Mercedes-Benz
Audi A4, BMW 320i or CLA 250, which suits my wife for daily drive. Anyone compare these 3 car before? Audi better tech. Bmw better driving exp but lame exterior. And CLA got better interior design... Hard ni
81
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 penuh atau ‘total lockdown’ diumumkan, banyak syarikat yang tersenarai dalam ‘essential services’ mula memohon surat kebenaran beroperasi dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) supaya staf yang diperlukan boleh keluar bekerja.
Dalam satu kenyataan oleh MITI, sebanyak 95,142 syarikat telah berjaya mendapat kelulusan untuk beroperasi menerusi ‘Covid-19 Intelligent Management System’ CIMS 3.0 kelolaan MITI setakat 12 tengahari semalam (1 Jun).
Berdasarkan jumlah kelulusan yang diterima, MITI menganggarkan seramai 1.2 juta pekerja dibenarkan untuk bekerja di premis syarikat dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Jumlah ini cuma sebahagian daripada 517,144 syarikat dengan 9.67 juta pekerja yang berdaftar di bawah CIMS 3.0.
MITI turut menggalakkan syarikat di bawah sektor yang dibenarkan beroperasi untuk mendaftar dengan CIMS 3.0 secepat mungkin jika belum berbuat demikian.
"Semua surat kelulusan yang dikeluarkan oleh MITI melalui CIMS 3.0 hendaklah mengandungi kod QR. Ia adalah ciri diperlukan bagi membolehkan pihak berkuasa dan agensi penguatkuasaan untuk mengesahkan kesahihan surat kelulusan," katanya.
Selain dari itu, MITI telah menubuhkan satu pusat operasi khas bagi menapis permohonan-permohonan di CIMS 3.0 untuk mengenalpasti syarikat-syarikat yang tidak telus dalam menyatakan sektor masing-masing.
MITI menasihati semua syarikat untuk telus dalam permohonan mereka dan jangan cuba ambil risiko. Penyalahgunaan surat MITI adalah satu kesalahan undang-undang. Jika anda kesan sebarang permohonan yang lulus namun bukan termasuk di dalam sektor dibenarkan beroperasi, laporkan kepada covid19aduan@miti.gov.my.
Baca juga: Jalan sesak pada hari pertama ‘total lockdown’. Nampak gaya ‘essential services’ cukup ramai
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
10