaharu seperti dilancarkan di Indonesia dan Vietnam didapati sudah menjalani tunggang uji di negara ini.

Menarik ke tak? Ini 5 pembaharuan Yamaha NVX 155 VVA 2021! 02

Sebagai info, di Indonesia, skuter popular berkenaan dikenali sebagai Yamaha Aerox 155 Connected 2021 manakala di Vietnam, ia menggunakan nama Yamaha NVX 155 VVA Generation II.

Menarik ke tak? Ini 5 pembaharuan Yamaha NVX 155 VVA 2021! 01

Sedikit mengenai sejarah, sejak mula diperkenalkan di pasaran Malaysia pada sekitar tahun 2017, NVX 155 berjaya menambat hati penggemar skuter di negara ini. Dalam bahasa mudah, ia mempunyai segala resipi untuk menjadi popular.

Reka bentuknya yang sporty dan berbeza mungkin tarikan paling utama. Tetapi, dari sudut teknologi, ia juga mengagumkan dan berjaya menangkis stereotaip membabitkan motosikal skuter sebelum ini.

Menarik ke tak? Ini 5 pembaharuan Yamaha NVX 155 VVA 2021! 02

Menarik ke tak? Ini 5 pembaharuan Yamaha NVX 155 VVA 2021! 03

Bagi versi terbaharu nanti, tiada perubahan dari sudut spesifikasi enjin. Ia masih menggunakan enjin Blue Core bersesaran 155cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, Penyejuk Cecair bersama teknologi Variable Valve Actuation (VVA).

Begitupun, ia menggunakan nisbah mampatan yang lebih tinggi iaitu 11.6:1 (sebelum ini 10.5:1) sekali gus meningkatkan sedikit kuasa yang dihasilkan iaitu 15.2 hp pada 8,000 rpm dengan tork 13.9 Nm pada 6,500 rpm. (Versi 2020, 14.7 hp pada 8,000 rpm dan tork 13.8 Nm pada 6,250 rpm).

Menarik ke tak? Ini 5 pembaharuan Yamaha NVX 155 VVA 2021! 04

Dari sudut transmisi, ia masih menggunakan jenis automatik CVT. Brek depan pula turut dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan cakera berdiameter 230 mm manakala brek belakang jenis dram.

Apapun, jom layan dulu mengenai 5 perubahan menarik yang dijangka hadir pada versi terbaharu Yamaha NVX 155 2021 nanti.

Menarik ke tak? Ini 5 pembaharuan Yamaha NVX 155 VVA 2021! 05

Menarik ke tak? Ini 5 pembaharuan Yamaha NVX 155 VVA 2021! 06

1. Reka bentuk Yamaha NVX 2021 terus mengekalkan ciri-ciri sporty yang ada pada versi sebelum ini. Rekabentuk 'fairing' juga diperbaharui dengan rekaan lampu depan dan belakang serba baharu yang lebih tajam tampak lebih menarik. Ia menggunakan teknologi LED penuh beserta lampu siang (DRL).

Menarik ke tak? Ini 5 pembaharuan Yamaha NVX 155 VVA 2021! 07

Menarik ke tak? Ini 5 pembaharuan Yamaha NVX 155 VVA 2021! 08

2. Dilengkapi dengan sistem aplikasi Y-Connect yang canggih. Ia membolehkan skuter ini dihubungkan dengan telefon pintar menerusi sambungan Bluetooth. Aplikasi ini membolehkan pemilik mengetahui pelbagai maklumat mengenai motosikal mereka seperti kadar penggunaan dan kapasiti petrol, maklumat lokasi parkir terakhir dan notifikasi selenggara.

Menarik ke tak? Ini 5 pembaharuan Yamaha NVX 155 VVA 2021! 09

3. Panel meter digital juga didatangkan dengan rekaan baharu dan pastinya lebih menarik. Seperti motosikal moden lain, ia memamarkan segala informasi berguna termasuk kelajuan, sukatan minyak dan sebagainya.

Menarik ke tak? Ini 5 pembaharuan Yamaha NVX 155 VVA 2021! 10

4. Berbanding NVX generasi terdahulu, kapasiti tangki bahan api untuk NVX terbaharu datang dengan muatan 5.5 liter, peningkatan sebanyak 0.9 liter. Ia adalah sesuatu yang amat diharapkan bagi pemilik NVX yang gemar berkonvoi.

Menarik ke tak? Ini 5 pembaharuan Yamaha NVX 155 VVA 2021! 11

5. Rekaan baharu tempat duduk baharu yang lebih aerodinamik sekali gus menjadikan tunggangan yang lebih selesa untuk penunggang dan pembonceng.

Menarik ke tak? Ini 5 pembaharuan Yamaha NVX 155 VVA 2021! 12

Sebagai perbandingan harga, Yamaha NVX 155 VVA 2021 di Vietnam dijual pada harga 53,000,000 VND (RM 9,287) bagi varian tertinggi. Di sini, harga asas bagi Yamaha NVX 155 2020 adalah RM 10,088 tetapi seperti biasa, harga berkenaan 'jauh larinya' di kedai menjual motosikal.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2018 Honda City 1.5 S

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru