Mamak Talk
Lightweight British
40
Yamaha baru saja melancarkan motosikal 'Sportbike' kelas pertengahan, Yamaha YZF-R7 bulan lalu di pasaran global dan sekalipun mendapat maklum balas yang positif, ada yang menyatakan ia kurang 'ump'.
Juga baca: Yamaha YZF-R7 dilancarkan, guna enjin CP2 689 cc, 2 Silinder, 73.4 Ps!
Ya benar, bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang dan perkembangan itu sebenarnya sudah dijangka dengan Yamaha ketika ini dikhabarkan sedang membangunkan sebuah lagi motosikal dengan siri sama, YZF-R9.
Ia bukanlah khabar angin kerana fail paten untuk siri YZF-R ini sudah pun dipatenkan Yamaha Amerika Syarikat.
Untuk Yamaha R9, selain lebih berkuasa berbanding R7, rekaannya juga dijangka lebih menarik dan premium.
Dari sudut trenkuasa dan teknologi, seperti Yamaha R7 yang menggunakan asas motosikal 'naked' MT-07, Yamaha R9 juga dibina berasaskan satu lagi model 'naked' popular Yamaha, MT-09.
Justeru, ia berkemungkinan besar akan menggunakan enjin CP3, 889 cc, 3 Silinder Sebaris yang mampu menguluarkan kuasa setinggi 117.3 Hp pada 10,000 rpm dan tork 93 Nm pada 7,000 rpm.
Juga baca: Yamaha MT-09 SP 2021, makin mengancam dan menggiurkan!
Dari sudut reka bentuk pula, sekalipun Yamaha R7 tiba dengan reka bentuk terkini dan futuristik, masih ada yang menyatakan ia tidak mencukupi.
Untuk itu, seorang pereka grafik motosikal konsep terkenal, Kar Lee menerusi kardesignkoncepts di laman Instagram sekali lagi berusaha keras memberi bayangan reka bentuk Yamaha R9.
Sebelum ini, Kar Lee pernah menggegar dunia permotoran menerusi lakaran imej render R9 yang dibuatnya pada 2017. Lakarannya itu mendapat maklumbalas positif di kalangan peminat motosikal dunia.
Tidak mahu bercerita panjang atau lanjut mengenai rekaan R9 daripada pereka grafik hebat ini, jom lihat saja video ini. Selamat menjamu mata.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
Mamak Talk
997 GT2 RS Only three has landed in Malaysia. This particular unit made a surprise appearance at Teas and Tires V5 back in March. The GT2 RS had made its debut in 2007 at Frankfurt Motor Show. Even by today's standards, this 612bhp beast is still relatively fast, requires only 3.6 seconds to hit 100km/h from standstill and reach 328km/h. Hence, making it the third Porsche roadcar to hit the 200mph (322km/h) barrier.
15
50
13