window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Teka-teki harga Yamaha Y15 V3 di Malaysia, adakah bakal melebihi RM 10k?

Khairil ยท Mar 18, 2021 11:59 AM

Teka-teki harga Yamaha Y15 V3 di Malaysia, adakah bakal melebihi RM 10k? 01

Hari ini adalah tarikh yang dinanti-nantikan ramai peminat jenama Yamaha di negara ini hampir tiba. Seperti sedia maklum, Hong Leong Yamaha Motor (HYLM) akan melancarkan sebuah model baharu ke pasaran tempatan, malam ini.

Berdasarkan 'teaser' rasmi syarikat berkenaan, ramai yang menjangkakan ia adalah model 'Super moped' yang paling ditunggu-tunggu iaitu generasi ketiga Y15ZR.

Teka-teki harga Yamaha Y15 V3 di Malaysia, adakah bakal melebihi RM 10k? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Motosikal berkenaan dikenali sebagai Yamaha Exciter 155 VVA di pasaran Vietnam berikutan penggunaan enjin baharu yang kini bersesaran 155 cc bersama teknologi VVA atau Variable Valve Actuation. Ia mungkin menggunakan nama Y155 VVA di pasaran tempatan.

Teka-teki harga Yamaha Y15 V3 di Malaysia, adakah bakal melebihi RM 10k? 01

Sebelum tarikh berkenaan, antara yang menjadi persoalan adalah mengenai tanda harganya dengan ramai menjangkakan ia akan melebihi paras RM 10,000. Harga berkenaan bukan mustahil malah ada wakil pengedar menyatakan jangkaan itu sebagai tepat.

Dan menariknya, sudah ada kedai membuka tempahan sejak minggu lalu dengan yuran 'booking' serendah RM 50. Turut tular adalah gambar resit booking dari satu wakil penjual yang didakwa dibuat oleh seorang pembeli dengan booking sebesar RM 2,000.

Teka-teki harga Yamaha Y15 V3 di Malaysia, adakah bakal melebihi RM 10k? 02

Meneliti lanjut di laman sembang media sosial, ada yang tidak kisah dengan harga melebihi RM 10,000 berikutan spesifikasi dan ciri-ciri yang ada pada motosikal berkenaan.

Teka-teki harga Yamaha Y15 V3 di Malaysia, adakah bakal melebihi RM 10k? 03

Namun ada yang mendakwa pembelian yang lebih baik adalah satu lagi model keluaran Yamaha, MT-15 jika harganya sudah melebihi paras berkenaan.

Teka-teki harga Yamaha Y15 V3 di Malaysia, adakah bakal melebihi RM 10k? 04

Sebagai perbandingan pula, bagi pasaran Vietnam, Exciter 155 VVA dijual pada harga 50.49 juta dong iaitu kira-kira RM 8,848 bagi varian tertinggi GP Edition.

Teka-teki harga Yamaha Y15 V3 di Malaysia, adakah bakal melebihi RM 10k? 05

Dan bagi Y15ZR V2, ia hadir pada tanda harga RM 8,168 ketika dilancarkan.

Teka-teki harga Yamaha Y15 V3 di Malaysia, adakah bakal melebihi RM 10k? 06

Setakat ini, belum ada motosikal kapcai dijual pada tanda harga melebihi RM 10,000 di pasaran tempatan jika Yamaha berani meletakkan harga melebihi julat berkenaan, pengguna perlu bersedia untuk membayarnya.

Dan di Malaysia, harga yang dicadangkan kebiasaannya berubah hampir secara mendadak apabila ia tiba di tangan wakil penjual.

Apapun, tepuk dada, tanya selera dan lihat poket anda.

Teka-teki harga Yamaha Y15 V3 di Malaysia, adakah bakal melebihi RM 10k? 07

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda