Benelli Tornado 302R 2021 dilancar di China, adakah akan tiba di Malaysia?

Selepas imej 'rendernya' terdedah pada Mac lalu, Benelli akhirnya secara rasmi melancarkan jentera Sportbike 'suku liter' jenama berkenaan iaitu Tornado 302R 2021 di pasaran China, baru-baru ini.

Dari sudut luaran, perubahan paling ketara pastinya di bahagian panel depan terutama rekaan lampu utama projektor yang terletak di bahagian tengah dan diapit dengan lampu singan DRL yang tampak cukup garang.

Selain itu, rekaan bahagian belakang juga mengalami perubahan dengan ia kini mempunyai corong udara di tepi tempat duduk pembonceng bagi mengurangkan daya rintangan angin dan pendekatan sama dibuat di bahagian lampu depan.

Seperti yang diperkatakan lebih awal, dari sudut trenkuasa, Benelli Tornado 302R 2021 menggunakan enjin bersesaran 300 cc, Parallel Twin yang kini patuh piawaian emisi Euro 5 bagi memenuhi spesifikasi untuk dijual di pasaran Eropah.

Juga baca: Benelli TRK502 2021 tiba di Thailand, 4 warna, harga RM 30,225!

Enjin itu digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan bersama klac assist & slipper.

Tetapi dengan pematuhan Euro 5, kuasa yang dihamburkan oleh jentera berkenaan mengalami sedikit pengurangan iaitu pada angka 35 Hp pada 11,000 rpm dan 27 Nm pada 9,000 rpm. Sebagai perbandingan, model sebelumnya menghasilkan 38 Hp dan 26.5 Nm.

Namun penurunan kuasa itu didakwa Benelli dapat diatasi dengan pengurangan dari sudut berat dengan model terbaharu ini dikatakan 22 kg lebih ringan berbanding model terdahulu.

Selain itu, perubahan lain adalah penggunaan paparan panel meter berwarna TFT dan kesemua lampunya kini menggunakan jenis LED.

Ciri-ciri lain yang tidak berubah adalah penggunaan suspensi dengan fork jenis terbalik (USD) dan monoshock. Kuasa membrek juga tidak berubah dengan penggunaan brek cakera berkembar di bahagian dan cakera tunggal bersama Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Secara keseluruhan, pakej yang ditawarkan Benelli untuk Tornado 302R 2021 boleh dianggap baik dalam kelasnya dan berkemungkinan mampu memberikan saingan kompetitif berbanding pencabar lain jika harganya berpatutan.

Untuk harga, ia ditawarkan pada tanda 29,800 Yuan iaitu kira-kira RM 18,991 namun jangan diharapkan ia akan datang pada angka yang sama jika ia tiba di pasaran tempatan.

Dan berbalik kepada persoalan adakah Benelli Tornado 302R 2021 akan tiba di pasaran tempatan seperti model terdahulu, perkara berkenaan dikatakan masih sedang diteliti oleh pengedarnya, MForce Bike Holding.

    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan ...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Toyota Hilux

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model