BMW R nine T 2021 menjengah pasaran tempatan, baru-baru ini dan model yang berada dalam kategori 'Heritage' oleh BMW Motorrad itu turut tiba di pasaran negara jiran, Thailand.
Berbanding 3 varian yang ditawaran di pasaran Malaysia, BMW Motorrad Thailand membawakan penawaran lebih besar iaitu 4 varian.
Juga baca: 3 varian BMW R nineT 2021 mendarat di Malaysia, harga bermula RM 82.5k!
Empat varian BMW R nine T 2021 itu adalah BMW R nine T/Option 719, R nine T Scrambler, R nine T Urban G/S dan R nine T Pure.
Harganya adalah seperti berikut:
Seperti model yang ditawarkan di Malaysia, tiada perubahan dari sudut luaran atau reka bentuk berbanding versi sebelum ini. Begitupun, ia mendapat beberapa ciri baharu dan kemaskini daripada BMW Motorrad.
Juga baca: Harga asas RM 249,500, inilah BMW M 1000 RR 2021 di pasaran Malaysia!
Enjin yang digunakan masih sama iaitu enjin Boxer bersesaran 1,170 cc, Penyejuk Udara/Minyak. Tetapi ia diberikan talaan baharu di bahagian piston sekaligus memberikan pembakaran lebih lengkap.
Begitupun, kuasa yang dihasilkan berkurangan kepada 109 Hp daripada 110 Hp pada 7,250 rpm dengan tork 116 Nm pada 6,000 rpm. Sistem transmisi menggunakan kotak gear 6 kelajuan klac manual.
Sebagai model aras tinggi daripada BMW Motorrad, pelbagai ciri-ciri menarik termasuk sistem eletronik dan bantuan tunggangan menarik diberikan kepada BMW R nine T 2021.
Juga baca: BMW S 1000 R 2021 sudah tiba di Malaysia, dua varian, harga bermula RM 104.5k!
Antara yang melengkapi model ini adalah 3 mod tunggangan iaitu Pro, Rain dan Road. Begitupun, untuk versi R nine T Scrambler dan R nine T Urban G/S, ia mempunyai mod Dirt, dengan mod Dyna disertakan bersama R nine T dan R nine T Pure.
Kesemua model dibekalkan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Pro dengan Kawalan Brek Dinamik (DBC) dan MSR (Engine Brake Control) serta Kawalan Stabiliti Automatik (ASC).
Perbezaan lain yang ketara adalah untuk versi R nineT Pure, R nineT Scrambler dan R nine T Urban G/S, fork depan menggunakan teleskopik namun bagi R nine T, ia menggunakan fork jenis terbalik (USD). Sistem ekzos bagi R nineT Scrambler dan R nine T adalah berkembar manakala tunggal untuk R nineT Pure dan R nine T Urban G/S.
Ciri-ciri lain yang melengkapi keempat-empat model adalah lampu utama dan lampu siang (DRL) menggunakan LED serta soket pengecas USB.
Pilihan warna adalah seperti berikut:
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}