Mengikut jejak langkah Yamaha YZF-R15, Hong Leong Yamaha Malaysia telah menampilkan 4 warna seragam baru untuk Yamaha Y15ZR. Warna baru tersebut boleh didapati bermula November 2020.
4 warna tersebut adalah Biru, Matte Titan, Cyan dan Merah. Hal ini bermakna, 4 pilihan warna sebelum ini dikekalkan, hanya diubah dengan seragam livery yang berbeza. Nampaknya, peminat Yamaha boleh menunggu generasi baru Yamaha Y15ZR V3 di kemudian hari.
Yamaha Y15ZR dijana oleh enjin silinder tunggal 150 cc SOHC 4 lejang sejukan cecair yang menjana sehingga 15.36 PS kuasa kuda dan 13.8 Nm tork. Enjin ini digandingkan dengan kotak gear 5 kelajuan manual.
Komen