window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jalan sesak pada hari pertama ‘total lockdown’. Nampak gaya ‘essential services’ cukup ramai

Mersita · Jun 1, 2021 07:33 PM

Jalan sesak pada hari pertama ‘total lockdown’. Nampak gaya ‘essential services’ cukup ramai 01

Hari ini, 1 Jun, bermulalah ‘total lockdown’ PKP 3.0 yang ‘digeruni’ oleh ramai orang di Malaysia. Jika hujung minggu lepas anda nampak orang ramai berbaris di supermarket dek ‘panic buying’, hari ini Integrated Transport Information System (ITIS) oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melaporkan kesesakan lalu-lintas yang serius di beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang.

Pada 10 pagi hari ini, ITIS memuat-naik ciapan melaporkan kesesakan lalu-lintas menghala ke Plaza Tol Sungai Besi dari Technology Park. Trafik pada laluan arah bertentangan juga dilaporkan perlahan.

Jalan sesak pada hari pertama ‘total lockdown’. Nampak gaya ‘essential services’ cukup ramai 02

Gambar hiasan

Selain dari itu, ciapan terdahulu juga melaporkan bahawa trafik perlahan dari Tun Razak ke Bandar Tasik Selatan. Bulatan Pahang di pusat bandaraya juga dilaporkan mengalami kesesakan sama seperti fasa sebelum perintah kawalan pergerakan diperketatkan kali ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) turut melaporkan trafik sesak dari Plaza Tol Perai Lama menghala ke Plaza Tol Perai pagi ini.

Kesesakan lalu-lintas berlanjutan sehingga ke petang

Setakat ini, pihak berkuasa belum dapat memastikan samada kesesakan lalu-lintas ini adalah disebabkan oleh beberapa sekatan jalan raya (SJR) yang dilaksanakan untuk ‘total lockdown’.

‘Total lockdown’ Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 diperketatkan bermula 1 Jun setelah negara mencatatkan kes jangkitan COVID-19 harian tertinggi setakat ini iaitu 9,000 kes dalam masa sehari.

Beberapa sektor dan jenis premis perniagaan telah diarahkan tutup bagi membendung penularan COVID-19, namun nampak gayanya kumpulan ‘essential services’ masih ramai bilangannya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda