Pemilik Yamaha berpeluang sertai kursus Marshall Riding Training. Tingkat cara tunggangan konvoi!
Haris · Sep 22, 2020 01:00 PM
Konvoi beramai-ramai sememangnya sebuah aktiviti yang terkenal di Malaysia. Aktiviti ini mengeratkan ikatan silaturahim di samping menguji ketahanan jentera masing-masing dalam keadaan berkumpulan.
Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) melihat positif aktiviti ini dan mengambil inisiatif untuk menawarkan kursus Marshall Riding Training kepada pemilik Yamaha di Malaysia. Kursus ini yang diiklankan di Facebook rasmi Yamaha Malaysia memberi peluang kepada pemilik motosikal Yamaha untuk menyertainya.
Lebih baik lagi, latihan ini terbuka kepada semua orang yang mempunyai lesen motosikal yang sah dan belum tamat tempoh. Peserta pula MESTI menggunakan motosikal Yamaha milik sendiri. Latihan akan diadakan di Kompleks Hong Leong Yamaha Motor di Sungai Buloh.
Selain itu, penunggang yang berminat perlu membawa kelengkapan menunggang sendiri antaranya topi keledar, jaket, sarung tangan dan kasut di samping mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Peserta akan menerima sijil apabila berjaya melengkapi kursus ini dan sagu hati iaitu t-shirt beserta topi dari HLYM. Makanan dan minuman turut disediakan.
Bayaran bagi kursus ini adalah RM 150 seorang. Tarikh tutup penyertaan adalah 2 Oktober 2020. Hubungi nombor telefon yang tertera atau layari laman Facebook rasmi Yamaha Motor Malaysia untuk maklumat lanjut.
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.
Komen