window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Skuter eletrik pertama Benelli, Dong dilancar di Indonesia, 1.6 Hp, bunyi ekzos buatan, harga RM 10,497!

Khairil ยท May 6, 2021 08:00 AM

Skuter eletrik pertama Benelli, Dong dilancar di Indonesia, 1.6 Hp, bunyi ekzos buatan, harga RM 10,497! 01

Benelli akhirnya menyertai pasaran motosikal eletrik dengan melancarkan skuter pertamanya menggunakan trenkuasa berkenaan dikenali sebagai Benelli Dong yang tampil dengan rekaan dan ciri-ciri unik di Indonesia, baru-baru ini.

Perkembangan menarik itu dipertontonkan ketika Pemeran Motor Antarabangsa Indonesia (IIMS) 2021 yang dijalankan secara virtual.

Skuter eletrik pertama Benelli, Dong dilancar di Indonesia, 1.6 Hp, bunyi ekzos buatan, harga RM 10,497! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selepas pelancarannya di Indonesia, motosikal skuter berkenaan juga dijangka bakal menjengah pasaran negara Asean lain termasuk Malaysia.

Untuk harganya, Benelli meletakkan tanda harga Rp. 36,800,000 (RM 10,497) atas jalan di Jakarta bersama tiga pilihan warna iaitu putih, kuning, dan hitam.

Skuter eletrik pertama Benelli, Dong dilancar di Indonesia, 1.6 Hp, bunyi ekzos buatan, harga RM 10,497! 01

Seperti diperkatakan lebih awal, Benelli Dong sememangnya tampil dengan rekaan yang berbeza terutama bahagian belakangnya yang seakan terapung di mana sistem suspensinya menggunakan jenis monoshock di bahagian depan dan belakang.

Skuter eletrik pertama Benelli, Dong dilancar di Indonesia, 1.6 Hp, bunyi ekzos buatan, harga RM 10,497! 02

Untuk trenkuasa, Dong dipadankan dengan motor elektrik 1.2 kW berserta bateri 1.56 kWh yang boleh dicabut keluar untuk memudahkan proses pengecasan.

Menurut Benelli, dengan satu cas penuh, ia boleh mencapai jarak 60 km dan kelajuan maksimum yang boleh dicapai adalah 45 kmj.

Skuter eletrik pertama Benelli, Dong dilancar di Indonesia, 1.6 Hp, bunyi ekzos buatan, harga RM 10,497! 03

Tidak seperti motosikal skuter lain yang mempunyai ruang letak barang di bawah pelana, ciri berkenaan tidak dimiliki oleh Dong.

Skuter eletrik pertama Benelli, Dong dilancar di Indonesia, 1.6 Hp, bunyi ekzos buatan, harga RM 10,497! 04

Justeru, boleh dikatakan yang Benelli Dong ini dicipta untuk penggunaan jarak dekat sekalipun ia masih boleh memuatkan penunggang dan pembonceng, jumlah bebanan maksimum yang boleh dibawa dikatakan hanya 100 kg.

Skuter eletrik pertama Benelli, Dong dilancar di Indonesia, 1.6 Hp, bunyi ekzos buatan, harga RM 10,497! 05

Selain memiliki kelengkapan moden lain seperti meter jenis digital, lampu LED, navigasi GPS, tombol pemula dan penggera, ia turut datang dengan bunyi ekzos buatan sebagai salah satu ciri keselamatan.

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda