Mamak Talk
Diorama With Cars Is A Fun Hobby
145
Akibat selalu melakukan rondaan lalu lintas di jalan raya sambil memerhatikan pengayuh beca, pihak Polis Terengganu tersentuh lalu berhasrat membantu golongan tersebut.
Dalam usaha untuk membantu pihak yang kurang berkemampuan, Pihak Polis Terengganu telah mengumpulkan sumbangan dari poket sendiri untuk diberikan kepada pengayuh beca di sekitar Terengganu.
Ketua Polis Terengganu, DCP Dato’ Rohaimi Md Isa, berkata sumbangan berbentuk barangan keperluan dapur itu adalah hasil kutipan yang dikumpul daripada elaun COVID-19 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu.
“Pihak JSPT yang tanpa jemu menjalankan rondaan lalu lintas jalan raya sering melihat golongan pengayuh beca yang majoritinya terdiri daripada golongan warga emas.
"Melihat keadaan itu, anggota rasa terpanggil untuk bantu dan ini satu sikap yang terpuji kerana sanggup mengorbankan elaun mereka untuk disumbangkan kepada pengayuh beca.
"Saya berasa bangga dengan semangat dan sikap yang ada pada mereka serta berharap ia menjadi sumber inspirasi kepada orang ramai untuk turut mengambil bahagian dan cakna kepada kesusahan orang di sekeliling kita," katanya.
Seramai 20 orang pengayuh beca sekitar bandaraya Kuala Terengganu telah menerima sumbangan daripada anggota Polis untuk meneruskan kehidupan akibat terjejas pendapatan.
Industri pelancongan yang menjadi sumber utama golongan pengayuh beca mengalami kemerosotan yang teruk akibat Perintah Kawalan Pergerakan yang tidak berkesudahan.
Bacaan Lanjut:
Berani tahan Toyota Vellfire yang merentas negeri, tindakan Polis ini terima pujian ramai!
PDRM terima 16 dron bernilai RM 48 juta untuk pantau sempadan negara
‘Rider’ terkejut dihampiri kereta peronda polis, rezeki datang tanpa disangka
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
Mamak Talk
PRE-MCO tings. This Ferrari F12berlinetta draped in a coat of Rosso Mugello was spotted at Kuala Lumpur some time back. It was debuted back in 2012 to replace the ageing 599 GTB Fiorano. Exterior wise, it combines Pininfarina's elegance and Ferrari's functionality at the same time. Definitely a looker and heads will turn if it was spotted.
21
46
16