window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jualan Chery di Malaysia pecah rekod jenama - 3,000 jualan dalam masa 10 hari pelancaran

Faisal · Jul 17, 2023 10:48 AM

Jualan Chery di Malaysia pecah rekod jenama - 3,000 jualan dalam masa 10 hari pelancaran 01

Sejak dilancarkan pada 10 hari lepas iaitu pada 7 Julai yang lalu, Chery Malaysia telah berjaya mengutip sehingga 3,000 jualan.

Jualan Chery di Malaysia pecah rekod jenama - 3,000 jualan dalam masa 10 hari pelancaran 02

Bagi anda yang belum tahu, Chery kembali semula di Malaysia melalui model Chery Omoda 5 dan Chery Tiggo 8 Pro dahulu. Kedua-dua model dipasang lokal (CKD) di kilang Inokom di Kulim, Kedah dan waranti yang diberi adalah selama 10 tahun/1,000,000 km untuk enjin.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaChery Omoda 5 dilancar di Malaysia: CKD, dari RM 109k, 2 varian, 1.5L turbo, ADAS penuh

Jualan Chery di Malaysia pecah rekod jenama - 3,000 jualan dalam masa 10 hari pelancaran 01

Untuk pengetahuan anda, hanya 3,000 pelanggan pertama yang layak menerima jaminan sehebat itu. Mungkin disebabkan inilah Chery Malaysia berjaya mengutip banyak jualan dalam masa secepat ini.

Jualan Chery di Malaysia pecah rekod jenama - 3,000 jualan dalam masa 10 hari pelancaran 02

Apapun, pelanggan selepas bilangan keramat itu akan tetap mendapat waranti 7 tahun/150,000 km beserta pakej penyelenggaraan percuma selama 5 tahun (kos upah percuma secara selang, bukan alat ganti). Walau bagaimanapun, waranti lanjutan yang ditawarkan itu sebenarnya boleh juga dimiliki oleh pelanggan seterusnya dengan harga RM 2,000.

Juga bacaChery Tiggo 8 Pro dilancar di Malaysia: CKD, RM 159k, 2.0L turbo, 256 PS/390 Nm, audio Sony!

Jualan Chery di Malaysia pecah rekod jenama - 3,000 jualan dalam masa 10 hari pelancaran 03

Buat masa sekarang, Chery Malaysia sudah ada 23 bilik pameran di seluruh negara dan mereka akan buka lagi 8 buah menjelang akhir Ogos ini. Pusat servis yang ada alat ganti tersedia juga sudah ada 22 buah dan ia dibangunkan di lokasi-lokasi strategik.

Jualan Chery di Malaysia pecah rekod jenama - 3,000 jualan dalam masa 10 hari pelancaran 04

Secara amnya, Naib Presiden Eksekutif Chery Malaysia iaitu Leo Chen mengulas dengan berkata, “Sebagai sebuah syarikat pemasang automotif dengan pengalaman pemasangan menyeluruh serta tahap kebolehan yang begitu inovatif, Chery komited untuk mengeluarkan produk berkualiti tinggi yang dapat memenuhi keperluan pelanggan di Malaysia. Kami menekankan aspek kualiti produk, keselamatan, prestasi dan penambahbaikan dari segi teknologi untuk menerajui permintaan pasaran”.

Jualan Chery di Malaysia pecah rekod jenama - 3,000 jualan dalam masa 10 hari pelancaran 05

Untuk makluman anda, Chery akan melabur RM 170 juta untuk memperkembangkan jajahan di Malaysia dan ini secara tidak langsung dapat menyokong pertumbuhan GDP negara.

Juga bacaChery labur RM 170 juta di Malaysia - 4,000 pekerjaan mahir, sasar 20% bahagian pasaran EV menjelang 2024

Jualan Chery di Malaysia pecah rekod jenama - 3,000 jualan dalam masa 10 hari pelancaran 06

Mengenai kedua-dua model yang dilancarkan tempoh hari, penyerahannya akan bermula pada Ogos dan penawaran harga setakat ini adalah seperti di bawah:

  • Chery Omoda 5 C – RM 108,800
  • Chery Omoda 5 H – RM 118,800
  • Chery Tiggo 8 Pro – RM 159,800

Juga bacaPenyerahan Chery Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro CKD akan mula Ogos 2023 - produksi sedang giat ditambah

@wapcar_zamil Sapa sini tak sabar nak tunggu comeback Chery ke Malaysia? #learnontiktok #carmalaysia #fypmalaysia #tahukahanda #malaysia #reviewkereta #cheryomoda5 #omoda5 #omoda #wapcar #fyp ♬ original sound - Zamil_WapCar.my
@wapcar_zamil Berapa anggaran harga bagi SUV ini di Malaysia nanti 🤔 #learnontiktok #fypmalaysia #carmalaysia #keretamalaysia #reviewkereta #cherytiggo8pro #cherytiggo #chery #keretabaru #wapcar ♬ Despair (抖音热播) - 初梦

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Chery Omoda 5 C

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda