Selepas mencipta kejayaan mendaki podium di Estoril, Portugal, pelumba negara, Adam Norrodin terus melakar kejayaan membanggakan apabila mengulangi pencapaian sama pada pusingan kedua perlumbaan Moto2 Kejuaraan Motosikal Eropah CEV di Valencia, Sepanyol, Ahad lepas.
Juga baca: Jalur Gemilang berkibar di Estoril, Portugal, Adam Norrodin naik podium!
Sekalipun memulakan perlumbaan di petak keenam, ia tidak menghalang bakat negara itu untuk menamatkan saingan di kedudukan ketiga selepas melepasi garisan penamat dengan catatan 14 minit 43,890 saat.
Kemenangan di Litar Ricardo Tormo itu menjadi milik Fermin Aldeguer dari pasukan Boscoscuro Team Ciatti dengan rakan sepasukannya, Alonso Lopez turut mengisi podium.
"Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak kepada pasukan saya yang banyak bekerja keras pada minggu ini. Juga kepada keluarga dan rakyat Malaysia yang banyak mendoakan," kata Adam.
"Pada perlumbaan kali ini, sekalipun saya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, sama seperti di Estoril, namun banyak peningkatan yang saya buat berbanding yang saya lakukan pada pusingan sebelumnya.
"Ia perkara yang positif. Namun ia juga tidak mudah dan sudah pasti, banyak lagi yang perlu diperbaiki pada pusingan berikutnya di Barcelona. Jadi kami akan kekalkan mentaliti ini dan bawanya ke perlumbaan berikutnya.
"Saya amat selesa untuk bekerjasama dengan pasukan ini dan saya berharap semua orang sama dan sudah pasti kami akan terus bekerja keras sehingga penghujung musim."
Sebelum menyertai perlumbaan CEV Eropah, Adam yang bakatnya dituai oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pernah beraksi dalam perlumbaan Moto3 di Kejuaraan Motosikal Dunia dari 2016 hingga 2019.
Dan sekiranya keputusan yang baik terus berjaya dicipta oleh pelumba kelahiran Batu Pahat, Johor itu, ia berkemungkinan akan memberikan tiket untuk kembali ke saingan dunia pada musim depan.
Sumber imej: SIC, Facebook ZK Racing, Facebook Intact GP
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}