window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

‘Rider’ terkejut dihampiri kereta peronda polis, rezeki datang tanpa disangka

Mersita · Jul 22, 2021 04:00 PM

‘Rider’ terkejut dihampiri kereta peronda polis, rezeki datang tanpa disangka 01

Sedang kita meraikan Hari Raya Aidiladha berseorangan atau bersama keluarga, ‘rider’ penghantar makanan di luar bekerja siang malam dikala pandemik ini demi mencari rezeki dan menghantar makanan kegemaran anda ke pintu rumah. Seorang ‘rider’ GrabFood, Najmie Afifie Ramli, berkongsi kisah menyentuh hati semasa bekerja pada hari mulia itu di laman Facebooknya.

Pada senja Aidiladha kira-kira jam 7.30 pm, saudara Najmie yang keluar menghantar makanan seperti biasa berhenti di tepi jalan untuk menghilangkan dahaga, namun tiba-tiba dikejutkan dengan kehadiran kereta peronda polis yang singgah menghampirinya. Kejutan bertukar gembira apabila pegawai polis datang bukanlah untuk kesalahan, namun untuk memberi sumbangan barangan keperluan harian.

‘Rider’ terkejut dihampiri kereta peronda polis, rezeki datang tanpa disangka 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menerusi ‘posting’ tersebut, sepasukan anggota dari Unit Kereta Peronda (MPV), Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti yang menaiki dua buah Honda Civic dilihat berhenti untuk memberi sumbangan kepada ‘rider’ bertuah itu. Antara barangan keperluan yang disumbangkan termasuklah kampit beras, kentang, dan beberapa bungkus mi segera.

“Hilang penat harini,” kata Najmie yang dilihat menyusun kemas sumbangan yang diberikan di dalam kotak makanan GrabFoodnya.

‘Rider’ terkejut dihampiri kereta peronda polis, rezeki datang tanpa disangka 01

Najmie juga berkongsi ini bukanlah kebaikan pertama yang diterimanya pada hari mulia itu. Dia juga menerima sebekas isi durian sumbangan seorang wanita berbangsa Cina yang ditemuinya awal hari itu.

Polis DiRaja Malaysia turut memuatnaik kisah ini di laman Facebook rasmi mereka. “Sama ada sedikit atau banyak bukanlah menjadi ukuran utama, namun keberkatan daripada hasil perkongsian sumbangan tersebut yang paling diharapkan,” tulis ‘posting’ tersebut.

Tahniah, PDRM! Jasamu dihargai.

‘Rider’ terkejut dihampiri kereta peronda polis, rezeki datang tanpa disangka 02

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda