window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jenama kereta China dipercayai akan terima sambutan baik di Malaysia, reaksi positif daripada pembeli prospek

Haris · May 9, 2023 04:00 PM

Jenama kereta China dipercayai akan terima sambutan baik di Malaysia, reaksi positif daripada pembeli prospek 01

Menurut penganalisis RHB Investment Bank Bhd, Jim Lim Khai Xhiang, permintaan terhadap kenderaan masih kukuh berikutan pelancaran model baharu, seperti yang dilihat pada Malaysia Autoshow 2023.

Pengunjung yang hadir ke pameran tersebut mahu melihat dengan lebih dekat promosi jenama popular seperti Toyota, Honda dan BMW, serta teruja dengan pendatang baharu jenama kereta China seperti Chery dan Great Wall Motors (GWM).

Jenama kereta China dipercayai akan terima sambutan baik di Malaysia, reaksi positif daripada pembeli prospek 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaupun tempahan biasanya merosot daripada separuh kedua 2022 dan suku pertama 2023, beberapa model terkenal masih mempunyai tempoh menunggu yang lama yang mengambil masa beberapa bulan.

Khai Xhiang menyatakan bahawa Honda menerima pengunjung paling ramai, dengan tempoh menunggu empat hingga enam bulan untuk model HR-V dan Civic. Reruai Toyota juga sesak, terutamanya di ruang sekitar model GR, dan tempahan untuk model Vios serba baharu memerlukan masa menunggu enam hingga tujuh bulan.

Jenama kereta China dipercayai akan terima sambutan baik di Malaysia, reaksi positif daripada pembeli prospek 01

Sementara itu, Perodua mempunyai sebilangan besar pembeli kereta yang menunggu kelulusan pinjaman, dengan purata model mempunyai tempoh menunggu lebih dari dua bulan.

Jenama kereta China seperti GWM juga menarik banyak perhatian pada pameran itu, terutamanya dengan model mereka yang akan datang seperti Ora Good Cat, Haval H6, Haval Jolion dan trak pikap GWM Cannon.

Baca: GWM Cannon bakal menyusul ke Malaysia - 2.0 liter turbodiesel, 163 PS dan 400 Nm, cukup menewaskan Navara?

Jenama kereta China dipercayai akan terima sambutan baik di Malaysia, reaksi positif daripada pembeli prospek 02

Di samping itu, tinjauan di media sosial mendapati bahawa ramai pengunjung turut memuji jenama kereta dari China, misalnya Chery yang menampilkan Tiggo 8 Pro dan Omoda 5, kerana reka bentuk SUV tersebut yang futuristik dan reruai yang menarik.

Walau bagaimanapun, kehadiran jenama baharu dari China ini dilihat tidak akan menjejaskan jualan jenama terkenal dengan siginifikan berikutan ia masih terlalu awal untuk melihat impak sedemikian.

Secara keseluruhan, kajian lapangan di pameran automotif menunjukkan bahawa permintaan untuk kenderaan dalam sektor ini masih baik, terutamanya bagi pengeluar kereta utama.

Baca: Neta V terima sehingga 100 tempahan ketika Malaysia Autoshow 2023, penghantaran bermula suku ke-3 2023!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Haval Jolion Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda