Setakat ini, masih tiada sebarang perkhabaran mengenai jentera 'Sportbike' 4 'dapur' premium yang paling dinanti-nantikan di pasaran Malaysia, Kawasaki Ninja ZX-25R.
Juga baca: Masih aktif, Kawasaki ZX-25R dikemaskini dan ZX-10R baharu kini rasmi di Indonesia!
Tetapi, di pasaran negara jiran terutama di Indonesia yang menjadi lokasi ia dilancarkan, ia sudah pun diberikan kemaskini bagi versi 2022.
Terbaharu, jentera menarik ini turut mendapat kemaskini di pasaran Thailand menerusi dua pilihan warna baharu iaitu Lime Green/Ebony/Pearl Blizzard White dan Metallic Matte Twilight/Metallic Graphite Gray.
Menariknya, tiada perubahan membabitkan harga berbanding versi sebelum ini dengan ia masih kekal pada angka 269,000 baht (RM 35,260).
Tiada perubahan dari sudut spesifikasi mekanikal berbanding versi terdahulu.
Juga baca: Kawasaki Ninja 250 2021 dikemaskini dengan dua warna baharu di Indonesia
Trenkuasa Kawasaki Ninja ZX-25R 2022 masih menggunakan enjin bersesaran 249.8 cc, 4 Silinder Sebaris, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, DOHC, Suntikan Bahan Api yang digandingkan dengan transmmisi 6 kelajuan.
Kuasa yang dihasilkan ialah setinggi 49 Hp pada 15,500 rpm dengan tork 22.9 Nm pada 14,500 rpm.
Apa yang membuatkan jentera ini menarik ialah sistem bantuan tunggangan moden yang dipadankan kepadanya seperti Sistem Kawalan Traksi Kawasaki (KTRC), Kawasaki Quick Shifter, Sistem Klac Antigelincir (Assist & Slipper), Centre Ram Air System, Electronic Throttle Valves dan 3 mod tunggangan.
Spesifikasi menarik adalah penggunaan suspensi fork jenis terbalik (USD) 37 mm dari Showa (depan) dan penyerap hentak tunggal di bahagian belakang.
Seperti motosikal 'high end' lain, sistem brek Kawasaki Ninja ZX-25R 2022 yang menggunakan cakera 2 piston depan dan belakang turut dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
Juga baca: Kawasaki Ninja ZX-25R versi 'naked' dilancar hujung tahun 2021?
Selain model Kawasaki Ninja ZX-25R, model lebih mampu milik Kawasaki Ninja 250 turut mendapat warna baharu bagi versi 2022 iaitu Metallic Carbon Gray/Metallic Flat Spark Black dengan harga 181,900 baht (RM 23,843).
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}