Naza Eastern Motors, pengedar kereta Suzuki di Malaysia, telah mengacah Suzuki Jimny 2021 di laman media sosial mereka.
Terdahulu, Suzuki Jimny 2021 telah dikesan di Naza bersebelahan dengan Suzuki Swift Sport 2021 yang dilancarkan di Malaysia pada awal tahun ini.
Baca juga: Suzuki Jimny 2021 diintip di Naza, pelancaran di Malaysia sudah dekat?
Dan pada Mei lalu, ada pengesahan dibuat tentang pelancaran Suzuki Jimny 2021 yang akan berlangsung pada Ogos, namun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nyata mengganggu perancangan dan garis masa yang ditetapkan ketika itu.
Baca juga: Sah! Suzuki Jimny bakal tiba di Malaysia pada Ogos 2021, varian ‘high end’ sahaja!
Imbas semula, Suzuki Jimny serba baharu ini dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter ‘naturally aspirated’ dengan janaan kuasa dan tork 102 PS / 130 Nm. Secara global, Jimny didatangkan dengan opsyen manual 5 kelajuan atau automatik 4 kelajuan. Namun, kotak gear automatik nampak gayanya akan menjadi pilihan tunggal nanti.
Harganya juga bukan murah. Sejak 2019, penjual kereta recond di Malaysia telah mula menjual Suzuki Jimny. Harganya adalah dalam lingkungan RM 160,000 ke RM 200,000 untuk unit yang dikondisikan semula (recond).
Memandangkan Suzuki Swift Sport 2021 dijual pada harga yang hampir sama dengan unit recond, kami jangkakan harga untuk Suzuki Jimny 2021 nanti untuk berada dalam lingkungan harga yang sama.
Kredit gambar: Sharum Naza Auto
Baca juga: Suzuki Jimny 2021 - 1.5L NA je tapi terlajak laris, apa yang perlu anda tahu?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}