Jenama GPX mungkin tidak asing bagi penggemar cafe racer tetapi ia mungkin akan berubah tidak lama lagi. Jenama motosikal dari Thailand itu dikatakan bakal membawa model skuter terbaru mereka ke Malaysia sekitar Jun 2021. Rakyat Thailand yang terawal pula bakal menerima GPX Drone 150 2021 sekitar bulan Disember 2020.
Skuter berkenaan merupakan hasil kerjasama GPX (GP Motor Thailand Company Limited) dengan SYM (Sanyang Motor) dari Taiwan. SYM sememangnya terkenal dengan model skuter mereka tetapi kini lebih dikenali dengan model moped bersesaran paling besar di dunia dengan 185cc iaitu SYM VF3i PRO (V3).
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Oleh itu, apa yang ditawarkan oleh skuter GPX Drone 2021 ini?
1. Enjin bersesaran 150cc 4 lejang dengan sejukan cecair. Belum ada sebarang output kuasa yang didedahkan namun boleh dikatakan bahawa ia akan bersaing dengan Yamaha NVX 155 dan Honda Vario 150.
2. Rekaan yang urban dengan penggunaan lampu LED sepenuhnya. Selain daripada penggunaan lampu LED penuh, GPX Drone 150 2021 juga menggunakan brek cakera depan dan belakang tetapi tanpa ABS.
3. Ciri keselamatan anti pencuri yang ditawarkan pada GPX Drone 150 2021 adalah kunci pintar dengan penghidup tanpa kunci. Tambahan pula, anda akan menerima panel instrumen meter digital.
4. Ia sesuai dengan perjalanan yang jauh dengan tangki sebesar 7.5 liter dengan ruang di bawah pelana sebesar 18 liter dan mampu memuatkan satu helmet fullface. Untuk kemudahan penunggang, terdapat juga 2 pengecas USB di dalam poket skuter di hadapan!
5. Merujuk kepada model-model GPX yang dijual secara tempatan, terdapat kemungkinan bahawa GPX Drone 150 2021 akan dijual sekitar RM 10k! GPX Drone 150 dijual di Thailand pada harga THB 69,800 (RM 9,427) dan sebagai jiran yang dekat dengan kita, pertambahan harga sekitar RM 1k adalah dijangkakan.
Sangat menyegarkan untuk melihat skuter selain Yamaha dan Honda menelusuri di jalan raya. Ditambah dengan harga yang berpatutan, ini mungkin akan menjadi model popular di Malaysia. Apa pula kata anda?
Kredit: GPX Malaysia
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });