window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2020 Yamaha MT-25 pandangan awal. RM 21,500, masih ada ruang untuk 'naked' 250cc?

Haris · Sep 21, 2020 07:00 PM

2020 Yamaha MT-25 pandangan awal. RM 21,500, masih ada ruang untuk 'naked' 250cc? 01

2020 Yamaha MT-25 adalah sebuah model terbaharu dari Yamaha jenis naked yang baru sahaja dilancarkan pada 12 September 2020 yang lalu. Yamaha MT-25 adalah keseinambungan daripada produk ‘naked’ Yamaha yang sebelum ini hadir dengan Yamaha MT-07 dan Yamaha MT-09. 

2020 Yamaha MT-25 pandangan awal. RM 21,500, masih ada ruang untuk 'naked' 250cc? 02

Sebagai sebuah motosikal yang bersaing dalam kategori sesaran 250 cc, Yamaha MT-25 seringkali dibandingkan dengan Yamaha YZF R25 iaitu sebuah lagi motosikal Yamaha dalam kategori yang sama. Perbandingan jenis badan motosikal (naked vs sport) adalah perbandingan paling utama dan tentunya kedua-duanya mempunyai peminat tersendiri.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

2020 Yamaha MT-25 pandangan awal. RM 21,500, masih ada ruang untuk 'naked' 250cc? 01

Walaubagaimanapun, Yamaha tiada model dalam kategori 250cc jenis naked sebelum ini. Tidak seperti Yamaha MT-15 yang menggantikan Yamaha FZ150 yang sangat popular, pasaran untuk model naked 250cc baru sahaja diterokai oleh Yamaha untuk pasaran Malaysia. Sebelum ini, motosikal ‘naked’ dikuasai dengan model Honda CB250R, Kawasaki Z250, KTM Duke 250 dan Benelli Leoncino 250.

Dimensi dan rekaan luar

2020 Yamaha MT-25 pandangan awal. RM 21,500, masih ada ruang untuk 'naked' 250cc? 02

Yamaha MT-25 hadir dengan rekaan 3 lampu LED hadapan yang diinspirasikan oleh Yamaha MT-09 yang futuristik. Rekaan ini akan digunakan dalam model-model Yamaha akan datang seperti Yamaha MT-15. Selain itu, Yamaha MT-25 turut mempunyai corong udara di bahagian sisi untuk meningkatkan daya penyejukan enjin.

2020 Yamaha MT-25 pandangan awal. RM 21,500, masih ada ruang untuk 'naked' 250cc? 03

Berdasarkan dimensi, Yamaha MT-25 mempunyai hendal yang lebih tinggi berbanding Yamaha R25 untuk posisi pemanduan yang lebih menegak. Kedua-duanya menggunakan kerangka berlian yang turut menjelaskan mengapa beberapa ukuran adalah sama.

2020 Yamaha MT-25 pandangan awal. RM 21,500, masih ada ruang untuk 'naked' 250cc? 04

Hong Leong Yamaha Motor dalam laman web mereka mengetengahkan jarak tempat duduk Yamaha MT-25 yang rendah tetapi spesifikasi menunjukkan bahawa ukuran tersebut adalah sama dengan Yamaha R25.

2020 Yamaha MT-25 pandangan awal. RM 21,500, masih ada ruang untuk 'naked' 250cc? 05

Selain itu, Yamaha MT-25 adalah sedikit lebih berat berbanding Yamaha R25. Perbezaan 3 kg berat basah Yamaha MT-25 (169 kg) berbanding Yamaha R25 (166 kg) mungkin memberikan sedikit perbezaan dalam aspek nisbah kuasa / berat. Penggunaan fork teleskopik pada Yamaha MT-25 adalah berwarna hitam, berbeza dengan fork teleskopik Yamaha MT-15 yang berwarna emas.

Enjin dan prestasi 

2020 Yamaha MT-25 pandangan awal. RM 21,500, masih ada ruang untuk 'naked' 250cc? 06

Yamaha MT-25 menggunakan enjin 4 lejang 249 cc DOHC 4 injap sejukan cecair. Enjin ini digandingkan dengan transmisi manual 6 kelajuan. Sebagai sebuah model MT (Master of Torque), Yamaha MT-25 mampu menjana sehingga 22.6 Nm tork dan 35.1 PS kuasa kuda. Brek cakera dengan ABS digunakan pada bahagian depan dan belakang.

2020 Yamaha MT-25 pandangan awal. RM 21,500, masih ada ruang untuk 'naked' 250cc? 07

Sebagai perbandingan, Yamaha R25 menggunakan enjin 4 lejang 249 cc DOHC tetapi dengan 8 injap sejukan cecair, lebih 4 injap berbanding Yamaha MT-25. Perbezaan tersebut mencatatkan bacaan sehingga 35.5 PS kuasa kuda dengan 22.6 Nm tork. Bacaan tork yang sama dengan kuasa kuda yang berbeza?

Harga

2020 Yamaha MT-25 pandangan awal. RM 21,500, masih ada ruang untuk 'naked' 250cc? 08

Yamaha MT-25 didatangkan dalam 2 warna iaitu Ice Flue dan Yamaha Blue. Harga yang dicadangkan adalah RM 21,500 iaitu sedikit lebih tinggi berbanding Yamaha R25. 

2020 Yamaha MT-25 pandangan awal. RM 21,500, masih ada ruang untuk 'naked' 250cc? 09

Selain daripada Yamaha MT-25, model ‘naked’ 150 cc lebih dinantikan iaitu Yamaha MT-15, pengganti bagi model laris Yamaha FZ150. Tidak dinafikan, memang terdapat peminat motosikal ‘naked’ yang menunggu motosikal ini tetapi saingan daripada Yamaha R25 yang lebih murah dan Yamaha MT-15 yang lebih popular, profail pembeli prospek model ini sedikit mengecil. Apa kata anda?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda