Modified Cars
Simple modifications done to my axia
84
Seperti dijangka, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) tampil mengemaskini model skuter Yamaha NMax 155 bagi versi 2021.
Juga baca: Yamaha NMax 155 2020 dikemaskini, harga bermula RM 8,998
Begitupun sedikit mengecewakan, kemaskini yang diberi itu hanya dari sudut pilihan warna yang jelas lebih menarik iaitu Icon Grey selain warna sedia ada, Power Grey.
Untuk pilihan warna Power Grey, perubahan yang dibuat adalah ia tidak lagi dipadankan dengan pilihan rim berwarna emas seperti versi 2020.
Berdasarkan spesifikasi yang dipaparkan di laman web HLYM, tiada perubahan dilakukan dengan ia masih sama seperti versi yang dilancarkan pada penghujung tahun lalu.
Justeru, ia belum dipadankan dengan beberapa teknologi canggih seperti sambungan Y-Connect, Sistem Kunci Pintar (keyless), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Traksi (Traction Control) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
Sebagai info, kesemua ciri-ciri canggih ini dipasang pada varian tertinggi Yamaha NMax 155 yang dijual di beberapa negara jiran seperti Indonesia, Filipina dan Thailand.
Juga baca: Yamaha NMax 155 Connected 2021 kini di Thailand, teknologi terkini Y-Connect siap Kawalan Cengkaman!
Dari sudut spesifikasi trenkuasa, model ini masih menggunakan enjin 155 cc dengan teknologi BlueCore, 1 Silinder, 4 Lejang, SOHC, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, VVA seperti yang digunakan versi terdahulu.
Juga baca: Yamaha NMax 125 kekal 'status' skuter rasmi MotoGP
Kuasa yang dihasilkan juga sama iaitu 15.1 Hp pada 8,000 rpm dan tork 13.9 Nm pada 6,000 rpm.
Tiada pengumuman mengenai harga diberikan namun ketika Yamaha NMax 155 2020 dilancarkan pada 1 Disember 2020, harga yang disyorkan ialah RM 8,998 tidak termasuk insurans dan cukai jalan.
Juga baca: Honda ADV 150 vs Yamaha NMax 155 Connected/ABS - mana paling best?
Adakah dengan perubahan ini ia mampu memikat hati pengguna atau peminat Yamaha di Malaysia? Anda sendiri nilaikan.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
5