3 van 'otai' paling nostalgia di Malaysia, pencetus budaya dan niaga!

Sebelum adanya MPV dan SUV 7 penumpang, rakyat Malaysia memilih untuk memiliki van sebagai salah satu kenderaan pengangkutan utama. Serba guna, ketahanan yang baik dan sistem mekanikal yang ringkas membuatkan van menjadi pilihan bagi kebanyakan keluarga. Kepada yang lebih bertuah ketika itu, mereka akan menggunakan Pajero.

Bercakap tentang 7 penumpang, rakyat Malaysia kini lebih bertuah dengan barisan model yang dijual. Pilihan boleh didapati dari crossover yang berpatutan seperti Mitsubishi Xpander, MPV besar seperti Toyota Innova, atau MPV mewah seperti Toyota Alphard.

Tidak lupa juga kepada pasaran kereta terpakai dan recond yang turut menarik dengan model seperti Nissan Grand Livina dan Toyota Estima yang memperoleh beberapa harga yang menarik. 

Budaya yang patut dikembalikan

Kembali ke 30 tahun yang lalu, pembeli yang mahukan kenderaan 7 penumpang hanya mempunyai satu pilihan: Van. MPV adalah konsep baru sekitar awal 1990-an dan bagi keluarga yang ingin melakukan perjalanan jauh, sebuah van adalah satu-satunya pilihan yang ada.

1990-an dah ada penyaman udara belakang

Di sini kami menampilkan 3 buah van 'otai' yang membangkitkan kenangan bagi rakyat Malaysia. Adakah anda salah seorang yang bertuah kerana dapat merasai pengalaman budaya van suatu ketika dahulu? 

Ford Spectron

Kredit: FORD & MAZDA VAN Owners Malaysia

Walaupun jenama Bujur Biru Amerika ditampal pada bahagian depan dan belakang van ini, ia sebenarnya lebih JDM berbanding USDM. Ketika zaman Ford-Mazda bekerjasama, antara model rebadge oleh Ford adalah van ini yang diambil daripada Mazda Bongo.

Lebih dari itu, ia juga merupakan salah satu van yang premium dalam kelasnya dan dianggap sebagai Toyota Alphard / Vellfire pada zaman tersebut. Ford Spectron adalah van ekonomi kelas komersil yang ditambah dengan pelbagai keselesaan hidup.

Kredit: FORD & MAZDA VAN Owners Malaysia

Antara pilihan yang ditawarkan pada Ford Spectron termasuklah rim aloi, tempat duduk fabrik lembut, dan spoiler bumbung belakang. Ford Spectron menepati definisi van keluarga dan ia memperkenalkan konsep itu kepada rakyat Malaysia.

Ford Spectron mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1988 dengan satu varian, 1.8 XLT. Ia dikuasakan oleh enjin 8-injap rod tunjal 1.8 liter yang digandingkan dengan manual 5-kelajuan. Van ini dijual hingga tahun 1993 ketika ia diberi pengubahsuaian tetapi perubahan yang paling ekstrem adalah pada tahun 2000.

Ford Spectron diberi gril krom baru, palang krom hadapan, rel bumbung, warna badan dua tona dan hanya tersedia dengan enjin 1.8 liter dengan suntikan bahan api yang dipasangkan dengan automatik 4-kelajuan.

MPV popular pertama di Malaysia

Ketika kemaskini ini diperkenalkan, rakyat Malaysia telah merasai kehebatan MPV dengan kedatangan Toyota Unser. Ford Spectron terasa lebih seperti diabaikan dan tidak lama kemudian dihentikan selepas itu.

Nissan Vanette C22

Model yang paling terkenal dan paling otai dalam senarai ini tentulah Nissan Vanette C22, sebuah legenda di kalangan rakyat Malaysia. Ia terkenal di kalangan penjual pasar malam dan digunakan oleh penculik di dalam filem dan drama.

Nissan Vanette juga merupakan salah satu kenderaan paling tahan yang pernah dijual di Malaysia maka tidak hairanlah jika anda melihat berapa tahun lamanya pengeluaran van terkenal ini. Walaupun dunia bergerak dengan Nissan Vanette generasi baru, pengeluaran C22 terus berjalan di kilang Edaran Tan Chong Motor (ETCM) di Segambut sehingga 2010.

Lebih daripada sekadar kegemaran di kalangan peniaga, ia sangat disukai oleh hampir semua rakyat Malaysia berdasarkan fakta ia menjadi van terlaris di Malaysia selama bertahun-tahun. Hal ini kerana nilai yang baik untuk kos pemilikan dan penjimatan bahan api yang baik dari enjin 1.5 liternya.

Sepanjang lebih dari dua dekad pengeluaran, Nissan Vanette C22 tidak diberikan sebarang perubahan ketara. Akan tetapi, pada tahun 1990-an, ETCM berusaha meningkatkan imej Vanette dengan Nissan Vanette Elite.

Disaingi oleh Ford Spectron dan beberapa buah MPV terawal di Malaysia, Nissan Vanette Elite hadir dengan 3 tempat duduk individu di bahagian tengah, grafik luaran yang funky, warna badan 2 tona, rim aloi, dan corong penyaman udara belakang.

Nissan Serena C23 generasi pertama

Apa yang menariknya adalah ETCM juga telah melancarkan MPV Nissan sendiri iaitu Nissan Serena sekitar waktu yang sama. Tahukah anda, varian komersial Nissan Serena ini turut dipanggil dengan nama Vanette di beberapa buah pasaran? Mungkin, Nissan Serena adalah penyambung legasi Nissan Vanette secara tidak langsung.

Toyota Liteace

Tidak mungkin kami akan melupakan Toyota, jenama yang sering dikaitkan dengan Wapcar bak kata sesetengah pembaca. Taruhan Toyota dalam pasaran van adalah Toyota Liteace yang menyaingi Nissan Vanette di zaman Nissan masih menjadi jenama Jepun yang sama-sama kuat.

Toyota Liteace turut mempunyai ketahanan yang sama seperti Nissan Vanette dan ia juga terdapat dalam beberapa konfigurasi untuk pembeli termasuk varian tingkap yang sesuai untuk keluarga. Walau bagaimanapun, varian mewah Liteace mempunyai lebih daripada sekadar kerusi lembut dan rim aloi.

Bukan Liteace biasa

Sekitar pertengahan tahun 80-an, Toyota Malaysia menjual varian unik Liteace yang hanya dikenali sebagai Model F. Walaupun namanya generik, harganya agak mahal dengan harga yang disenaraikan adalah RM 47,000 pada tahun 1986. Mengikut kadar inflasi, jumlah itu diterjemahkan kepada sekitar RM 112,000 hari ini yang agak tinggi untuk sebuah van.

Malah, beberapa unit MasterAce Surf dan TownAce Surf yang lebih mewah dibawa dari Jepun melalui pengedar recond. Apa yang membuat varian ini sangat diidamkan adalah terdapat tingkap bumbung individu, atau lebih dikenali sebagai moonroof panoramik pada zaman sekarang.

Toyota meneruskan dengan versi terakhir Liteace yang disebut sebagai Liteace Premio pada tahun 1990-an. Tidak seperti kemaskini yang dilakukan oleh Ford dan Nissan pada van mereka, Toyota memberikan kemaskini yang sangat minimum; sampaikan rim aloi pun tak bagi!

Campervan: 24 Hour Travellers)

Liteace mempunyai jumlah peminat yang cukup ramai hari ini terutamanya di kalangan mereka yang ingin menukarnya menjadi campervan. Ia mempunyai reka bentuk retro yang sangat sesuai dengan estetika hipster bagi peminat campervan.

Budaya van pada suatu masa dahulu sangat berkembang namun kini ia bukanlah suatu mod pengangkutan yang menjadi pilihan. Keselesaan hidup pada masa sekarang jauh berkualiti dan ruang yang ditawarkan MPV semakin luas justeru mengurangkan tarikan van.

Kini hanya komersial, adakah 'van culture' akan kembali jika ada pengeluar berminat untuk mengeluarkan van gaya hidup, seperti yang berlaku pada trak pikap?

Bacaan Lanjut: 

10 kereta paling tahan lasak, susah nak pupus yang pernah dijual di Malaysia

5 kereta terpakai bawah RM 20k untuk dijadikan kereta berniaga waktu PKP ni!

Toyota Noah/Voxy – Alphard versi mini, tapi kenapa di Malaysia tak laku langsung?

 

 

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, juster...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Proton Persona

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model