Syarikat pengeluar motosikal terkemuka Thailand, GPX mengemaskini penawaran untuk motosikal 'Sportbike' popularnya, Demon GR200R 2021 yang bukan saja tampil dengan penawaran warna baru, malah prestasi dipertingkatkan.
Paling menarik pastinya dengan penggunaan enjin 4 injap berbanding 2 injap pada versi sebelum ini yang sekaligus meningkatkan prestasi motosikal berkenaan.
Penawaran harga yang ditawarkan GPX Thailand untuk model Demon terbaharu ini adalah 81,500 baht (RM 10,214). Begitupun, jika dibeli dalam tempoh promosi yang tamat pada 31 Oktober ini, harga yang ditawarkan lebih murah iaitu 79,800 baht (RM 9,999) sahaja dengan unit terhad.
Juga baca: GPX Demon GR200R 2020, 'syaitan' dari Thailand dengan reka bentuk mengancam
Pilihan skema warna yang terbaharu dan menarik adalah seperti berikut:
Kembali kepada trenkuasa, model ini menggunakan enjin bersesaran 198 cc, 4 Lejang, 4 Injap, 1 Silinder, SOHC, Suntikan Bahan Api (GPX-Fi), Penyejuk Cecair yang digandingkan dengan transmisi 6-kelajuan klac manual.
Juga baca: GPX Demon GR200R 2021 dilancar di Malaysia, harga asas RM 11,388!
Kuasa yang dihamburkan kekal pada 19 Hp namun angka tork meningkat kepada 17.5 Np pada 7,500 rpm berbanding 17.2 Nm pada 6,500 rpm yang diperoleh pada versi yang menggunakan enjin 2 injap.
Tiada perubahan dari sudut reka bentuk namun bagi menjamin prestasi tunggangan yang lebih sporty, lokasi 'peg' kaki diletakkan di posisi yang lebih tinggi.
Pembaharuan lain yang turut dibuat secara kosmetik adalah enjin yang diwarnakan dengan merah, casis berwarna hitam dan kelabu dengan fork juga tampil dengan warna merah.
Informasi lain mengenai motosikal ini adalah penggunaan meter digital, sistem lampu LED penuh, fork jenis terbalik (USD), suspensi belakang monoshock dari jenama YSS boleh laras (7 tahap).
Juga baca: GPX Motor Thailand guna platform Demon GR200R dan Drone untuk projek motosikal elektrik!
Sistem henti pula menggunakan brek cakera tunggal bersaiz 276 mm, 2 piston di bahagian depan dan cakera bersaiz 220 mm, 1 piston di belakang. Agak mengecewakan model ini tidak dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
Ciri-ciri lain adalah seperti berikut:
Tidak diketahui sama ada versi terbaharu Demon GR200R akan tiba di pasaran Malaysia namun versi terdahulu yang menggunakan 2 injap dilancarkan pada bulan April lalu dengan penawaran harga RM 11.3k.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}