window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Great Wall Motors (GWM) kini di Thailand, CKD Haval H6 2021, termasuk 8 model baru!

Zamil Syaheer · Feb 10, 2021 01:00 PM

Great Wall Motors (GWM) kini di Thailand, CKD Haval H6 2021, termasuk 8 model baru! 01

Great Wall Motors (GWM), syarikat induk bagi jenama Haval dan kenderaan elektrik Ora kini sudah berada di Thailand.

Sebelum itu, Great Wall Motor Thailand adalah pengeluar kereta China yang mengambil alih bekas kilang General Motors di Rayong yang digunakan untuk membuat Chevrolet Sonic, Colorado, dan Trailblazer.

Great Wall Motors (GWM) kini di Thailand, CKD Haval H6 2021, termasuk 8 model baru! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dalam acara ‘livestream’ semalam, GWM bakal melancarkan jenamanya di Thailand dengan 9 model, dengan 4 yang bakal dilancarkan tahun 2021.

Great Wall Motors (GWM) kini di Thailand, CKD Haval H6 2021, termasuk 8 model baru! 01

Haval H6

Antara 4 model tersebut, hanya dua sahaja yang didedahkan – Haval H6, SUV segmen C yang sama taraf dengan Honda CR-V, dan Ora Good Cat, hatchback kompak bateri-elektrik.

Great Wall Motors (GWM) kini di Thailand, CKD Haval H6 2021, termasuk 8 model baru! 02

Ora Good Cat

Baki model lain yang akan dilancarkan termasuklah GWM Pick-Up (juga dikenali sebagai Poer di China, Pao di pasaran lain), trak pikap yang sama dengan Toyota Hilux (kelas 1 tan). Ini kerana Pick-Up kerap kali disebut, termasuklah fakta bahawa ia adalah trak pikap No.1 di China.

Great Wall Motors (GWM) kini di Thailand, CKD Haval H6 2021, termasuk 8 model baru! 03

Lagi satu model yang kami jangka akan dijual di Thailand adalah Haval First Love, SUV yang sama size dengan Toyota Corolla Cross.

Great Wall Motors (GWM) kini di Thailand, CKD Haval H6 2021, termasuk 8 model baru! 04

Haval First Love

Kedua H6 dan Pick-Up akan dipasang di kilang Rayong. Malah GWM juga telah menghantar permohonan kepada Lembaga Pelaburan Thailand untuk mendapatkan kelulusan untuk menghasilkan kenderaan elektrik di sana, demi mendapatkan cukai yang lebih rendah.

Great Wall Motors (GWM) kini di Thailand, CKD Haval H6 2021, termasuk 8 model baru! 05

Great Wall Pick-Up (Pao)

Di acara maya tersebut, GWM juga menyebut ungkapan “New User Experience” ketika merujuk kepada rangkaian model elektrik dalam barisan globalnya, menunjukkan bahawa model hibrid, hibrid plug-in, dan elektrik penuh akan dilancarkan di Thailand secepat mungkin.

Great Wall Motors (GWM) kini di Thailand, CKD Haval H6 2021, termasuk 8 model baru! 06

Harga dan spesifikasi untuk model-model yang disebut belum lagi didedahkan. Pelancaran produk yang sebenar akan dilakukan pada bulan Mac di Pameran Motor Bangkok.

Great Wall Motors (GWM) kini di Thailand, CKD Haval H6 2021, termasuk 8 model baru! 07

Ditubuhkan pada tahun 1984, GWM kini menjadi jenama domestik No.3 China dari segi penjualan. Pada tahun 2020, ia menjual 885,776 kereta di China sahaja, 956,823 unit di belakang Changan dan 1,317,108 unit daripada Geely Auto (termasuk Lynk dan Co).

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Haval H6 Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda