window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha Y16ZR 2021 sudah diedar, Bob Yp jadi pemilik unit pertama!

Khairil ยท Mar 31, 2021 01:00 PM

Yamaha Y16ZR 2021 sudah diedar, Bob Yp jadi pemilik unit pertama! 01

Kehadiran 'Super moped' terbaharu keluaran Yamaha, Y16ZR memang amat dinanti-nantikan peminat jenama berkenaan di negara ini.

Apa tidaknya, sekalipun berita mengenai kehadiran jentera yang dikenali Exciter 155 VVA di Vietnam itu masih 'khabar angin', sudah ada peminat yang cuba melakukan tempahan di pengedar sahnya.

Yamaha Y16ZR 2021 sudah diedar, Bob Yp jadi pemilik unit pertama! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selepas pelancaran pada tarikh 18 Mac 2021 lalu di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dengan harga RM 10,888, seperti jangkaan ia laku bak 'pisang goreng panas' yang sedap.

Juga baca: Yamaha Y16ZR 2021 tiba di Malaysia - model baharu, 155 cc, harga RM 10,888!

Yamaha Y16ZR 2021 sudah diedar, Bob Yp jadi pemilik unit pertama! 01

Sejak mula diedar semalam, rancak di media sosial mengenai 'post' yang dibuat pemilik motosikal berkenaan yang dijangka akan terus merajai jalan raya di negara ini itu seperti yang dibuat 'saudara' terdekatnya, Y15ZR atau YSuku.

Yamaha Y16ZR 2021 sudah diedar, Bob Yp jadi pemilik unit pertama! 02

Dan antara pemilik paling bertuah adalah pemilik VLog permotoran terkenal tanah air, Bob Yp yang diiktiraf oleh HLYM sendiri sebagai pemilik pertama jentera berkenaan di Malaysia.

"Alhamdulillah. Pertama sekali, jutaan terima kasih kepada Hong Leong Yamaha Motor kerana mengiktiraf saya sebagai pemilik pertama Y16ZR yang berada di pasaran sekarang," katanya yang memilih warna biru Yamaha selain turut menggunakan nombor pendaftaran unik, SYG 808 pada motosikal berkenaan.

Yamaha Y16ZR 2021 sudah diedar, Bob Yp jadi pemilik unit pertama! 03

 

Yamaha Y16ZR 2021 sudah diedar, Bob Yp jadi pemilik unit pertama! 04

Sekalipun masih ramai yang berminat, difahamkan tempoh menunggu untuk mendapatkan motosikal berkenaan sudah pun mengambil masa berbulan-bulan. Tetapi tidak salah untuk mencuba nasib.

Yamaha Y16ZR 2021 sudah diedar, Bob Yp jadi pemilik unit pertama! 05

Selain tempoh menunggu yang panjang, antara 'cabaran' yang turut dihadapi kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan motosikal ini adalah berkaitan harganya yang didakwa mulai melambung.

Yamaha Y16ZR 2021 sudah diedar, Bob Yp jadi pemilik unit pertama! 06

Begitupun, perkara berkenaan sudah pun dijangka kerana motosikal berkenaan sememangnya menjadi rebutan. Sebagai pengguna, ada saluran yang betul untuk anda meluahkan ketidakpuasan hati atau melakukan aduan jika merasakan anda teraniaya.

Apapun selepas Y16ZR 2021, ada beberapa lagi model dalam segmen 'Super moped' dijangka bakal memeriahkan pasaran tempatan antaranya dari jenama Benelli dan Honda.

Setakat ini, ada lima pesaing dalam segmen berkenaan iaitu Yamaha Y15ZR V2, Honda RS150 V2, Benelli RSF 150i dan SYM VF3i 185.

Yamaha Y16ZR 2021 sudah diedar, Bob Yp jadi pemilik unit pertama! 07

Kepada pemilik baharu Y16ZR 2021, tahniah kami ucapkan. Anda memang layak dilabel peminat tegar jenama Yamaha khususnya Y16ZR!

Sumber imej: Facebook Takong Racing

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda