window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jalur Gemilang berkibar di Estoril, Portugal, Adam Norrodin naik podium!

Khairil ยท Apr 26, 2021 01:00 PM

Jalur Gemilang berkibar di Estoril, Portugal, Adam Norrodin naik podium! 01

Bendera kebanggaan negara, Jalur Gemilang berkibar megah di Estoril, Portugal. Itu adalah hasil kejayaan yang dilakar pelumba negara, Adam Norrodin mendaki podium pada perlumbaan Moto2 Kejuaraan Motosikal Eropah CEV, semalam.

Jalur Gemilang berkibar di Estoril, Portugal, Adam Norrodin naik podium! 02

Memulakan saingan di petak keempat, Adam yang berlumba bersama pasukan Liqui Moly Intact SIC Racing Team membuktikan kejaguhannya dengan melepasi garisan penamat di kedudukan ketiga.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jalur Gemilang berkibar di Estoril, Portugal, Adam Norrodin naik podium! 01

Catatan yang dilakukannya iaitu 30 minit 49.93 saat pada perlumbaan berkenaan turut menghadiahkan pelumba berusia 22 tahun itu kedudukan podium pertamanya dalam saingan berkenaan.

Pememang perlumbaan berkenaan adalah Fermin Aldeguer dari pasukan Boscoscuro Talent Team-ciatt manakala rakan sepasukan Adam iaitu Alonso Lopez menamatkan pelumbaan di tangga kedua.

Jalur Gemilang berkibar di Estoril, Portugal, Adam Norrodin naik podium! 02

Selepas tampil cemerlang pada perlumbaan pertama, Adam turut tampil hebat pada perlumbaan kedua tetapi terlepas untuk menaiki podium kedua apabila menamatkan saingan di tangga keempat.

Jalur Gemilang berkibar di Estoril, Portugal, Adam Norrodin naik podium! 03

"Syukur Alhamdulillah saya dapat capai sasaran saya iaitu podium pada perlumbaan pertama. Saya mahu ucapkan terima kasih kepada krew perlumbaan yang banyak bekerja keras, kepada semua yang sokong saya dari belakang membuatkan perkara ini berlaku.

"Pada perlumbaan kedua saya kesilapan pada awal perlumbaan namun syukur saya berjaya dapat tempat keempat. Ada banyak lagi ruang untuk penambahbaikkan. Terima kasih banyak dan jumpa nanti di Valencia (Sepanyol)," kata Adam.

Jalur Gemilang berkibar di Estoril, Portugal, Adam Norrodin naik podium! 04

Sebagai rekod, Adam yang bakatnya dituai oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pernah beraksi dalam perlumbaan Moto3 di Kejuaraan Motosikal Dunia dari 2016 hingga 2019.

Jalur Gemilang berkibar di Estoril, Portugal, Adam Norrodin naik podium! 05

Tahun lalu, pelumba kelahiran Batu Pahat, Johor ini menamatkan saingan Moto2 Kejuaraan Motosikal Eropah CEV 2020 di tangga ketujuh keseluruhan.

Sumber imej: Facebook ZK Racing, Facebook Intact GP

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda