window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Panas, panas. Rossi kritik jurutera Yamaha dari Jepun

Khairil ยท Dec 15, 2020 03:00 PM

Panas, panas. Rossi kritik jurutera Yamaha dari Jepun 01

Legenda MotoGP, Valentino Rossi mendakwa jurutera Yamaha dari Jepun mendengar maklum balas dari pelumba pasukan itu tetapi cenderung untuk "melakukan apa yang mereka mahukan" terhadap jentera berkenaan.

Yamaha mengharungi kempen yang cemerlang pada musim 2020 apabila merekodkan tujuh kemenangan, terbanyak dalam kelas pengeluar.

Panas, panas. Rossi kritik jurutera Yamaha dari Jepun 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tetapi, enam daripadanya disumbangkan pasukan satelit, PETRONAS Yamaha SRT dengan pelumbanya Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli yang masing-masing merekodkan tiga kemenangan.

Manakala pelumba pasukan utama, Maverick Vinales hanya meraih satu kemenangan dengan Rossi yang akan berlumba bersama pasukan PETRONAS Yamaha SRT musim depan tidak meraih sebarang kemenangan.

Panas, panas. Rossi kritik jurutera Yamaha dari Jepun 01

Franco Morbidelli (tengah) ketika meraih kemenangan di Valencia.

Berbanding Quartararo, Vinales dan Rossi, Morbidelli yang menggunakan jentera 'Spesifikasi A' M1 versi 2019 paling cemerlang apabila menamatkan saingan di tangga kedua keseluruhan, hanya ketinggalan 13 mata di belakang juara dari Suzuki, Joan Mir.

Vinales pula menamatkan saingan di kedudukan keenam, manakalala Quartararo di tangga kelapan dengan Rossi jauh di tempat ke-15 dengan ketiga-tiga mereka menggunakan jentera versi terbaharu M1 2020.

Panas, panas. Rossi kritik jurutera Yamaha dari Jepun 02

Maverick Vinales

Rossi, Quartararo dan Vinales semuanya lantang mengkritik jentera M1 2020 yang disifatkan bermasalah dari sudut kuasa, tidak konsisten selain masalah cengkaman tayar belakang yang berterusan.

Panas, panas. Rossi kritik jurutera Yamaha dari Jepun 03

Fabio Quartararo

Justeru, ketika ditanya adakah dia akan terbabit dengan pembangunan jentera M1 2021 sekali pun sudah berpindah ke PETRONAS Yamaha SRT, Rossi menjelaskan dia tidak begitu yakin sama ada dia terbabit dengan pembangunan jentera musim 2020.

Panas, panas. Rossi kritik jurutera Yamaha dari Jepun 04

Malah, pelumba kelahiran Itali itu menegaskan masalah utama pasukan itu hadir daripada staf kejuruteraan Yamaha.

"Saya fikir pembabitkan saya sama seperti tahun ini," kata Rossi. "Jadi, tiada banyak perubahan.

Panas, panas. Rossi kritik jurutera Yamaha dari Jepun 05

"Kita perlu faham adakah saya banyak terbabit pada tahun ini atau tidak. Saya sendiri tidak tahu.

"Sejujur-jujurnya, apa yang saya boleh buat adalah memberikan segala-galanya berdasarkan pengalaman saya dan cuba untuk bercakap mengenai apa yang saya atau kami perlukan. 

"Tetapi pada akhir, kami berdepan masalah yang sama hampir setiap kami, jadi saya fikir tahun depan perubahannya tidak banyak.

Panas, panas. Rossi kritik jurutera Yamaha dari Jepun 06

"Saya fikir (jurutera) Jepun mendengar komen daripada penunggang, tetapi pada akhirnya mereka melakukan apa yang mereka mahukan.

"Apa yang mereka mahu lakukan sudah pun berada dalam fikiran mereka."

 

Sumber: www.autosport.com

Sumber imej: www.yamahamotogp.com, www.sepangracingteam.com

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda