window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Malaysia tangga ke-13 pasaran motosikal dunia 2020, Yamaha kekal penguasaan!

Khairil ยท Mar 8, 2021 03:00 PM

Malaysia tangga ke-13 pasaran motosikal dunia 2020, Yamaha kekal penguasaan! 01

Disebalik penyusutan 8 peratus jualan berbanding pada tahun 2019, pasaran motosikal Malaysia naik ke tangga ke-13 dunia berbanding di kedudukan ke-14 pada tahun lalu dengan 499.719 jualan direkodkan pada 2020.

Sekalipun kekal di tangga kelima di kalangan negara ASEAN, penyusutan sebanyak 8.6 peratus itu adalah yang terendah berbanding Indonesia (43.7 peratus), Filipina (30 peratus), Vietnam (14.7 peratus) dan Thailand (9.7 peratus).

Malaysia tangga ke-13 pasaran motosikal dunia 2020, Yamaha kekal penguasaan! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dari sudut jenama, Yamaha kekal di tangga teratas diikuti oleh satu lagi jenama Jepun, Honda.

Selepas mencatat kemerosotan teruk pada tahun 2013 hingga 2016, industri motosikal Malaysia kembali mencatat pertumbuhan positif sejak 2017 hingga 2019, menurut data yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengeluar Motosikal Malaysia.

Malaysia tangga ke-13 pasaran motosikal dunia 2020, Yamaha kekal penguasaan! 01

Pada tahun lalu, pasaran tempatan bermula dengan amat positif dengan jualan pada Januari dan Februari melonjak sebanyak 22 peratus sebelum negara dilanda wabak Covid-19.

Ia menyaksikan penyusutan jualan selama beberapa bulan sebelum mulai pulih pada penghujung tahun lalu.

Malaysia tangga ke-13 pasaran motosikal dunia 2020, Yamaha kekal penguasaan! 02

Pasaran tempatan didominasi oleh model yang dipasang secara tempatan atau diimport daripada Thailand atau Indonesia. Begitupun, kehadiran beberapa jenama import turut relevan dan menjadikan pasaran tempatan terus dinamik.

Sebagai tambahan, lebih daripada 60 peratus pasaran tempatan dikuasai oleh dua jenama iaitu Yamaha dan Honda dengan dua lagi jenama, Kawasaki dan Suzuki jauh ketinggalan di belakang.

Malaysia tangga ke-13 pasaran motosikal dunia 2020, Yamaha kekal penguasaan! 03

Selain itu, pengeluar dari India dan China turut bersaing dalam pasaran Malaysia.

Malaysia tangga ke-13 pasaran motosikal dunia 2020, Yamaha kekal penguasaan! 04

Bagi jenama premium yang dijual di negara ini, KTM menguasai segmen berkenaan mengatasi BMW, Harley Davidson dan Triumph.

Sumber: motorcyclesdata

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda