Tugasan Haval di Thailand baru sahaja bermula dengan produksi Haval H6 yang amat dinanti-nantikan di kilang mereka yang terletak di Rayong. Namun begitu, imej intipan baru-baru ini menunjukkan bahawa mungkin ada model lain yang akan berganding baju menawan pasaran Thailand selain H6.
Disebalik penyamaran itu adalah Haval Jolion, atau dikenali sebagai Haval Jolion di beberapa pasaran lain. Kami menyimpulkannya berdasarkan reka bentuk lampu belakang yang kelihatan serupa dengan Jolion.
Juga baca: INTIPAN - Haval Jolion kini di Malaysia!
Selain dari imej di bahagian belakang, kita dapat melihat sekilas bahagian interior, tetapi kami hanya nampak skrin infotainment terapung. Adakah ia bakal dilengkapi dengan Android Auto/Apple CarPlay seperti model spesifikasi Australia?
Walaupun Jolion kelihatan serupa dengan H6 yang menyaingi X70, Jolion 136 mm lebih pendek. Ia dibina di platform L.E.M.O.N yang sama dengan H6 dan Ora Good Cat.
Haval Jolion vs Haval H6 | ||
---|---|---|
Dimensi (mm) | Haval Jolion | Haval H6 |
Panjang | 4,472 | 4,610 |
Lebar | 1,814 | 1,860 |
Tinggi | 1,619 | 1,720 |
Jarak Roda | 2,700 | 2,690 |
Kuasa datang dari enjin 1.5 liter petrol bercas turbo (152 PS/220 Nm) yang menghantar kuasa ke roda depan melalui transmisi manual 6-kelajuan atau DCT 7-kelajuan.
Ketika syarikat induk Haval, Great Wall Motors (GWM) mengumumkan kedatangannya di Thailand pada bulan Februari, syarikat itu melancarkan beberapa model termasuk Ora Good Cat, Haval H6, dan GWM Pao.
Juga baca: Great Wall Motors (GWM) kini di Thailand, CKD Haval H6 2021, termasuk 8 model baru!
Dari situ, anda boleh lihat yang GWM mempunyai azam dan cita-cita yang tinggi untuk berjaya di rantau Asia. Mengambil alih bekas kilang GM adalah langkah pertama mereka, dan kemudian ada rancangan untuk menjadikan Thailand menjadi hab ASEAN GWM.
Haval H6 Hibrid membuat debut global di Bangkok International Motor Show pada bulan Mac dan akan dilancarkan tidak lama lagi di sana.
Di Malaysia pula, wakil tempatan GWM agak senyap sehinggalah beberapa bulan yang lalu ketika kami membuat liputan eksklusif beberapa model dari barisannya di tanah Malaysia. Antara model yang dipaparkan termasuk Ora Good Cat, Haval H6, GWM Pao, dan Jolion.
Juga baca: Haval H6 – bakal masuk Malaysia untuk tapau X70 & CR-V, ini segala rahsia yang anda kena tahu!
Walau bagaimanapun, hanya masa yang akan menentukan sama ada model ini akan dilancarkan di sini. Dengan PKP 3.0, mungkin permulaan semula tempatan syarikat China akan ditangguhkan buat sementara waktu.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}