Perodua
Guys, so much stuff added into the X50, but you see in China and Philippines the price is so cheap. Will this make the car very expensive and kill itself here?
0
GWM Pao (turut dikenali sebagai GWM Poer) adalah trak pikap dari Great Wall Motors yang mensasarkan untuk memecahkan norma trak pikap Jepun dan Amerika. Nampaknya, pasaran awal yang disertai oleh GWM Pao iaitu Australia menawarkan beberapa petanda yang baik untuk trak pikap ini.
Pertama, GWM Pao telah berjaya menduduki tempat ke-8 dalam senarai trak pikap paling laris di Australia. Hal ini turut menyaksikan bahawa GWM Pao adalah trak pikap China terlaris di Australia. Jenama trak pikap Australia lebih kompetitif dengan jenama popular seperti Volkswagen bersaing dengan jenama China seperti Maxus yang menawarkan trak pikap mereka tersendiri.
Kedua, media Australia turut memuji GWM Pao yang hadir dengan beberapa aspek yang menjadi kekuatan utama trak pikap ini. Antaranya adalah rekaan kabin dalaman yang diinspirasikan daripada model SUV, pengalaman pemanduan yang selesa dan tahap praktikaliti yang tinggi.
Ketiga, bukan sekadar omong kosong, GWM Pao turut mengungguli beberapa anugerah media. Antara anugerah yang diperolehi adalah "Best Pickup of the Year" (Pikap Tahunan Terbaik) daripada industri automotif Chile dan "Best Model of the Year" (Model Terbaik Tahunan) dalam kategori pikap oleh Autocar Australia.
GWM Pao dikuasakan oleh enjin 2.0L turbodiesel yang menghasilkan 163 PS kuasa kuda dan 400 Nm tork dengan padanan transmisi automatik 8 kelajuan. Ia juga tidak sehaus trak pikap biasa dengan penggunaan bahan api sebanyak 9.4 liter/100 km.
Model GWM Pao turut diintip di Malaysia sebelum ini dan Wapcar adalah antara media yang bertuah untuk meninjau model tersebut sebelum pelancarannya. Ia turut ditemui bersama-sama dengan model Great Wall Motors yang lain seperti SUV Haval H6 dan kereta elektrik Ora Good Cat.
Di Australia, GWM Pao varian paling tinggi ditawarkan dengan harga AUD 40,990 (RM 130k), lebih murah berbanding Toyota Hilux pada AUD 68,990 (RM 219k) atau Isuzu D-Max pada AUD 62,900 (RM 200k). Model ini berkemungkinan besar akan dibawa masuk secara CBU Thailand justeru kita nantikan dahulu pelancaran di Thailand sebelum ia menjengah ke Malaysia.
Bacaan Lanjut:
SPYSHOT: GWM Pao kini di Malaysia, ingin cabar Hilux, D-Max, Triton & Ranger!
GWM Pao Baja Snake, trak pikap aneh talaan Shelby, lagi padu dari Ford Ranger Raptor?
Great Wall Motors (GWM) kini di Thailand, CKD Haval H6 2021, termasuk 8 model baru!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
Mamak Talk
Why Haval Malaysia never bring in the new H6?? Recently read about the Haval H6, saw its a fantastic seller in China too. Too bad our Haval here is terrible. Why doesn’t it come to Malaysia? The exterior and interior looks fantastic!!! Some data to compare with Proton X70: Haval H6:1.5+7DCT,169 horsepower. Length*Width*Height:4653*1886*1730 Proton X70:1.8T+7DCT 184 horsepower. Length*Width*Height:4519*1831*1694 It looks like H6 will outperform the Proton X70 in all figures except power, what do you guys think of this car?
10
59
8