Modified Cars
[MODI] For a sportier feel!
80
Susah nak menafikan keunikan yang dimiliki motosikal kapcai, Honda Cross 110 yang diperkenalkan secara global pada 2018 lalu terutama dari sudut reka bentuknya yang jelas berbeza.
Juga baca: Honda EX5, 'Raja kapcai' yang makin ditelan zaman
Pada tahun ini, Honda tampil memperkenalkan versi 2021 untuk motosikal berkenaan yang hanya dijual di pasaran negara Matahari Terbit, Jepun.
Tampil dengan pilihan warna baharu iaitu Puco Blue, lebih menambah keunikan Honda Cross Cub 110 2021 ini adalah ia hanya dibina dalam unit terhad iaitu 2,000 unit saja.
Selain reka bentuk yang unik, Honda Cross 110 seperti namanya boleh ditunggang di kawasan laluan offroad ringan.
Untuk itu, ia dilengkapi dengan tayar depan dan belakang yang mampu meredah laluan berkenaan serta bahagian lampu depannya turut diberikan bar perlindungan.
Dari sudut trenkuasa, Honda Cross Cub 110 menggunakan enjin bersesaran 109 cc, Penyejuk Udara, 4 Lejang, SOHC, 1 Silinder dan menggunakan teknologi suntikan bahan api Honda, PGM-FI.
Juga baca: Keperluan vs gaya, ini 7 motosikal kapcai harga 'bajet' untuk rakyat jelata
Ia datang dengan kotak gear empat kelajuan. Kuasa yang dihasilkan ialah 8.0 Ps pada 7,500 rpm dan tork 8.5 Nm pada 5,500 rpm.
Dari sudut spesifikasi teknikal, suspensi motosikal ini menggunakan fork depan jenis teleskopik dan penyerap hentak belakang berkembar jenis konvensional. Tiada brek cakera digunakan dengan jenis dram dipasangkan di kedua-dua bahagian roda.
Maklumat lain adalah tangki bahan api motosikal ini adalah sebesar 4.3 liter, berat keseluruhan 106 kg dengan saiz tayar yang sama di bahagian depan dan belakang iaitu 80/90-17.
Kepada yang berminat, jualannya dibuka pada tarikh 22 Julai 2021 dengan harga sebanyak 341,000 Yen iaitu kira-kira RM 12,979 mengikut tukaran semasa artikel ini ditulis.
Sebagai negara yang amat menggemari moped, adakah Honda Cross Cub 110 akan diterima jika ia dibawa ke Malaysia? Anda sendiri boleh menjawabnya.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
6