Ekslusif. Jentera Edisi Terhad KTM 890 Duke replika Tech 3 MotoGP akhirnya dilancarkan pengeluar dari Austria itu namun malangnya, ia hanya boleh didapati di Perancis.
Juga baca: KTM 200 Duke 2021 dilancarkan di Malaysia - 26 hp, 6 gear, harga runcit RM 12,888!
Hanya 100 unit jentera ini akan dihasilkan, yang dibina daripada motosikal KTM 890 Duke standard namun diinspirasi dan diberi sentuhan dari sudut corak warna MotoGP dan perkakasan 'aftermarket' yang mengujakan.
Antara perkakasan 'aftermarket' yang diberikan kepada jentera ini termasuklah 'belly pan/spoiler' bawah enjin yang lebih kecil, sistem ekzos Akrapovic dan penutup tempat duduk pembonceng seperti yang ada pada model KTM 890 Duke R.
Apa yang menarik adalah, jentera yang disebut sebagai 'ultra ekslusif' ini hanya dijual pada tanda harga 11,690 Euro (RM 58,089).
Juga baca: KTM 200 Duke 2021 dilancar di Eropah, lebih garang, agresif
Ia hanya penambahan sebanyak 1,300 Euro (RM 6,459) daripada model KTM 890 Duke standard. Justeru, ia pasti cukup menarik minat penggemar tegar motosikal yang mahukan ciri-ciri ekslusif terutama dari MotoGP.
Dari sudut trenkuasa, jentera istimewa ini menggunakan enjin yang sama seperti KTM 890 Duke iaitu enjin LC8c 899 cc, Parallel-twin. 4 Lejang, DOHC, Penyejuk Cecair yang ditala bagi mendapatkan kuasa 115 Hp dan tork 92 Nm.
Begitupun, kuasa yang dihasilkan itu adalah lebih rendah daripada varian KTM 890 Duke R yang mampu menghamburkan kuasa setinggi 121 Hp.
Seperti motosikal moden lain, KTM 890 Duke replika Tech 3 juga dipadankan dengan pelbagai teknologi moden seperti 4 mod enjin dan pelbagai lagi. Menarik bukan, namun malangnya ia hanya ada di negara Perancis.
Sumber: motorcyclespecs
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}