Nissan
Owner Review: Experience JDM rear-wheel-drive classic - My 1991 Nissan 300ZX Z32
341
Jentera berkuasa tinggi dijual atas talian atau lebih tepat di laman e-dagang, eBay. Perkara itu mungkin tak mengejutkan tetapi jika jentera berkenaan, Kawasaki ZX-10R adalah milik juara dunia WSBK, Jonathan Rea, ia memang sesuatu yang istimewa.
Juga baca: Kembali panas, Kawasaki sedang bangunkan Ninja ZX-4R, 400 cc, 4-Silinder Sebaris!
Ketika berita ini mulai nampak seperti berita palsu atau prank, ia sememangnya tawaran yang tulen dan anda boleh melihatnya di laman eBay.
Harga permulaan untuk bidaannya adalah bermula € 25,000 (RM 125,883) dan makin meningkat manakala jualan itu diuruskan oleh Provec Racing, syarikat yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan Rea.
Antara alasan Rea melepaskan salah satu jenteranya ialah sebagai juara dunia 6 kali WSBK, beliau pastinya mempunyai garaj yang besar untuk menyimpan deretan koleksinya terutama dari jenama Kawasaki.
Juga baca: Kawasaki Ninja ZX-25R versi 'naked' dilancar hujung tahun 2021?
Justeru, beliau akhirnya memutuskan untuk melepaskan jentera versi 'track day' bagi memberikan orang lain kegembiraan.
Tetapi perlu diingat, kepada bakal pembeli, mereka bukan saja memperoleh jentera yang pernah ditunggang juara dunia, malah insan yang bertuah itu akan mendapat jemputan ke perlumbaan WSBK sebagai VIP dan pelbagai cenderamata dengan tandatangan Rea sendiri.
Dan lebih utama, anda juga akan berpeluang untuk bertentang mata, berborak dengan juara dunia itu sendiri.
Sekalipun jentera Kawasaki ZX-10R tahun 2016 mungking tidak selaju jentera yang digunakan oleh Rea ketika berlumba, ia tetap mempunyai keistimewaan yang tersendiri terutama kerana ia milik juara dunia.
Kepada yang berminat, anda boleh melihat maklumat tambahan mengenainya atau cuba untuk membidanya di link ini. Semoga berjaya.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
26