Sejak Kawasaki memperkenalkan Z900 pada 2017 bagi menggantikan Z800, jentera 'Naked' berprestasi tinggi itu pantas menjadi salah satu pilihan popular kepada pengguna yang mahukan 'naik taraf' dari jentera kelas pertengahan.
Juga baca: Kembali panas, Kawasaki sedang bangunkan Ninja ZX-4R, 400 cc, 4-Silinder Sebaris!
Selain memiliki kuasa yang mengagumkan, tarikannya ditambah menerusi reka bentuknya yang tampil agresif dan moden.
Bagi versi terbaharu Z900 2022, Kawasaki memperkenalkan dua skim warna baharu yang menarik dan dilancarkan di pasaran Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini dengan harga $AS 9,099 (RM 37,462).
Dua skim warna baharu yang diperkenalkan ialah Pearl Robotic White/ Metallic Spark Black dan Metallic Matte Twilight Blue/ Metallic Spark Black.
Begitupun, tiada perubahan dari sudut spesifikasi mekanikal mahupun reka bentuk.
Trenkuasanya masih dijana enjin 948 cc, 4 Silinder Sebaris, DOHC yang menghasilkan 123 Hp pada 9,500 rpm dan tork 98.6 Nm pada 7,700 rpm. Transmisi pula menggunakan kotak gear enam kelajuan.
Juga baca: Kawasaki ZX-10R milik juara dunia WSBK dijual atas talian!
Sistem suspensi pula adalah menggunakan fork jenis terbalik (USD) 41 mm prabeban (depan) dan unit monoshock boleh laras di bahagian belakang.
Sistem brek pula menggunakan cakera berganda 300 mm di bahagian depan dan cakera tunggal 250 mm di bahagian belakang dan turut datang dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
Perkakasan bantuan elektronik lain termasuklah Sistem Kawalan Traksi (TCS), dua mod kuasa dan empat mod tunggangan. Tayar spesifikasi kilang yang dibekalkan ialah Dunlop Sportsmax Roadsport 2.
Ciri-ciri lain juga tidak berubah. Sistem lampu menggunakan LED sepenuhnya dengan kluster meter menggunakan panel 4.3 inci TFT berwarna bersama sambungan Bluetooth.
Dengan segala perkakasan elektronik canggih dan premium, tidak salah untuk menyatakan Kawasaki Z900 antara pilihan terbaik ketika ini dengan barisan pesaingnya adalah seperti Yamaha MT-09, Triumph Street Triple dan Ducati Monster.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}