window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Masih aktif, Kawasaki ZX-25R dikemaskini dan ZX-10R baharu kini rasmi di Indonesia!

Haris ยท Jun 14, 2021 05:00 PM

Masih aktif, Kawasaki ZX-25R dikemaskini dan ZX-10R baharu kini rasmi di Indonesia! 01

Tahun 2021 nampak sibuk untuk PT Kawasaki Indonesia dengan 2 model dikemaskini dan dilancarkan untuk pasaran Indonesia. Kawasaki ZX-25R (250cc) kini tampil dengan grafik dan warna baharu manakala Kawasaki ZX-10R (998cc) kini telah rasmi dilancarkan.

Masih aktif, Kawasaki ZX-25R dikemaskini dan ZX-10R baharu kini rasmi di Indonesia! 02

Kawasaki ZX-25R Standard

Model Kawasaki ZX-25R telah diperkenalkan di Indonesia pada tahun 2020 dengan 2 varian iaitu Standard (hitam sahaja) dan ABS SE (hijau, biru dan putih).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk kemaskini terkini, Kawasaki ZX-25R ABS SE kini ditawarkan dengan gandingan warna 

  • Lime Green / Pearl Blizzard White
  • Metallic Matte Graphene Steel Gray / Metallic Spark Black
  • Passion Red / Pearl Blizzard White

*warna yang dihitamkan adalah warna utama

Masih aktif, Kawasaki ZX-25R dikemaskini dan ZX-10R baharu kini rasmi di Indonesia! 01

Kawasaki ZX-25R ABS SE

Selain itu, varian Standard tetap dikekalkan dengan pilihan warna hitam sahaja. Kesemua varian Kawasaki ZX-25R menerima rekaan grafik yang lebih sporty dan rekaan baharu ini bakal lebih menonjol di atas jalan.

Masih aktif, Kawasaki ZX-25R dikemaskini dan ZX-10R baharu kini rasmi di Indonesia! 02

Kawasaki ZX-25R ABS SE

Bagi model Kawasaki ZX-10R pula, ia telah dibuka tempahan pada awal tahun ini mengikut pelancaran global. PT Kawasaki Indonesia telah mengumumkan bahawa model Kawasaki ZX-10R kini telah dilancarkan secara rasmi dan boleh didapati di pusat pengedar Kawasaki di seluruh Indonesia.

Masih aktif, Kawasaki ZX-25R dikemaskini dan ZX-10R baharu kini rasmi di Indonesia! 03

Model bersesaran 998cc ini sangat popular di seluruh dunia dan dipenuhi teknologi terkini seperti sistem kawalan Kawasaki sendiri (KCMF, KLCM), Electronic Throttle Valves, Electronic Cruise Control, mod kuasa, Economical Riding Indicator, KIBS, ABS, Horizontal Back-Line Rear Suspension dan pautan peranti pintar.

Masih aktif, Kawasaki ZX-25R dikemaskini dan ZX-10R baharu kini rasmi di Indonesia! 04

Kawasaki ZX-10R Lime Green

Untuk model global, Kawasaki ZX-10R ditawarkan dengan 2 warna iaitu hitam dan hijau. Pasaran Indonesia hanya menerima warna Lime Green dengan harga yang diumumkan sebanyak Rp 520,000,000 (RM 150,427) sahaja.

Masih aktif, Kawasaki ZX-25R dikemaskini dan ZX-10R baharu kini rasmi di Indonesia! 05

Sementara itu, berita mengenai status Kawasaki di Malaysia masih menjadi tanda tanya namun kemaskini akhir merujuk kepada perjanjian pemasangan bersama Modenas. Ada yang tahu nasib Kawasaki Malaysia?

Bacaan Lanjut:

Kawasaki ZX-10R milik juara dunia WSBK dijual atas talian!

Kawasaki Ninja ZX-25R versi 'naked' dilancar hujung tahun 2021?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda