window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rossi buat PETRONAS Yamaha SRT tambah teruja - Morbidelli

Khairil ยท Dec 9, 2020 02:00 PM

Rossi buat PETRONAS Yamaha SRT tambah teruja - Morbidelli 01

Legenda MotoGP, Valentino Rossi akan memberi 'keterujaan tambahan' kepada pasukan PETRONAS Yamaha SRT musim depan, kata rakan sepasukannya yang baharu Franco Morbidelli.

Morbidelli yang juga anak didik Rossi di Akademi VR46 tampil dengan prestasi mengagumkan pada musim ini apabila meraih tiga kemenangan di kelas elit berkenaan.

Rossi buat PETRONAS Yamaha SRT tambah teruja - Morbidelli 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ia termasuk meraih tempat kedua keseluruhan MotoGP ketika Rossi mengakhiri kontraknya bersama pasukan Factory Yamaha untuk menyertai PETRONAS Yamaha SRT bagi musim 2021.

Tempat Rossi di Factory Yamaha akan diisi oleh pelumba muda berbakat besar dari Perancis, Fabio Quartararo.

Rossi buat PETRONAS Yamaha SRT tambah teruja - Morbidelli 01

Sekali pun berada di pasukan satelit, Yamaha menjanjikan Rossi sokongan penuh dengan kali terakhir pelumba kelahiran Itali itu menyertai pasukan satelit adalah pada 2001 bersama pasukan Nastro Azzurro Honda.

'Apa yang pasti, orang akan lebih teruja bekerja dengan Vale,' kata Morbidelli.

'Dia seorang legenda yang hebat dan saya fikir, kami dalam pasukan akan bekerja dengan lebih rasa teruja kerana apa yang Vale berikan kepada orang di sekelilingnya.

Rossi buat PETRONAS Yamaha SRT tambah teruja - Morbidelli 02

'Dia memberikan motivasi tambahan kepada orang di sekelilingnya dengan hanya menjadi dirinya sendiri. Itu yang saya jangka pada tahun depan.

'Ia tidak bermakna orang yang berada dalam pasukan ketika ini bekerja dalam suasana yang tidak gembira. Kami semua gembira ketika ini kerana kami meraih keputusan yang baik dan ia menyeronokkan. Tetapi Vale sentiasa memberikan rasa teruja kepada orang lain.'

Rossi buat PETRONAS Yamaha SRT tambah teruja - Morbidelli 03

Selepas memenangi gelaran dunia dalam kelas Moto2 pada 2017, Morbidelli membuat 'debut' dalam saingan MotoGP bersama pasukan Marc VDS sebelum disambar pasukan PETRONAS Yamaha SRT pada 2019.

Rossi buat PETRONAS Yamaha SRT tambah teruja - Morbidelli 04

Rossi akan membuat penampilan sulungnya bersama pasukan PETRONAS Yamaha SRT bersama Morbidelli di Litar Antarabangsa Sepang bagi sesi ujian rasmi pada Februari tahun depan.

Sumber imej: www.yamahamotogp.com, www.sepangracingteam.com, www.motogp.com

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda