window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha MT-15 2020 umum harga rasmi RM 11,988

Haris ยท Nov 18, 2020 08:00 PM

Yamaha MT-15 2020 umum harga rasmi RM 11,988 01

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd pada hari ini telah mengumumkan bahawa Yamaha MT-15 telah rasmi dan dibuka untuk jualan. Sebelum ini, Yamaha MT-15 2020 first edition telah dilancarkan bersama-sama dengan Yamaha MT-25 dalam sebuah majlis namun harganya tidak diumumkan.

Yamaha MT-15 2020 umum harga rasmi RM 11,988 02

Yamaha MT-15 adalah model naked terbaru Yamaha yang kini menggantikan Yamaha FZ150 yang sudah diberhentikan pengeluaran. Ia menggunakan enjin dengan sesaran yang sama dengan model Yamaha R15.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yamaha MT-15 2020 umum harga rasmi RM 11,988 01

Enjin bersesaran 155cc VVA silinder tunggal dengan transmisi 6 kelajuan dan sistem Assist & Slipper Clutch sejukan cecair ini mampu menghasilkan kuasa sebanyak 19.3 PS pada  10,000 rpm dengan 14.7Nm tork pada 8,500rpm. 

Yamaha MT-15 2020 umum harga rasmi RM 11,988 02

Melengkapi enjin tersebut adalah klac jenis basah dengan pacuan rantai. Tangki minyak pada model Yamaha MT-15 berkapasiti 10 liter dengan berat basah keseluruhan motosikal adalah seberat 133 kg.

Yamaha MT-15 2020 umum harga rasmi RM 11,988 03

Spesifikasi lain pada Yamaha MT-15 2020 ini termasuklah panel meter digital, klac jenis Assists & Slipper, lampu LED untuk lampu depan dan belakang, fork depan jenis USD (upside down), swingarm aluminium dan absorber monoshock untuk sistem suspensi.

Yamaha MT-15 2020 umum harga rasmi RM 11,988 04

Yamaha MT-15 2020 first edition ini didatangkan dengan 2 warna iaitu Yamaha Blue dan Ice Fluo. Harga runcit yang diumumkan adalah sebanyak RM 11,988 tidak termasuk insurans dengan jaminan 2 tahun atau 20,000 km. Adakah Yamaha MT-15 bakal menerima sambutan seperti Yamaha FZ150 dahulu?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda