window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lagenda Yamaha SS 110, fenomena awal 90an sebelum Y-Suku!

Khairil · Feb 21, 2021 11:59 AM

Lagenda Yamaha SS 110, fenomena awal 90an sebelum Y-Suku! 01

Jika ketika ini Yamaha gah dalam segmen moped di Malaysia menerusi Y15ZR atau 'YSuku', satu masa lalu, model yang pernah mengangkat jenama Jepun itu selama beberapa tahun dalam segmen berkenaan adalah Yamaha SS 110.

Tiba di pasaran pada awal era-90 an, lebih tepat pada 1991, Yamaha SS 110 sememangnya berjaya mencetus fenomena. Ia hadir bagi menggantikan Yamaha Sport 100 dengan peningkatan enjin dan reka bentuk.

Lagenda Yamaha SS 110, fenomena awal 90an sebelum Y-Suku! 02

Sumber imej: Oldbike&cycle parts

Bagi memikat golongan muda, Yamaha SS 110 tampil dengan reka bentuk yang dikemaskini dan lebih sporty terutama di bahagian lampu serta ekzos yang selaras dengan namanya SS iaitu Super Sport.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selain itu, penggunaan brek cakera di bahagian depan - ciri yang agak 'rare' ketika itu - meningkatkan lagi tarikan terhadap jentera ini.

Dari sudut itu, ia tampak seperti resipi yang sama digunakan kepada YSuku oleh Yamaha pada ketika ini.

Lagenda Yamaha SS 110, fenomena awal 90an sebelum Y-Suku! 01

Begitupun, kehebatan Yamaha SS 110 bukan saja berpandukan semata-mata kepada reka bentuknya, namun turut diminati kerana kuasa enjinnya yang dianggap cukup perkasa ketika itu.

Mengulas mengenai spesifikasi, Yamaha SS 110 menggunakan enjin bersesaran 110.4 cc, 1 Silinder, 2 Lejang yang dipadankan dengan transmisi 4 kelajuan bersama sistem 'Dual-Clutch' atau klac tangan semi automatik.

Lagenda Yamaha SS 110, fenomena awal 90an sebelum Y-Suku! 02

Begitupun, ramai pemiliknya terutama mat-mat motor ketika itu mengubahsuai menjadikannya klac 'mati' bagi mendapatkan lebih rasa 'syok'.

Kuasa yang dihasilkan bagi enjin bersesaran 110 cc ini cukup hebat iaitu 13.8 Hp pada 8,000 rpm dan 10.1 Nm pada 7,000 rpm. Berbanding dengan pencabarnya, Yamaha SS 110 sedikit lemah dari sudut tork namun dari segi kuasa, ia memang raja.

Lagenda Yamaha SS 110, fenomena awal 90an sebelum Y-Suku! 03

Sumber imej: Oldbike&cycle parts

Selain berkuasa, enjin Yamaha SS 110 juga dikatakan tahan lasak dan dengan sedikit pengubahsuaian, ia berkemampuan untuk menghasilkan kuasa yang cukup tinggi.

Kelajuan 'luar biasa'

Lagenda Yamaha SS 110, fenomena awal 90an sebelum Y-Suku! 04

Seperti sedia maklum, enjin dua lejang memang berkuasa. Justeru, pada kondisi standard, ada yang mendakwa kelajuan maksimum Yamaha SS 110 ini boleh mencapai 140 kmj berpandukan kepada meter. Malah, timbul satu legenda mengenai jentera ini yang menyatakan ia boleh mencapai kelajuan 180 kmj.

Dan menariknya, teknologi meter pada motosikal di era berkenaan boleh dikatakan tepat berbanding motosikal ketika ini.

Lagenda Yamaha SS 110, fenomena awal 90an sebelum Y-Suku! 05

 

Penggunaan klac tangan juga membolehkan ia memecut dengan lebih baik berbanding kapcai lain ketika itu yang kebanyakannya menggunakan klac automatik.

Justeru, jika dilakukan modifikasi, Yamaha SS 110 memang boleh memecut dengan amat laju sekaligus menjadikannya menjadi pilihan kepada mat motor dan juga di litar lumba pada ketika itu.

Lagenda Yamaha SS 110, fenomena awal 90an sebelum Y-Suku! 06

Sumber imej: Facebook Cubprix

Seperti YSuku yang mendominasi arena Cub Prix ketika ini (kecuali musim lalu) ramai pelumba-pelumba ternama yang kini bertaraf legenda menggunakan jentera ini dan mencapai pelbagai kejayaan.

Seperti model-model lain, Yamaha SS 110 turut mempunyai kelemahan. Antaranya ialah enjin yang lebih cepat panas berbanding motosikal lain namun Yamaha berjaya menangani masalah ini.

Lagenda Yamaha SS 110, fenomena awal 90an sebelum Y-Suku! 07

Selain itu, seperti motosikal lain yang menggunakan teknologi enjin 2 lejang, ia menyebabkannya kurang penjimatan minyak dan wajib menggunakan minyak pelincir 2T.

Dari sudut kosmetik, berpandukan kepada maklumat di internet, Yamaha juga pernah melancarkan edisi istimewa berwarna emas dengan beberapa bahagian dan aksesori berwarna krom.

Berakhirnya satu era

Lagenda Yamaha SS 110, fenomena awal 90an sebelum Y-Suku! 08

Selepas mengecapi kegemilangan selama beberapa tahun, Yamaha SS110 akhirnya digentikan pengeluarannya sekitar tahun 1996.

Model keluaran akhir Yamaha SS110 juga ditambah dengan beberapa ciri baru seperti penggunaan CDi tambahan, grab bar dengan lampu brek kedua, tempat letak kaki belakang yang baharu, penambahan YCLS (Yamaha Computerised LuBrication System) dan ekzos yang berbeza.

Lagenda Yamaha SS 110, fenomena awal 90an sebelum Y-Suku! 09

Yamaha SS Two

Antara sebab mengapa Yamaha tidak menghentikan pengeluarkan Yamaha SS 110 adalah dengan kehadiran pencabar utama, Suzuki RG 110 yang tampil dengan ciri-ciri lebih canggih.

Sebagai tindak balas, Yamaha perlu melakukan sesuatu dan mereka akhirnya memperkenalkan model baru Yamaha SS Two bagi menggantikan pengeluaran Yamaha SS110 pada 1997.

Populariti

Sekalipun popularitinya tidak segah Yamaha RX-Z, peminat Yamaha SS 110 di negara ini sememangnya ramai. Dan penulis berani menyatakan, ia semakin meningkat.

Jika berpandukan carian di internet, terdapat begitu banyak projek restorasi membabitkan motosikal ini dilakukan di laman YouTube mahupun laman sosial lain. Ini antara videonya.

Berpandukan kepada 'gathering' Yamaha SS 110 yang berlangsung di Melaka yang turut mendapat liputan media arus perdana pada dua tahun lalu juga, ia dikatakan mampu menghimpunkan lebih 1,000 pemilik Yamaha SS 110.

Lagenda Yamaha SS 110, fenomena awal 90an sebelum Y-Suku! 10

Sumber imej: Harian Metro

Justeru, ia membuktikan Yamaha SS 110 masih mempunyai kelompok peminat yang besar dan tetap popular.

Apa yang menariknya adalah Yamaha SS 110 ketika ini masih belum dianggap sebagai barangan koleksi. Justeru, ia masih boleh didapati pada harga yang cukup berpatutan, malah jika pandai mencari, anda boleh untung besar.

Berdasarkan laman web jual beli popular tempatan, harga Yamaha SS 110 boleh didapati pada harga serendah RM1,500 hingga RM3,500 berdasarkan kepada tahun keluaran dan kondisi motosikal berkenaan.

Sekadar mengimbau kenangan, penulis pernah memiliki Yamaha SS 110 pada satu ketika dulu yang digunakan untuk berulang alik ke sekolah dan kemudiannya ke kuliah.

Sebelum membeli motosikal berkenaan, penulis sebenarnya diberi pilihan sama ada Yamaha 125Z atau Yamaha SS 100. Tapi berdasarkan minat terhadap reka bentuk Yamaha SS 110, penulis memilih motosikal ini sebelum ia akhirnya diserahkan kepada adik dan akhirnya 'hilang' ditelan zaman.

Dan adakah penulis teringin untuk memilikinya sekali lagi? Ya, namun ada beberapa kekangan ketika ini yang menghalang impian itu direalisasikan.

Berikut juga adalah antara gambar yang dapat dikumpulkan daripada laman grup Facebook membabitkan Yamaha SS 110. 

Lagenda Yamaha SS 110, fenomena awal 90an sebelum Y-Suku! 11

Lagenda Yamaha SS 110, fenomena awal 90an sebelum Y-Suku! 12

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda